PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Wednesday 30 May 2012

PENENTUAN ARAH KIBLAT: KAEDAH 6

KAEDAH 6: penggunaan kompas
  1. Alat yang mudah diperolehi dan digunakan untuk mendapatkan arah kiblat.
  2. Amat sensitif dengan tarikan magnet, arus elektrik, alat elektronik dan sebagainya.
  3. Kenal pasti mutu pembuatannya.
  4. Boleh digunakan sebagai langkah ijtihad yang terakhir.                                                                   Perhatian: Penggunaan kompas hanya untuk kegunaan peribadi sahaja. Tetapi dalam menentukan arah kiblat masjid, surau dan tanah perkuburan Islam perlulah mendapat pengesahan daripada Jabatan Mufti Negeri-negeri.

PENENTUAN ARAH KIBLAT: KAEDAH 5

KAEDAH 5: penggunaan rubumujayyab
  1. RubuMujayyab merupakan alatan tradisional.
  2. Direka oleh seorang ahli falak terkenal yang berasal dari Syria pada abad ke-14, Ibn Syatir.
  3. Berbentuk sukuan yang digunakan untuk mengukur ketinggian matahari, objek langit, arah kiblat, waktu solat, kedudukan (longitud & latitud) tempat dan masalah hitungan.
  4. Memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang mendalam. 

Tuesday 29 May 2012

Sambutan HANGAT!!!


Syukur Alhamdulillah, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung/mahasiswa/i yang hadir ke pameran KKA PFSM sempena  USIM International Week. Sambutan yang amat menggalakkan daripada kalian semua memberikan semangat kepada kami, KKA untuk turut sama berjuang mengembangkan ilmu falak.

Monday 28 May 2012

SAYA & KKA @ USIM International Week...



Salam istimewa buat sahabat-sahabat falak di luar sana...

Hari ini, 28 Mei 2012, saya akan bersama KKA akan berada di USIM untuk membuat pameran falak sempena USIM International Week. Selain pameran selama 3 hari ini, turut diadakan penerangan berkaitan berkaitan penentuan arah kiblat berdasarkan fenomena Istiwa A'zam yang akan berlaku pada jam 5.16 petang waktu tempatan. 

Sunday 27 May 2012

TOKOH FALAK:SHEIKH TAHIR JALALUDDIN AL-FALAKI

SHEIKH TAHIR JALALUDDIN
AL-FALAKI

Latar belakang

Syeikh Tahir Jalaluddin sebenarnya merupakan seorang anak Melayu Minangkabau yang telah berhijrah dan menetap di Tanah Melayu. Di belakang namanya kerap disunting perkataan “Al-Azhari, Al-Falaki Assyahir” iaitu bererti beliau merupakan keluaran Universiti al-Azhar di Mesir dan seorang ahli Falak yang terkenal.

TOKOH FALAK: "AL-BATTANI (858-929M)"

AL-BATTANI (858-929M)

Nama sebenar beliau ialah Abu Abdallah Mohammad Ibnu Jabir Ibn Sinan al-Raqqi al-Harrani al-Sabi al-Battani dan lebih dikenali dengan al-Battani. Beliau dilahirkan di Battan, Harran, Turki dan meninggal di Samarak, Iraq.

Saturday 26 May 2012

PENENTUAN ARAH KIBLAT: KAEDAH 4

KAEDAH 4: istiwa a’zam
Salam saudara/i sekalian, kaedah mudah yang keempat untuk kita menentukan arah kiblat di tempat kita berada dengan berdasarkan bayang-bayang matahari ketika fenomena alam yang dikenali sebagai Istiwa A'zam. Saya kongsikan petikan khas daripada Laman Web Rasmi Kompleks Falak al-Khawarizmi.

PENENTUAN ARAH KIBLAT: KAEDAH 3

KAEDAH 3: MATAHARI TERBENAM

Ã’ Berpandukan sepenuhnya adalah tidak tepat; kerana matahari akan sentiasa berubah-ubah iaitu 6 bulan ke utara dan 6 bulan ke selatan.
Ã’ Ada perbezaan azimut matahari terbenam dengan azimut kiblat – menganggarkan arah kiblat dari kedudukan matahari terbenam.

Friday 25 May 2012

JOM sertai BERSAMA-SAMA...


Kawan-kawan yang dikasihi...
Saya dapat satu lagi jemputan daripada kawan saya di Planetarium KL untuk ke Program Cerapan Transit Zuhrah. Saya dipahamkan cerapan ini akan memberikan kita peluang untuk melihat sendiri ciptaan Ilahi akan makhlukNYA bernama PLANET ZUHRAH yang akan melintasi makhluk Allah juga yang bernama MATAHARI

Dengan cerapan ini, kita boleh lihat betapa besarnya matahari itu berbanding zuhrah yang dikhabarkan hampir sama besar dengan BUMI KITA. Ayuh!!! ajak sanak saudara serta yang lain untuk sama-sama mengambil peluang ini. 

INGAT!!!
6 JUN 2012 / 16 REJAB 1433H

BERSYUKUR DAN TERUS BERSYUKUR DENGAN MELIHAT KEAGUNGAN CIPTAAN ILAHI YANG MAHA AGUNG!!!

Wednesday 23 May 2012

KELAS Penyediaan JAM SURIA (MIZWALA/SUNDIAL) & TONGKAT ISTIWA


Salam kasih buat sahabat-sahabat yang dikasihi...

Syukur Alhamdulillah kerana saya telah diberi peluang oleh Allah SWT untuk mengikuti bengkel yang cukup bermakna ini. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Dr. Ibno Azli Ibrahim melalui Kelab Kembara Angkasa UKM yang telah bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Bengkel ini telah disertai oleh Krew Kembara Angkasa UKM & USIM. Tenaga pengajarnya ialah Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer (YDP PFSM).

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Al-Fadhil Dr. Ibnor dan Tuan Syed Kamarulzaman serta semua yang terlibat. Sedikit bingkisan yang saya kongsikan untuk sahabat-sahabat. 

MENDOKONG TRADISI ILMUAN FALAK ISLAM

Tuesday 22 May 2012

Cerapan Gerhana BULAN Separa



Buat pecinta falak sekalian...

Sahabat saya daripada Planetarium KL telah menjemput kita untuk menyertai program CERAPAN CIPTAAN KEAGUNGAN ILAHI, (Gerhana Bulan Separa). 
Butirannya adalah seperti poster yang dilampirkan ini.

4 JUN 2012 / 14 REJAB 1433H

Jom! Marilah sama-sama kita mengambil kesempatan ini untuk terus menjadi hambaNYA yang tidak melepaskan peluang ini untuk meningkatkan kekuatan iman dan hati kita akan kebesaran ILAHI ini.


Monday 21 May 2012

TOKOH FALAK: AL-FARGHANI (805-880M).


Beliau adalah Abu’l-Abbas Ahmad ibn Muhammad ibn Kathir al-Farghani. Dilahirkan di Farghana, Transoxiana. Beliau merupakan salah seorang ahli astronomi yang terkenal ketika berkhidmat sepanjang era al-Mamun.

Sumbangan al-Farghani:
Al-Farghani menerima teori Ptolemy dan nilai-nilainya yang dicatatkan berlaku lebih awal. Menurut Al-Farghani, teori itu jika diteliti bukan sahaja memberi kesan kepada bintang tetapi juga planet di alam semesta ini. Kejayaan Al-Farghani yang lain ialah beliau mendapati bumi mempunyai ukur lilit sejauh 11,700 km termasuk menentukan ukur lilit planet.

Aktiviti penyelidikan Al-Farghani tidak terhad kepada ilmu bintang tetapi turut meliputi bidang kejuruteraan. Menurut Ibn Tughri Birdi, Al-Farghani telah menyelia projek pembinaan Great Nilometer di al-Fustat (Cairo lama). Projek itu siap sepenuhnya pada tahun 861 Masehi iaitu selepas al-Mutawakkil yang mengarahkan pembinaan itu meninggal dunia.

PENENTUAN ARAH KIBLAT: KAEDAH 2

KAEDAH 2: BINTANG AL-QUTBI/KUTUB (POLARIS). 

1.      Menunjukkan arah utara benar.
2.      Terletak dalam buruj “Biduk Kecil”.
3.      Berada di hujung tangkai buruj ini.
4.      Terdapat di langit Malaysia waktu tengah malam pada bulan Julai - Disember.
5.      Arah kiblat: perbezaan sudut sebanyak 68O (bagi Malaysia) ke kiri dari kedudukan bintang ini. 

Gerhana Matahari Separa 21 Mei 2012

Pada hari ini telah 21 Mei 2012 bersamaan 29 Jamadil Akhir 1433H telah berlaku satu fenomena alam ciptaan Allah SWT sebagai peringatan kepada kita dan juga bukti akan kekuasaanNYA kepada hamba-hambaNYA. Fenomena tersebut ialah GERHANA MATAHARI SEPARA (Partial Solar Eclipse).

Artikel daripada FALAK Online: Gerhana Matahari Separa ini dikhabarkan telah berlaku ketika matahari sedang terbit. Ini bermakna gerhana ini hanya dapat dilihat dari Sabah, Sarawak, Brunei dan sebahagian Indonesia. Ianya TIDAK KELIHATAN dari Semenanjung Malaysia. Itupun kita tidak dapat melihat keseluruhan fasa gerhana separa ini.

Thursday 17 May 2012

TOKOH FALAK: AL-KINDI (800-873M).


Beliau ialah Abu Yousouf Yaqub Ibnu Ishaq al-Kindi dan lebih dikenali dengan nama al-Kindi. Dilahirkan di Kufa, Iraq sekitar tahun 800 Masihi.

Sumbangan al-Kindi:

Beliau telah berjasa mengembangkan ilmu falak pada zaman Khalifah al Ma’mun, al-Mu’tasim dan al-Mutawakkil, Bani Abbasiyah di Baghdad. Beliau pernah bertugas bersama-sama Al-Khawarizmi dan pernah menjadi guru peribadi anak Khalifah al-Mu’tasim. Al-Kindi juga disenaraikan salah seorang ahli falak yang amat berjasa dalam dunia astronomi. Diantara hasil kerja beliau ialah kajian tentang optik, gelombang, monograf pasang surut,peralatan astronomi, ruang dan waktu dan kaedah penghitungan untuk bulatan. Al-Kindi juga adalah seorang ahli matematik yang agung. Beliau telah mengulas dan menerangkan tentang manuskrip pernomboran India, kesepaduan angka, garis dan pendaraban nombor, quantiti bandingan, kira-kira perkadaran dan masa, kaedah-kaedah pengangkaan dan pembatalan dalam satu ungkapan persamaan dan teori keselarian.

Had Berpaling Yang Dibenarkan Daripada Arah Qiblat

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6-8 September 2007 telah membincangkan mengenai Had Berpaling Yang Dibenarkan Daripada Arah Qiblat (Had al-Tahawwul 'Ani al-Qiblat). Muzakarah berpandangan bahawa arah mengadap kiblat merupakan perkara ijtihadi dan zanni. Penentuan had tidak melebihi 3 darjah bagi pesongan mihrab yang dibenarkan tidak perlu ditetapkan. Oleh itu, Muzakarah memutuskan bahawa had berpaling yang dibenarkan dari arah kiblat tidak perlu difatwakan, tetapi boleh dijadikan sebagai garis panduan dalam pembinaan masjid dan surau baru.

Sumber:Portal Rasmi Fatwa Malaysia (E-Fatwa) JAKIM. 


Wednesday 16 May 2012

Percubaan Pertama Astrofotografi


Buat sahabat-sahabat falak yang dikasihi..

Di sini saya kongsikan beberapa keping gambar matahari terbenam yang telah diambil daripada bilik saya bernombor: 229 di Klana Beach Resort bersebelahan Baitul Hilal Teluk Kemang. Panorama ini amat menarik sekali untuk diperhatikan bagi meningkatkan lagi kesyukuran kita terhadap Allah swt yang Maha Mencipta dan Maha Berkuasa mengaturkan segala kejadian di alam ini walaupun kualiti gambarnya saya rasa agak rendah kerana di ambil hanya menggunakan kamera kompak.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah), dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya.”
(Yunus: 101)

Sudah semestinya 'percubaan pertama' ini banyak kelemahannya. apa-apa pandangan yang positif di ucapkan jutaan terima kasih.


Kamera: Casio Exilim Ex-Z90 12.1 mpx sahaja.
Tarikh: 15 Mei 2012 (Selasa).
Waktu: 7.25 pm - 7.31 pm

7.25 pm

PENENTUAN ARAH KIBLAT: KAEDAH 1

KAEDAH 1: BURUJ ORION


  1. Juga dikenali sebagai buruj kiblat/bintang kiblat.
  2. Mempunyai 3 bintang berderetan iaitu MINTAKA, AN-NILAM & AN-NITAK.
  3. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan ketiga-tiga bintang ini ke arah barat.
  4. Waktu buruj Orion boleh/mudah kelihatan:

BIL
BULAN
WAKTU KELIHATAN
1
JULAI
Pada waktu Subuh
2
DISEMBER
Kelihatan tinggi di langit pada waktu tengah malam.
3
MAC
Berada ditengah-tengah lagit pada waktu Maghrib.

TOKOH FALAK: "AL-KHAWARIZMI (780-850M)"

Beliau ialah Abu Abdullah Mohammad Ibnu Musa dan lebih dikenali dengan Al-Khawarizmi. Beliau dilahirkan di Khawazim (Kheva), selatan Laut Aral, Uzbekistan.

Sumbangan al-Khawarizmi:
Beliau telah berjasa dalam bidang falak pada zaman pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, Bani Abbasiyah di Baghdad. Beliau telah dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan dan kajian beliau. Al-Khawarizmi adalah seorang ahli falak yang agung. 

TOKOH FALAK: Muhammad Targai Ulugh Beg


Ahli astronomi yang menjadi penguasa Asia Tengah ini telah menempa namanya dalam sejarah astronomi. Beliau menjadi kebanggaan orang Asia Tengah.

Ulugh Beg ialah cucu Timur (yang dikenali di Barat sebagai Tamerlane), seorang putera Tartar dan pemerintah Turkestan. Beliau merupakan ahli astronomi dan ahli matematik kurun ke-15 yang luar biasa. Ulugh Beg merupakan putera raja Dinasti Timur yang bernama Shah Rukh dan dilahirkan pada tahun 1393 di Sultaniyyah yang terletak Asia Tengah. Beliau seorang hafiz al-Quran.

Himpunan Al-Falakiyyun di MUNAQASHAH FIQH FALAK 2012


Sahabat-sahabat saya yang dikasihi...

Saya berasa amat bersyukur kerana telah diberi peluang oleh Allah swt untuk menghadiri satu majlis ilmu iaitu 'MUNAQASHAH FIQH FALAK 2012'. Program ini merupakan anjuran Unit Falak, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan yang bertempat di Kompleks Baitul Hilal, Port Dickson bermula 23-25 Jumada Al-Akhirah 1433H (15-17 Mei 2012).

Munaqashah ini terdiri daripada pegawai-pegawai falak Jabatan Mufti Negeri-negeri dan pembentang-pembentangnya pula terdiri daripada mereka yang amat arif dalam permasalahan Fiqhul Falak. Program ini penuh dengan pelbagai topik perbincangan daripada siang sehingga ke malam. Semoga apa yang saya perolehi di sini, akan dapat saya manfaatkan bersama. Sekalung penghargaan buat pihak Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan kerana telah memberi ruang kepada saya untuk turut serta.


Perjalanan munaqashah ini adalah seperti berikut:

Tuesday 15 May 2012

Kaedah Penentuan Arah Kiblat di Malaysia



PENGERTIAN ARAH KIBLAT
1. Arah kiblat arah yang dihadapkan oleh semua umat Islam iaitu Ka’abah ketika mengerjakan ibadah solat dan perkara-perkara yang disunatkan menghadap kearahnya.
2. Ahli falak pula menakrifkan arah kiblat adalah arah ke Ka’abah yang terdekat di atas glob bumi.
3. Mengadap kiblat = menghalakan pandangan dan tubuh badan ke ‘ain Ka’abah atau ke arah Ka’abah.
4. Para fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa mengadap kiblat adalah syarat sah solat (solat itu terbatal jika tidak mengadap kiblat).

Saturday 12 May 2012

Krew Kembara Angkasa di Hari Astronomi Melaka 2012

Assalamualaikum w.b.t..rakan-rakan falak di luar sana...

Kami KKA (Krew Kembara Angkasa) telah berkampung selama 1 hari di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka pada 12 Mei 2012 / 20 Jamadil Akhir 1433H sempena Sambutan Hari Astronomi peringkat Negeri Melaka 2012.

Sambutan yang diadakan selama 1 hari ini penuh dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan dunia astronomi yang bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam. Seramai 14 orang KKA telah bertugas untuk menjayakan sambutan ini dengan membuka gerai pameran Persatuan Falak Syar'i Malaysia (PFSM). Turut memeriahkan ruang pameran PFSM ialah Encik Shahrin (Falak Online) & Mejar Faiz (Angkasawan Malaysia). Terima kasih dan selamat berkhidmat.


Thursday 10 May 2012

Wallpaper Falak Untuk KITA SEMUA..

Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat falak..

Di sini saya lampirkan beberapa keping 'wallpaper' falak yang telah dihasilkan oleh sahabat kita di luar sana. Tahniah dan terima kasih kepada beliau yang telah menghasilkan 'wallpaper' ini. Semoga kita dapat manfaatkan bersama.


Wednesday 9 May 2012

Bilangan Planet - JOM FIKIR Bersama!

Bilangan Planet

INI pula saya perolehi daripada rakan blog yang lain. Sesuatu yang saya fikirkan penting untuk kita semua fikirkan.


BERAPAKAH bilangan sebenar planet dalam sistem suria? Apakah 9 atau 12?

(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku."(Yusuf: 4)

Ini bukan satu pertanyaan menguji minda sebaliknya persoalan atau dilema yang sedang bersarang dalam kotak fikiran sekumpulan saintis astronomi dunia.

Buat sekian kalinya, sekumpulan 2,500 pakar astronomi dunia dari 75 negara akan berkumpul di Republik Chezh, mulai Rabu ini bagi merungkaikan banyak persoalan berhubung status terkini planet dalam sistem suria. 

Matahari Di Dunia KITA.


Salam buat sahabat pembaca, artikel ini pula adalah perkongsian dari sahabat yang bernama Ahmad Nizam di HIKMATUN. Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kita bersama. Terima kasih.
Matahari (Bahasa Latin: Sol , Bahasa Inggeris: Sun) adalah bintang di pusat Sistem Suria. Bumi dan jisim lain (termasuk planet-planet lain, asteroid-asteroid, meteor, komet dan debu) mengorbit/mengelilingi Matahari, yang menurut sendiri merupakan kira-kira 99.8% sistem suria besar-besaran. Tenaga daripada Matahari, dalam bentuk cahaya matahari, menyokong hampir semua kehidupan di Bumi melalui fotosintesis, dan memberi kesan kepada iklim dan cuaca Bumi.

Ayat Al-Quran Mengenai Kajibumi Dan Asal-Usul Bumi


Salam sua buat pembaca, saya telah menemui satu penulisan melalui blog yang ditulis oleh Rahmat Khalil. Mungkin apa yang telah dikongsikan beliau ini sedikit sebanyak membantu kita untuk menambahkan ilmu kita yang amat sedikit ini. Jika ada pembetulan, amat dialu-alukan. Terima kasih dan selamat membaca.
Profesor Alfred Kroner: .... dan amat banyak ayat-ayat yang diturunkan pada masa itu dapat dibuktikan, tetapi teknologi sains moden telah membuka jalan kepada usaha membuktikan apa yang dinyatakan oleh Muhammad (Sallallu’alaihiwasallam) sejak 1400 tahun yang lalu.
Kami perkenalkan kepada anda Profesor Alfred Kroner - salah seorang daripada ahli-ahli kajibumi yang paling terkenal di dunia. Beliau ialah seorang Profesor Kajibumi dan Pengerusi Jabatan Kajibumi di Institut Sains-kajibumi, Universiti Johannes Gutenburg, Mainz, Jerman.

MENYINGKAP KEHEBATAN SEJARAH LAHIRNYA TAKWIM HIJRAH


Takwim Hijrah atau Takwim Islam merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Ia merupakan sejenis kalendar yang berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi yang mempunyai kira-kira 354 hari setahun.

SEJARAH LAHIRNYA TAKWIM HIJRAH

Permulaan penggunaan Kalendar Hijrah adalah hasil daripada ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khattab R. A. Ini adalah turutan daripada Kesatuan Arab yang telah ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya. 

Takwim Hijrah ialah kalendar yang berdasarkan bulan qamari dan disebut juga takwim atau kalendar Islam. Ia mengandungi 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah.

Kelas Tafaqquh fil ILMI FALAK Negeri Pulau Pinang 2012

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Harapan saya kali ini semoga sahabat-sahabat saya sentiasa sihat sejahtera terpelihara oleh-NYA. 

MPC, Kepala Batas, Pulau Pinang
Kali ini saya rasa amat bersyukur kerana telah diberikan peluang oleh-NYA untuk mengikuti "Kelas Tafaqquh fil ILMI FALAK" yang telah dianjurkan oleh pihak Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Ini pun rentetan daripada pertemuan dengan sahabat-sahabat lama di JMNPP semasa Program Sambutan Hari Astronomi Pulau Pinang 2012 di AEON Bandar Perda pada 28 April 2012 tempoh hari apabila Ustaz Anuar dan Ustaz Jais 'offer' untuk mengikuti kelas ni. Tak banyak tanya lagi, saya pun setuju la...

Maka, pada hari ini bermulalah al-kisah kelasnya yang diadakan di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Kepala Batas. Kelas ini bermula 08 - 10 Mei 2012 yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Haji Hanafiah Abd Razak dari Jabatan Mufti Negeri Johor. Kelas ini juga turut dihadiri oleh rakan-rakan falak dari Jabatan Mufti Negeri, guru-guru sekolah dan jemputan yang lain. Kelas pada kali ini telah mengupas dan membincangkan berkaitan "Muqaddimah dan Kaedah Memahami Buruj" berdasarkan perbahasan kitab-kitab falak.

Monday 7 May 2012

Jom SERBU Melaka sempena SAMBUTAN HARI FALAK (ASTRONOMY DAY) 2012



Pendahuluan
Hari Astronomi merupakan satu hari yang disambut oleh ahli-ahli astronomi sedunia untuk menggalakkan dan menarik minat orang ramai meminati sains dan mengenali ilmu astronomi / falak. Sambutan Hari Falak / astronomi diadakan pada bulan Mei.

Sunday 6 May 2012

Perkongsian ILMU di Program Sehari Bersama Astrofiqh dan Kosmofiqh 2012

Assalamualaikum w.b.t dan salam mesra untuk semua..

Syukur Alhamdulillah hati ini panjatkan kepada Yang Maha Merancang, Sebaik-baik Perancang, Yang Terbaik Perancangan-NYA kerana telah menemukan hati-hati yang kerdil ini dalam satu program yang amat besar hikmahnya..

Pertama sekali, jutaan tahniah dan syabas buat sahabat-sahabat KREW KEMBARA ANGKASA kerana telah menganjurkan Program "Sehari Bersama Astrofiqh dan Kosmofiqh 2012" yang telah berjalan dengan jayanya di Fakulti Pengajian Islam (FPI) UKM pada 2 & 3 Mei 2012 bersamaan 10 dan 11 Jamadil Akhir 1433H.

Terima kasih juga diucapkan buat semua KKA UKM dan USIM yang telah bergabung tenaga untuk menjayakan program ini. Tidak lupa kepada Pihak Pusat Islam UKM, Pusak Sukan UKM, penceramah jemputan, guru-guru, pelajar-pelajar sekolah, IPT dan warga UKM yang telah memberi sokongan dan turut menjayakan program yang pertama kali diadakan ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...