PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Friday 25 April 2014

Kuliah Pakar Astronomi Islam di Universiti Malaya (UM)

Assalamualaikum wbt.. sahabat-sahabat As-Syi'ra

Hari ni, saya berkesempatan untuk mengikuti kuliah Astronomi Islam di UM. Alhamdulillah maa yang ada ini saya juga berkesempatan untuk bertemu sifu-sifu saya yang hadir untuk membentang kertas kerja. Antaranya En. Shahrin (Falak Online), Dr. Radzuan Nordin (Pengarah Pusat Islam UTeM, pensyarah falak saya masa degree dulu), Prof. Dato Dr Zamri (UM) dan Ustaz Zakwa (JAKIM).


Thursday 17 April 2014

Sambutan HEBAT di Sek. Keb. Seri Tasik

Syukur Alhamdulillah, selawat dan salam penulis ucapkan untuk junjungan Rasulullah SAW. Ucapan penghargaan & terima kasih ditujukan khas buat:

Warga Sek. Keb. Seri Tasik, Bandar Sri Permasuri, Kuala Lumpur
(atas sambutan yang HEBAT sempena Minggu Sains 2014):

Guru Besar, Tuan Haji Misman bin Mostam
(atas kelulusan untuk menjemput penulis dan Kembara Angkasa, PFSM)
Cikgu Sulaiman (Pengarah Projek)
(yang bertungkus lumus membantu penulis untuk menjayakan program ini)
Guru-guru SKST
(atas sokongan kerjasama yang tak berbelah bahagi sepanjang perjalanan program)
Para ibu bapa
(membenarkan kehadiran dan penglibatan anak-anak dalam program sehingga malam)
Murid-murid SKST
(yang sangat teruja dan kesungguhan untuk mendengar perkongsian daripada saya)
Rakan-rakan Kembara Angkasa
(tetap hadir membantu walaupun selepas waktu bekerja)
Individu-individu yang terlibat menjayakan program ini



Penulis tak dapat nak gambarkan dengan perasaan untuk menceritakan sambutan yang sangat HEBAT daripada warga SKST (tersenarai di atas) sepanjang berlangsungnya Program Sehari Bersama Kembara Angkasa sempena Minggu Sains 2014, pada 15 Jamadil Akhir 1435 (15 April 2014, Selasa) yang lalu. Saya telah diberikan peluang untuk mengendalikan sepenuhnya program tersebut yang bermula kira-kira jam 12.00 tengah hari sehinggan jam 11.00 malam.

Walaupun hadir seorang diri pada awalnya (kerana team KKA datang selepas jam 6.00 petang), saya sentiasa dibantu oleh Cikgu Sulaiman dan guru-guru yang lain sehingga program selesai. Buat adik-adik yang berkesempatan menjayakan program ini, tahniah saya ucapkan dan ilmu yang diperolehi dapat dikongsikan dengan sesiapa sahaja. Program yang berlangsung ini meliputi beberapa aktiviti yang menarik di antaranya: 

  1. Pameran falak
  2. Jualan cenderahati falak
  3. Sijil tarikh lahir hijri (PALING LARIS!!!)
  4. Tayangan video falak
  5. Cerapan matahari
  6. Bicara Falak (Ceramah: "Akulah Angkasawan")
  7. Cerapan langit malam (bulan penuh) - bermula jam 10.30 malam selepas cuaca baik, hanya beberapa orang guru sahaja yang berkesempatan.
Semoga sesuatu yang bermanfaat dapat dikongsikan bersama dengan kalian. Inshaa Allah, jika ada masa & kesempatan kita akan berjumpa lagi. Mohon maaf atas segala kelemahan & kekurangan sepanjang mengendalikan program. Saya dan Kembara Angkasa akan mencari ruang dan peluang untuk bekerjasama dengan pihak SKST pada masa akan datang.

Buat guru-guru sekolah lain yang turut membaca coretan ini, saya bersedia untuk ke sekolah anda, jika anda merancang untuk melakukan apa yang telah dibuktikan oleh Sekolah Kebangsaan Seri Tasek dan Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan (tahun lepas).


Klik gambar untuk seterusnya

As-Syira & KKA di Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya

Awal Mac yang lalu, As-Syi'ra & KKA diberi peluang untuk menyertai Science Festival 2014 yang telah dianjurkan oleh Mahasiswa Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya. Program ini telah dijalankan di dewan utama yang berlangsung selama 5 hari bermula 31 Mac - 4 April 2014 (Isnin - Jumaat). Walau bagaimanapun, As-Syi'ra hanya berkesempatan untuk hadir selama satu hari sahaja iaitu pada 3 April (Khamis) atas kekangan masa dan rakan KKA yang lain. Hanya penulis sahaja yang hadir seorang diri untuk berkongsi maklumat dengan adik-adik di pusat asasi ni..Sebab tu la gambar tak banyak..Hehehe...

Apa-apapun jutaan kemaafan buat penganjur atas kelemahan yang ada pada penulis sepanjang berada di sana. Terima kasih atas kesudian untuk menjemput penulis utk hadir walaupun satu hari. Tahniah diucapkan atas kejayaan menganjurkan program yang sangat bermanfaat.




 

Monday 14 April 2014

As-Syi'ra & KKA @ Kursus Asas Astronomi (Fiqh Falak)



As-Syi'ra & KKA @ Kursus Asas Astronomi (Fiqh Falak)

"Pasti Mengujakan..."




Jelajah As-Syi'ra & KKA di SK Seri Tasik, Cheras



Esok, Selasa (15 April 2014), kami akan berada di SK Seri Tasik sepertimana maklumat di atas. Semoga program yang dirancang mendapat keredhaan dan keberkatan Allah SWT, berlangsung dengan jayanya dan matlamat yang diharapkan oleh penganjur akan tercapai.









Monday 7 April 2014

Terima kasih jemaah Madrasatul Huda Kg. Sg. Sekah, Nilai


Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT dalam sesi pertemuan saya bersama jemaah Madrasatul Huda Kg. Sg. Sekah, Nilai pada 28 Mac yang lalu. Kehadiran saya atas jemputan Encik Rosli untuk sama-sama berkongsi ilmu falak dengan jemaah setempat. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan.

Program bermula sekitar jam 8.30 malam dengan saya diberikan ruang untuk menyampaikan sedikit ilmu yang ada berkaitan "Angkasaraya Milik SIAPA?". Pelbagai lapisan masyarakat yang hadir untuk sama-sama berkongsi ilmu ini. Program tamat sekitar jam 10.30 malam dan jemaah menunaikan solat Isyak secara berjemaah. Banyak ilmu dan maklumat yang saya perolehi daripada orang-orang lama berkaitan isu-isu semasa... Sangat menarik perbincangan secara 'meja bulat' dengan para jemaah sehingga tidak sedar hari dah larut malam..

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat jemaah yang menguruskan program ini dengan jayanya, nazir, para ustaz dan pak cik-makcik, abang-akak, adik dan jemaah yang hadir menjayakan majlis ilmu ini. Tidak lupa juga kepada jurufoto yang banyak merakamkan gambar.. Mohon maaf atas segala kekurangan yang ada pada diri ini.

Semua foto telah dirakam oleh: Sdr. Firdaus Asri.

Persiapan sebelum kuliah bermula...
Inilah Encik Rosli, orang kuat kuliah falak malam tersebut...
Terima kasih jemaah yang hadir dalam majlis ilmu ini..
Khusyuk.....merenung kejadian angkasaraya yang LUAS ciptaan Allah Yang Maha Pencipta
Emm...inilah saya, biasa-biasa sahaja
Perbincangan 'meja bulat' yang penuh informasi...
Bergambar kenangan dengan sebahagian jemaah yang hadir.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...