PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Tuesday 18 November 2014

Kem Astronomi Islam Siri 2


Tarikh: 14 & 15 November 2014 / 21 & 22 Muharram 1436H
Tempat: Masjid Putra, Putrajaya
Program: Kem Astronomi Islam Siri 2

Syukur Alhamdulillah...saya panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya Kem Astronomi Islam Siri 2 telah berjaya dilaksanakan. Program ini dianjurkan Masjid Putra, Putrajaya yang diuruskan oleh Al-Fadhil Ustaz Shafie. Seramai 48 orang adik-adik muslimah yang menyertai kem kali ini setelah kem siri pertama diadakan untuk adik-adik muslimin. Pelbagai aktiviti yang menarik seperti bicara falak, cerapan bintang, planet dan bulan serta kuiz.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Masjid Putra dan adik-adik peserta atas kejayaan ini. Terima kasih saya ucapkan atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk mengendalikan kem ini selama 1H 1M ini. Tidak lupa juga kepada Saudara Anwar, Sulhi dan Afiq yang bertindak sebagai fasilitator untuk mengendalikan aktiviti cerapan. Semoga perkongsian ilmu dan aktiviti bermanfaat ini dapat dijadikan panduan yang berguna buat diri dan adik-adik peserta. Semoga dapat bertemu lagi di lain hari dan masa.

Wednesday 12 November 2014

KKA @ SK Cyberjaya

Assalamualaikum wbt..

Tarikh:  15 & 16 Muharram 1436H /  8 dan 9 November 2014
Tempat: Sekolah Kebangsaan Cyberjaya
Program: Sambutan Hari Hijau 2014

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan guru yang membantu saya sepanjang program tersebut kerana hanya saya seorang diri yang dapat turun untuk bersama komuniti di SK Cyberjaya. Team KKA masing-masing ada komitmen lain pada hari tersebut. Suasana sangat meriah kerana pelbagai program yang telah dijalankan di situ sempena Sambutan Hari Hijau 2014 seperti Larian Hari Hijau, pertandingan rekacipta bahan terbuang, persembahan budaya Jepun, senamrobik, penanaman pokok dll.

As-Syi'ra dan KKA mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung yang sudi hadir ke booth KKA PFSM untuk memberi sokongan dan berkongsi ilmu. Yang lebih menarik kali ini, dua orang pengunjung bertuah booth PFSM menerima cenderahati daripada saya kerana lahir pada 12 Rabiul Awal (Adik Dhia dan Adik Balqis) dengan membuat sijil tarikh lahir hijri. Terima kasih dan tahniah kepada SK Cyberjaya kerana sudi menjemput kami untuk memberi ruang bertemu masyarakat Cyberjaya.

Booth KKA PFSM sebelah BIO Plus ++

Thursday 6 November 2014

Aktiviti Bulan Oktober & November 2014

Assalamualaikum wbt..

Rasa lama saya tak update cerita As-Syi’ra, Alhamdulillah….kali ini diberi kesempatan untuk membuat catatan. Diharapkan sahabat-sahabat As-Syi’ra terus mendoakan kejayaan bersama dalam menyampaikan, menyebarkan, berkongsi ilmu falak dan motivasi kepada masyarakat setelah lama berehat. Rasa masih sempat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Muharram 1436H. Semoga dengan kehadiran bulan dan tahun baru ini akan memberi motivasi baru dan semangat yang tinggi untuk menjadi lebih baik.

Untuk kali ini, saya ingin kongsikan dengan sahabat-sahabat pembaca berkaitan aktiviti semasa As-Syi’ra sepanjang Oktober dan November . Semoga kali ini saya dapat mengunjungi tempat anda untuk berkongsi ilmu dan mendapat ilmu dari kalian pula.

1. Gerhana Bulan Penuh
Tarikh    : 08 Oktober 2014 bersamaan 13 Zulhijjah 1435H
Lokasi    : Surau Mawaddah, Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi
Masa     : 7.00 petang – 11.00 malam

Terima kasih diucapkan kepada jemaah surau yang hadir menghidupkan sunnah Nabi SAW untuk menunaikan solat sunat gerhana bulan dan melihat sendiri fenomena alam yang mengagumkan ini.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...