PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Thursday 29 March 2012

KKA USIM @ BENGKEL sehari bersama FALAK

Salam sua buat semua...

Di sini, saya kongsikan pengalaman KKA USIM yang telah mengikuti Bengkel Sehari Bersama Falak yang telah dianjurkan oleh Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor. Bengkel selama 1 hari ini telah diadakan pada 23 Mac 2012/30 Rabiul Akhir 1433H di Bukit Melawati, Kuala Selangor. 

Beberapa sesi pembelajaran telah dijalankan di antaranya ialah penggunaan Rubu' Mujayyab, arah kiblat dan cerapan. Bengkel ini juga bersempena program cerapan hilal Jamadil Awal 1433H yang akan dijalankan di pelantar cerapan hilal.

Wednesday 28 March 2012

CERAPAN HILAL JAMADIL AWAL 1433H bersama KKA UKM

Hati ini ingin memanjat rasa syukur Alhamdulillah kepada Yang Maha Esa kerana telah mengizinkan diri untuk mengikuti aktiviti cerapan hilal Jamadil Awal 1433H bersama Krew Kembara Angkasa (KKA) UKM pada 23 Mac 2012 yang lalu bersamaan 30 Rabiul Akhir 1433H di Baitul Hilal Teluk Kemang, Neg. Sembilan.

Cerapan di BHTK ini turut disertai oleh krew-krew daripada JUPEM, JAKIM, UM dan Jab. Mufti N9. Walaupun hilal tetap jugak tidak kelihatan, perasaan syukur tetap ada kerana dipilih oleh-NYA untuk turut serta menyaksikan ciptaan-NYA yang Maha Agung.

Saturday 10 March 2012

TOKOH FALAK TERBILANG: AL-MARHUM TUAN HAJI MOHD KHAIR BIN HAJI TAIB

Allahyarham Tuan Haji Mohd. Khair Bin Hj. Mohd Taib, atau dikenalinya juga dengan nama Pak Khair merupakan seorang tokoh falak yang sangat terkenal suatu masa dulu. Sekitar tahun 70-an hingga 80-an nama beliau meniti di setiap bibir umat Islam menjelang awal Ramadhan dan 2 hari raya. Beliau merupakan satu-satunya ahli falak ketika itu yang mampu membuat pengiraan dengan tepat dan jitu sehingga diakui oleh ramai pihak kebolehan beliau dalam pengiraan memang menakjubkan. Berbekalkan kalkulator dan almanak-almanak beliau membuat pengiraan berkaitan hilal, gerhana dan waktu solat.


Penulis pernah diceritakan tentang kebolehan beliau dalam mengingati digit-digit nombor dalam pengiraan falak yang biasanya mencapai 8-12 digit tanpa perlu menulisnya di mana-mana kertas. Sebaik sahaja beliau hendak mengirakan keseluruhan nombor tersebut, beliau terus dapat mengingati digit-digit itu tanpa satupun yang tertinggal.

Thursday 8 March 2012

Cerapan Istiqbal Marikh bersama Kembara Angkasa

Selawat dan salam atas junjungan mulia Rasulullah SAW...

Syukur rasa di hati apabila berpeluang juga untuk melihat kejadian alam ciptaan Ilahi. Terdetik rasa ini apabila berpeluang untuk mengadakan program cerapan 'Istiqbal Marikh' bersama-sama rakan falak Kembara Angkasa, PFSM di UKM pada 3 Mac 2012 (Sabtu) yang lepas. Walaupun masih lagi mentah dalam dunia ini, dengan semangat dan pertolongan rakan-rakan falak yang lain di luar sana, program dapat juga diadakan dan berjalan dengan lancar. Mungkin ada hikmah yg tersembunyi di sebalik hujan yang turun pada awalnya dan akhirnya diizinkan jua oleh-NYA untuk melihat Marikh ciptaan-NYA. Alhamdulillah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...