PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Friday 29 June 2012

SUMBANGAN TOKOH FALAK ISLAM

Sumber: http://www.al-azim.com/~smkdolsaid/txtsumbanganislam.htm

Umat Islam terlibat secara aktif dalam bidang ilmu aqal (al-Ulum alAgliyyah) termasuk ilmu falak, adalah dalam zaman Umayyah dan Abbasiah. Dalam zaman pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah, sarjana yang terkenal dalam pengkajian ilmu falak ialah Khalid bin Yazid al-Amawi (meninggal 85H). Beliau adalah cucu kepada Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian. Beliau digelar Hakim Ali Marwan. Beliau banyak membelanjakan hartanya untuk menuntut ilmu falak dan menyediakan peralatannya. Kemungkinan telah berlaku terjemahan buku-buku asing ke bahasa Arab atas anjuran beliau, tetapi hasil-hasil khazanah itu telah hilang dari khazanah umat Islam. Beliau adalah orang yang pertama kali menterjemahkan kitab-kitab termasuk kitab-kitab mengenai perbintangan.

Thursday 28 June 2012

PENENTUAN WAKTU SOLAT DALAM KAPAL SELAM


Salam ceria buat sahabat semua...semoga hari ini akan menjadi lebih baik dari semalam.

Saya ada terbaca dalam satu blog milik USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL (klik sini) berkaitan hal ini, saya amat tertarik dengan pandangan yang telah beliau kemukakan dan rasakan boleh dijadikan sebagai rujukan untuk kita bersama. Terima kasih kepada al-fadhil ustaz atas pandangan yang telah dikongsikan. Di sini, saya kongsikan pula pandangan yang beliau tuliskan (boleh klik sini juga) untuk sahabat-sahabat. Selamat membaca..

Wednesday 27 June 2012

FATWA FALAK: Hukum Mencerap Hilal Dari Satelit



Salam kasih buat semua...

Hari ini saya ingin kongsikan lagi dengan pembaca berkaitan satu lagi fatwa falak sebagai panduan kita semua iaitu berkaitan cerapan hilal. Sehingga hari ini, kita menjalankan aktiviti rukyah hilal hanya di atas permukaan bumi sahaja, tetapi bagaimana pula dengan jika cerapan hilal di buat menggunakan satelit? Inilah keputusannya:

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan mengenai Hukum Mencerap Hilal Dari Satelit. Muzakarah telah memutuskan bahawa buat masa ini belum ada keperluan untuk menggunakan satelit bagi mencerap hilal dalam menentukan bulan-bulan qamariah khususnya Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah memandangkan kaedah hisab dan rukyah yang digunakan masih sesuai. Walaubagaimanapun untuk tujuan penyelidikan dan merakam pergerakan bulan penggunaan satelit adalah diharuskan."



Sekadar hiasan

Tuesday 26 June 2012

Jarak PLANET dengan MATAHARI

Salam sua buat sahabat sekalian...

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai jarak purata antara planet dengan matahari. Semua sedia maklum, sistem solar kita berada dalam galaksi Bima Sakti (Milky Way). Dalam sebuah galaksi yang besar ini, kita dipilih untuk hidup di sebuah planet yang amat cantik. Jom kita lihat berapakan jarak purata antara planet-planet ini dengan MATAHARI!!

57.9 juta kilometer ke Utarid
108.2 juta kilometer ke Zuhrah
149.6 juta kilometer ke Bumi
227.9 juta kilometer ke Marikh
778.3 juta kilometer ke Musytari
1,427.0 juta kilometer ke Zuhal
2,871.0 juta kilometer ke Uranus
4,497.0 juta kilometer ke Neptun
5,913.5 juta kilometer ke Pluto



Wednesday 20 June 2012

TOKOH FALAK: TUAN HAJI ABDUL GHANI BIN SALLEH

Lahir di Kampung Paya Keladi, Kuala Terengganu tahun 1929 dan pernah menetap di alamat 25, Jalan Bakti, Off Jalan Kamaruddin, 20400 Kuala Terengganu. Mendapat pendidikan di Sekolah Rendah, Paya Bunga, Kuala Terengganu. Memulaikan kerjaya sebagai nelayan kini dikenali sebagai ahli falak syarie yang berkebolehan. Dengan ilmu yang ada, beliau telah banyak memberikan khidmat dalam memperkembangkan ilmu ini dengan mengajarkannya di Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura. Kerana kepakarannya itu selalu juga beliau diundang ke Persidangan Antarabangsa dalam bidang ilmu falak.

Tuesday 19 June 2012

Bahagian Dua : Keajaiban Al-Quran Diakui Sains & Fakta Ilmu

[Sambungan] artikel karangan: http://zaharuddin.net/al-quran-&-hadith/62-bahagian-dua--keajaiban-al-quran-diakui-sains-a-fakta-ilmu.html


BENTUK SFERA BUMI

"Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Dia membungkuskan malam atas siang dan membungkuskan siang atas malam..." (Surah Az-Zumar:5)

Thursday 14 June 2012

Bahagian Dua : Keajaiban Al-Quran Diakui Sains & Fakta Ilmu

Salam buat sahabat-sahabat, untuk hari ini saya sertakan lagi sambungan daripada artikel semalam karangan Ustaz Zaharuddin dalam artikel beliau di http://zaharuddin.net/al-quran-&-hadith/62-bahagian-dua--keajaiban-al-quran-diakui-sains-a-fakta-ilmu.html

[Sambungan]

PEMISAHAN LANGIT DAN BUMI

Wednesday 13 June 2012

KEWUJUDAN ALAM SEMESTA



Salam hormat buat sahabat-sahabat...

Saya telah membaca satu artikel karangan Al-Fadhil Ustaz Zaharuddin di laman beliau  yang terkenal iaitu http://zaharuddin.net. Saya berasa amat tertarik untuk dikongsikan bersama sahabat-sahabat saya di sini. Saya lampirkan penulisan beliau yang cukup bermanfaat ini untuk kita bersama. Saya akan kongsikan sedikit demi sedikit maklumat yang beliau sampaikan dari semasa ke semasa. Kalau nak terus baca semua boleh sahaj terus ke link ini. http://zaharuddin.net/al-quran-&-hadith/62-bahagian-dua--keajaiban-al-quran-diakui-sains-a-fakta-ilmu.html. Terima kasih al-fadhil ustaz atas perkongsian ilmu ini.

Bahagian Dua : Keajaiban Al-Quran Diakui Sains & Fakta Ilmu

Tuesday 12 June 2012

Fatwa FALAK: Pelaksanaan Ibadat Di International Space Station (ISS)

Salam hormat daripada saya...

Kali ini saya hendak kongsikan maklumat dengan sahabat-sahabat berkaitan fatwa dan garis panduan ibadat di ISS. Mungkin ada yang dah tahu akan hal ini, dan mungkin ada yang belum mengetahui sepenuhnya lagi. Daripada sumber JAKIM ini, saya kongsikan dengan sahabat-sahabat kerana ia juga berkaitan dengan amalan ibadah dan ilmu falak yang kita tahu.
Di bawah ini adalah keputusan muzakarah fatwa bagi hal yang saya kongsikan ini.

Monday 11 June 2012

PENENTUAN ARAH KIBLAT: KAEDAH 10

KAEDAH 10: penggunaan pelan tapak

* Menggunakan kaedah trigonometri.

* Amat sesuai di kawasan perumahan teres, apartment dan bangunan yang dibina mengikut pelan yang diperakui.

* Boleh dilakukan dengan bantuan alatan seperti jangka sudut teodolit dan lain-lain.

Friday 8 June 2012

PENENTUAN ARAH KIBLAT: KAEDAH 9

KAEDAH 9: hitungan azimut kiblat





PENENTUAN ARAH KIBLAT: KAEDAH 8

KAEDAH 8: lintasan matahari harian
  1. Kaedah semakan bayang-bayang sama seperti peristiwa Istiwa A’zam (2x setahun), tetapi kaedah ini boleh dibuat hampir setiap hari.
  2. Melihat kedudukan bayang bersamaan arah kiblat pada waktu-waktu tertentu pada objek tegak.
  3. Jika bayang diambil waktu petang, arah kiblat bersetentang dengan arah bayang. Jika waktu pagi, arah kiblat adalah sama dengan arah bayang.  

Thursday 7 June 2012

TRANSIT ZUHRAH 6 JUN 2012: Kita KONGSI bersama.

Salam kasih buat sahabat semua..Diharapkan semuanya dalam keadaaan yang lebih baik hari ini.

Umum telah pun tahu, semalam 6 Jun 2012 adalah fenomena transit Zuhrah setelah sekian kalinya berlaku pada  8 Jun 2004. Untuk seterusnya pula, kita dikhabarkan akan berlaku pada 105 tahun akan datang. Ini bermakna kita akan bertemu dengan fenomena transit ini pada tahun 2117? Siapa yang hidup waktu itu?

Wednesday 6 June 2012

Koleksi gambar Transit Zuhrah daripada Rakan-rakan FALAK

Salam hormat buat semua...

Di sini saya kongsikan kepada sahabat-sahabat semua, gambar-gambar yang telah di 'tangkap' oleh rakan-rakan falak kita yang telah bertungkus-lumus semasa cerapan fenomena transit Zuhrah ini. Terima kasih diucapkan kepada mereka semua dan kita doakan mereka semuanya selamat dalam perjalanan terutama yang berada di Sabah untuk pulang ke semenanjung.


TAHNIAH & TERIMA KASIH

Transit Zuhrah (Venus) dari Baitul Hilal Teluk Kemang, 6 Jun 2012

Salam istimewa buat sahabat saya yang dikasihi..

Subhanallah... Alhamdulillah...Allahuakbar
Hari ini, 6 Jun 2012 / 16 Rejab 1433H, kita telah pun mengetahui bahawa akan berlaku satu lagi fenomena alam ciptaan Allah Yang Maha Esa iaitu Transit Planet Zuhrah (Venus). Apa itu transit? Apa itu planet Zuhrah? Boleh dapatkan maklumat daripada mana-mana sumber yang lain juga ataupun saya akan kongsikan dalam post yang lain. 

Tuesday 5 June 2012

Cerita Di sebalik CERAPAN GERHANA BULAN SEPARA, 4 JUN 2012

Salam mesra buat sahabat yang dirahmati..

Umum yang mengetahui bahawa semalam adalah fenomena alam Gerhana Bulan Separa. Fenomena ini telah membuktikan akan kekuasaan Allah swt sebagai Pencipta & pengatur perjalanan alam ini. Begitu juga dengan saya. Saya ingin menjadi antara makhluk Allah swt tidak melepaskan peluang untuk menyaksikannya.

Monday 4 June 2012

Gerhana BULAN SEPARA hari INI!!!

Salam buat kawan semua....

Jangan lupa sama-sama kita ambil peluang untuk menyaksikan fenomena Gerhana BULAN Separa (Partial LUNAR Eclips) di mana sahaja kita berada (di Malaysia la terutamanya)...Masa dan waktunya saya dan rakan-rakan falak di luar sana telah hebahkan, layari sahaja 'website' mereka termasuk blog saya ini.Hehehe...

Sunday 3 June 2012

PENENTUAN ARAH KIBLAT: KAEDAH 7

KAEDAH 7: tongkat istiwa
  1. Merupakah salah satu kaedah tradisional untuk mendapatkan garisan meridian arah UTARA /SELATAN dan menentukan arah TIMUR/BARAT sesuatu tempat.
  2. Garisan meridian juga dikenali sebagai garisan tengah hari.
  3. Mudah dan tepat.

Saturday 2 June 2012

Jangan Lupa Kejar Amalan SUNAT ketika GERHANA BULAN.

Kawan-kawan yang dikasihi...

Dalam minggu ini kita mungkin telah diwar-warkan akan fenomena alam cakerawala iaitu 'Fenomena Transit Planet Zuhrah' pada 6 Jun 2012 (Rabu) nanti. Tapi janganlah kita lupa akan satu lagi KEBESARAN ALLAH SWT iaitu 'Fenomena Gerhana Bulan Separa' yang akan berlaku pada 4 Jun (Isnin) ini.

Jangan Lupa Bulan REJAB yang MULIA...


Salam hormat buat sahabat-sahabat saya...

Sedar tak sedar kita dah menempuh pertengahan tahun 2012 ini (Jun). Namun kita jangan lupa kita juga baru sahaja menempuh bulan ke-7 dalam bulan HIJRAH kita. Jangan kita lupa plak, bulan REJAB adalah bulan ke-7 dalam kalendar Islam. Tak lama lagi kita akan bertemu Sya'ban, Ramadhan dan seterusnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...