PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Tuesday 18 November 2014

Kem Astronomi Islam Siri 2


Tarikh: 14 & 15 November 2014 / 21 & 22 Muharram 1436H
Tempat: Masjid Putra, Putrajaya
Program: Kem Astronomi Islam Siri 2

Syukur Alhamdulillah...saya panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya Kem Astronomi Islam Siri 2 telah berjaya dilaksanakan. Program ini dianjurkan Masjid Putra, Putrajaya yang diuruskan oleh Al-Fadhil Ustaz Shafie. Seramai 48 orang adik-adik muslimah yang menyertai kem kali ini setelah kem siri pertama diadakan untuk adik-adik muslimin. Pelbagai aktiviti yang menarik seperti bicara falak, cerapan bintang, planet dan bulan serta kuiz.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Masjid Putra dan adik-adik peserta atas kejayaan ini. Terima kasih saya ucapkan atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk mengendalikan kem ini selama 1H 1M ini. Tidak lupa juga kepada Saudara Anwar, Sulhi dan Afiq yang bertindak sebagai fasilitator untuk mengendalikan aktiviti cerapan. Semoga perkongsian ilmu dan aktiviti bermanfaat ini dapat dijadikan panduan yang berguna buat diri dan adik-adik peserta. Semoga dapat bertemu lagi di lain hari dan masa.

Wednesday 12 November 2014

KKA @ SK Cyberjaya

Assalamualaikum wbt..

Tarikh:  15 & 16 Muharram 1436H /  8 dan 9 November 2014
Tempat: Sekolah Kebangsaan Cyberjaya
Program: Sambutan Hari Hijau 2014

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan guru yang membantu saya sepanjang program tersebut kerana hanya saya seorang diri yang dapat turun untuk bersama komuniti di SK Cyberjaya. Team KKA masing-masing ada komitmen lain pada hari tersebut. Suasana sangat meriah kerana pelbagai program yang telah dijalankan di situ sempena Sambutan Hari Hijau 2014 seperti Larian Hari Hijau, pertandingan rekacipta bahan terbuang, persembahan budaya Jepun, senamrobik, penanaman pokok dll.

As-Syi'ra dan KKA mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung yang sudi hadir ke booth KKA PFSM untuk memberi sokongan dan berkongsi ilmu. Yang lebih menarik kali ini, dua orang pengunjung bertuah booth PFSM menerima cenderahati daripada saya kerana lahir pada 12 Rabiul Awal (Adik Dhia dan Adik Balqis) dengan membuat sijil tarikh lahir hijri. Terima kasih dan tahniah kepada SK Cyberjaya kerana sudi menjemput kami untuk memberi ruang bertemu masyarakat Cyberjaya.

Booth KKA PFSM sebelah BIO Plus ++

Thursday 6 November 2014

Aktiviti Bulan Oktober & November 2014

Assalamualaikum wbt..

Rasa lama saya tak update cerita As-Syi’ra, Alhamdulillah….kali ini diberi kesempatan untuk membuat catatan. Diharapkan sahabat-sahabat As-Syi’ra terus mendoakan kejayaan bersama dalam menyampaikan, menyebarkan, berkongsi ilmu falak dan motivasi kepada masyarakat setelah lama berehat. Rasa masih sempat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Muharram 1436H. Semoga dengan kehadiran bulan dan tahun baru ini akan memberi motivasi baru dan semangat yang tinggi untuk menjadi lebih baik.

Untuk kali ini, saya ingin kongsikan dengan sahabat-sahabat pembaca berkaitan aktiviti semasa As-Syi’ra sepanjang Oktober dan November . Semoga kali ini saya dapat mengunjungi tempat anda untuk berkongsi ilmu dan mendapat ilmu dari kalian pula.

1. Gerhana Bulan Penuh
Tarikh    : 08 Oktober 2014 bersamaan 13 Zulhijjah 1435H
Lokasi    : Surau Mawaddah, Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi
Masa     : 7.00 petang – 11.00 malam

Terima kasih diucapkan kepada jemaah surau yang hadir menghidupkan sunnah Nabi SAW untuk menunaikan solat sunat gerhana bulan dan melihat sendiri fenomena alam yang mengagumkan ini.


Wednesday 4 June 2014

Catatan Siri Jelajah Kembara Angkasa bulan Mei 2014



Apa khabar sahabat As-Syi'ra dan Kembara Angkasa sekalian? Diharapkan kalian sihat walafiat dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah sebagai khalifah Allah SWT. Rasa macam lama tak 'update' aktiviti dan perkembangan kami. So, kami rangkumkanlah cerita jelajah kami sepanjang bulan Mei di sini.

Dalam bulan Mei ini, kami telah menjelajah ke 5 lokasi yang telah menjemput kami untuk menceriakan program-program yang telah dianjurkan. Di antara lokasi tersebut ialah Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Universiti Sains Islam Malaysia, Surau Al-Hijrah Kota Warisan, Kg. Jenderam Hilir dan Masjid Jamek Al-Khadijiah Pantai Dalam.

Program Pertama
Langkah pertama kami di bulan Mei ini adalah di Kompleks Falak Al-Khawarizmi sempena Sambutan Hari Falak (Astronomy Day) Peringkat Negeri Melaka 2014 pada 10 & 11 Mei(Sabtu & Ahad). Setiap tahun kami dijemput untuk memeriahkan sambutan tersebut. Terima kasih kepada Jabatan Mufti Negeri Melaka kerana terus memberi kepercayaan kepada kami. Walaubagaimanapun kami tiba agak lewat pada sebelah petang kerana berlaku masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan dalam perjalanan ke sana. Namun, kami turut terlibat untuk aktiviti cerapan langit malam dan pameran pada hari keesokannya. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan seperti tahun-tahun sebelumnya. Program tamat pada jam 3 petang. (Klik Sini Untuk Gambar)


Program Kedua
Jelajah kami seterusnya adalah ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai sempena Karnival Astrofiqh'14 pada 15 Mei. Karnival ini dianjurkan oleh mahasiswa Falak Syar'ie, Fakulti Syariah dan Undang-undang. Pelbagai aktiviti yang menarik seperti pertandingan roket, mewarna, kuiz, ceramah dan pameran. Seperti kebiasaannya, kami diberi peluang untuk membuka pameran dan jualan cenderahati falak serta dijemput untuk berkongsi ilmu berkaitan penentuan arah kiblat yang disampaikan oleh saya sendiri. Hehehe...(nak jemput lagi pon boleh). Karnival ini tamat pada jam 11 malam dengan sesi forum Astrofiqh yang telah dihadiri oleh Ustaz Dr. Ibnor Azli (NYDP 2, PFSM) dan En. Shahrin (Falak Online). forum ini telah dikendalikan oleh Pn. Idza Sharmina, salah seorang team Kembara Angkasa la tu..Walaubagaimanapun aktiviti cerapan pada malam tersebut tidak dapat dijalankan kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Inshaa Allah pada waktu lain la plak....


'Ter' masuk dalam paper plak. Hehehehe...(baju t-shirt biru tu la..)

Wednesday 28 May 2014

Istiwa A'zam Bukti Keagungan Allah swt.


Salam buat sahabat-sahabat..


Fenomena Istiwa A'zam kembali lagi untuk tahun 2014. Mungkin ada yang terlupa atau yang tak ingat bahawa hari ini berlaku fenomena Istiwa A'zam di mana matahari berada tepat pada titik zenith di atas Ka'abah pada tengah hari di Mekah tetapi kita di Malaysia, sudah waktu petang la..

Fenomena ini telah berlaku 2 kali setahun pada 28 Mei (hari ini la..) jam 5.16 petang (WPM) dan pada 16 Julai jam 5.28 petang (WPM). Saya mengesyorkan kepada semua muslimin dan muslimat untuk sama-sama mengambil kesempatan ini utk menyemak semula arah kiblat di kediaman/pejabat/surau/masjid/di mana sahaja kita bersolat. Jangan lepaskan peluang untuk membuat SEMAKAN ARAH KIBLAT DI TEMPAT ANDA pada hari ini JAM 5.16 petang.

ISTIWA A'ZAM, 28 MEI, 5.16 PETANG
CARA: lihat gambarajah bayang-bayang di bawah ini sebagai contoh. Gunakan objek tegak (tiang, tingkap,dinding dll yang mengadap matahari) untuk membuat rujukan bayang-bayang anda.

MOH KITA SAMA-SAMA. SELAMAT MENCUBA.

Berita di Harian Metro Online
http://www.hmetro.com.my/articles/Masjidilharamtanpabayang//Article?BeritaUtama









Friday 25 April 2014

Kuliah Pakar Astronomi Islam di Universiti Malaya (UM)

Assalamualaikum wbt.. sahabat-sahabat As-Syi'ra

Hari ni, saya berkesempatan untuk mengikuti kuliah Astronomi Islam di UM. Alhamdulillah maa yang ada ini saya juga berkesempatan untuk bertemu sifu-sifu saya yang hadir untuk membentang kertas kerja. Antaranya En. Shahrin (Falak Online), Dr. Radzuan Nordin (Pengarah Pusat Islam UTeM, pensyarah falak saya masa degree dulu), Prof. Dato Dr Zamri (UM) dan Ustaz Zakwa (JAKIM).


Thursday 17 April 2014

Sambutan HEBAT di Sek. Keb. Seri Tasik

Syukur Alhamdulillah, selawat dan salam penulis ucapkan untuk junjungan Rasulullah SAW. Ucapan penghargaan & terima kasih ditujukan khas buat:

Warga Sek. Keb. Seri Tasik, Bandar Sri Permasuri, Kuala Lumpur
(atas sambutan yang HEBAT sempena Minggu Sains 2014):

Guru Besar, Tuan Haji Misman bin Mostam
(atas kelulusan untuk menjemput penulis dan Kembara Angkasa, PFSM)
Cikgu Sulaiman (Pengarah Projek)
(yang bertungkus lumus membantu penulis untuk menjayakan program ini)
Guru-guru SKST
(atas sokongan kerjasama yang tak berbelah bahagi sepanjang perjalanan program)
Para ibu bapa
(membenarkan kehadiran dan penglibatan anak-anak dalam program sehingga malam)
Murid-murid SKST
(yang sangat teruja dan kesungguhan untuk mendengar perkongsian daripada saya)
Rakan-rakan Kembara Angkasa
(tetap hadir membantu walaupun selepas waktu bekerja)
Individu-individu yang terlibat menjayakan program ini



Penulis tak dapat nak gambarkan dengan perasaan untuk menceritakan sambutan yang sangat HEBAT daripada warga SKST (tersenarai di atas) sepanjang berlangsungnya Program Sehari Bersama Kembara Angkasa sempena Minggu Sains 2014, pada 15 Jamadil Akhir 1435 (15 April 2014, Selasa) yang lalu. Saya telah diberikan peluang untuk mengendalikan sepenuhnya program tersebut yang bermula kira-kira jam 12.00 tengah hari sehinggan jam 11.00 malam.

Walaupun hadir seorang diri pada awalnya (kerana team KKA datang selepas jam 6.00 petang), saya sentiasa dibantu oleh Cikgu Sulaiman dan guru-guru yang lain sehingga program selesai. Buat adik-adik yang berkesempatan menjayakan program ini, tahniah saya ucapkan dan ilmu yang diperolehi dapat dikongsikan dengan sesiapa sahaja. Program yang berlangsung ini meliputi beberapa aktiviti yang menarik di antaranya: 

  1. Pameran falak
  2. Jualan cenderahati falak
  3. Sijil tarikh lahir hijri (PALING LARIS!!!)
  4. Tayangan video falak
  5. Cerapan matahari
  6. Bicara Falak (Ceramah: "Akulah Angkasawan")
  7. Cerapan langit malam (bulan penuh) - bermula jam 10.30 malam selepas cuaca baik, hanya beberapa orang guru sahaja yang berkesempatan.
Semoga sesuatu yang bermanfaat dapat dikongsikan bersama dengan kalian. Inshaa Allah, jika ada masa & kesempatan kita akan berjumpa lagi. Mohon maaf atas segala kelemahan & kekurangan sepanjang mengendalikan program. Saya dan Kembara Angkasa akan mencari ruang dan peluang untuk bekerjasama dengan pihak SKST pada masa akan datang.

Buat guru-guru sekolah lain yang turut membaca coretan ini, saya bersedia untuk ke sekolah anda, jika anda merancang untuk melakukan apa yang telah dibuktikan oleh Sekolah Kebangsaan Seri Tasek dan Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan (tahun lepas).


Klik gambar untuk seterusnya

As-Syira & KKA di Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya

Awal Mac yang lalu, As-Syi'ra & KKA diberi peluang untuk menyertai Science Festival 2014 yang telah dianjurkan oleh Mahasiswa Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya. Program ini telah dijalankan di dewan utama yang berlangsung selama 5 hari bermula 31 Mac - 4 April 2014 (Isnin - Jumaat). Walau bagaimanapun, As-Syi'ra hanya berkesempatan untuk hadir selama satu hari sahaja iaitu pada 3 April (Khamis) atas kekangan masa dan rakan KKA yang lain. Hanya penulis sahaja yang hadir seorang diri untuk berkongsi maklumat dengan adik-adik di pusat asasi ni..Sebab tu la gambar tak banyak..Hehehe...

Apa-apapun jutaan kemaafan buat penganjur atas kelemahan yang ada pada penulis sepanjang berada di sana. Terima kasih atas kesudian untuk menjemput penulis utk hadir walaupun satu hari. Tahniah diucapkan atas kejayaan menganjurkan program yang sangat bermanfaat.




 

Monday 14 April 2014

As-Syi'ra & KKA @ Kursus Asas Astronomi (Fiqh Falak)



As-Syi'ra & KKA @ Kursus Asas Astronomi (Fiqh Falak)

"Pasti Mengujakan..."




Jelajah As-Syi'ra & KKA di SK Seri Tasik, Cheras



Esok, Selasa (15 April 2014), kami akan berada di SK Seri Tasik sepertimana maklumat di atas. Semoga program yang dirancang mendapat keredhaan dan keberkatan Allah SWT, berlangsung dengan jayanya dan matlamat yang diharapkan oleh penganjur akan tercapai.









Monday 7 April 2014

Terima kasih jemaah Madrasatul Huda Kg. Sg. Sekah, Nilai


Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT dalam sesi pertemuan saya bersama jemaah Madrasatul Huda Kg. Sg. Sekah, Nilai pada 28 Mac yang lalu. Kehadiran saya atas jemputan Encik Rosli untuk sama-sama berkongsi ilmu falak dengan jemaah setempat. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan.

Program bermula sekitar jam 8.30 malam dengan saya diberikan ruang untuk menyampaikan sedikit ilmu yang ada berkaitan "Angkasaraya Milik SIAPA?". Pelbagai lapisan masyarakat yang hadir untuk sama-sama berkongsi ilmu ini. Program tamat sekitar jam 10.30 malam dan jemaah menunaikan solat Isyak secara berjemaah. Banyak ilmu dan maklumat yang saya perolehi daripada orang-orang lama berkaitan isu-isu semasa... Sangat menarik perbincangan secara 'meja bulat' dengan para jemaah sehingga tidak sedar hari dah larut malam..

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat jemaah yang menguruskan program ini dengan jayanya, nazir, para ustaz dan pak cik-makcik, abang-akak, adik dan jemaah yang hadir menjayakan majlis ilmu ini. Tidak lupa juga kepada jurufoto yang banyak merakamkan gambar.. Mohon maaf atas segala kekurangan yang ada pada diri ini.

Semua foto telah dirakam oleh: Sdr. Firdaus Asri.

Persiapan sebelum kuliah bermula...
Inilah Encik Rosli, orang kuat kuliah falak malam tersebut...
Terima kasih jemaah yang hadir dalam majlis ilmu ini..
Khusyuk.....merenung kejadian angkasaraya yang LUAS ciptaan Allah Yang Maha Pencipta
Emm...inilah saya, biasa-biasa sahaja
Perbincangan 'meja bulat' yang penuh informasi...
Bergambar kenangan dengan sebahagian jemaah yang hadir.. 

Tuesday 25 March 2014

Teruskan Berdoa untuk MH370


Walau apapun yang berlaku, As-Syi'ra menyeru kepada sahabat-sahabat teruskan berdoa untuk semua Krew & Penumpang MH370 agar segala penantian terjawab dengan penuh hikmah dari-Nya.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...