PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Sunday 29 April 2012

Kejutan Dalam April - Ku bersyukur pada-NYA.

Salam mesra buat rakan-rakan semua..

Agak terkejut sebenarnya 'kami' setelah menyemak e-mel YAHOO pada 27 April jam 3.00 petang selepas pulang dari makan tengah selepas solat Jumaat yang lalu (ni pun nak cerita jugak). Bukan apa, hati yang memaksa diri untuk menyemaknya. Lagipun sejak balik dari Kursus Falak di ILDAS hari Rabu tu, tak buka lagi e-mel. Nak 'rest' dari dunia internet la sekejap (satu hari je pun). Ada satu e-mel yang bertajuk Keputusan Pertandingan Menulis Sajak Falak/Astronomi Sempena Sambutan Hari Astronomi Pulau Pinang 2012. Bila buka sahaja e-mel , tengok-tengok nama 'kami' tersenarai sebagai pemenang tempat ke-3. Ya Allah, syukurnya dan sangat terkejut. Rupa-rupanya ada bakat juga 'kami' dalam menulis sajak ni. Ingatkan tak de 'skill' langsung. Mana tidaknya, hantar penyertaan pun 'last minute' selepas 2 hari fikirkan idea untuk menulis sajak ni (bukan senang oooo...).

Saturday 28 April 2012

Timba ILMU di KURSUS FALAK ILDAS


KURSUS FALAK (TAQWIM DAN CERAPAN)
23-25 April 2012 (ISNIN-RABU)

3 hari 2 malam saya telah berkampung di ILDAS (Institut Latihan Dakwah Selangor) untuk menghadiri Kursus Falak (Taqwim dan Cerapan) anjuran ILDAS dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor. Semuanya berjalan baik di sini walaupun agak kelewatan tiba di ILDAS ni kerana bertolak lewat dari bumi Nilai disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Namun, hari pertama dilalui dengan amat seronok sekali setelah berakhirnya aktiviti cerapan hilal hari kedua Jamadil Akhir di Balai Cerap Selangor jam 9 malam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...