PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Friday 25 December 2015


SALAM MAULIDUR RASUL KEPADA SAHABAT-SAHABAT KEMBARA ANGKASA
MOGA RASA CINTA & KASIH KITA KEPADA BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W SENTIASA MEKAR & KEKAL DI HATI SANUBARI

TERUSKAN MENYOKONG PROGRAM-PROGRAM FALAK BERSAMA KEMBARA ANGKASA

Friday 18 December 2015

Bingkisan Aktiviti KKA Mei hingga Disember 2015

Assalamualaikum w.b.t...

Selamat bertemu kembali di ruang bicara ini...Maaf sangat-sangat kerana terlalu lama untuk 'update' perkembangan aktiviti saya bersama Kru Kembara Angkasa walaupun dah banyak aktiviti yang telah dijalankan bersama-sama adik-adik, sahabat-sahabat dan anda semua..

Namun, dalam kesempatan yang ada ini saya kongsikan serba ringkas perkembangan aktiviti yang telah dijalankan oleh KKA sepanjang Mei hingga Disember 2015. Di kesempatan yang ada ini KKA ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan aktiviti bersama KKA & juga PFSM. Mohon maaf andai banyak kekurangan sepanjang mengenali dan bekerjasama dengan kami.

Beberapa aktiviti yang telah dijalankan bersama:

1.            Nama Program       : KEM ASTRONOMI ISLAM SIRI KE-4
        Tarikh                    : 29 & 30 Mei
        Tempat                  : Masjid Putra, Putrajaya
        Gambar                

2.            Nama Program       : MALAM PENGHAYATAN RAMADHAN
        Tarikh                    : 31 Mei
        Tempat                  : Surau Taman Orkid, Senawang
        Gambar                 :

3.            Nama Program       : CERAPAN HILAL RAMADHAN 1436H
        Tarikh                    : 16 Jun
       Tempat                  : Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson
       Gambar                 : Klik Sini

4.            Nama Program       : CERAMAH & CERAPAN HILAL SYAWAL 1436H
        Tarikh                    : 16 Julai
        Tempat                  : Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson
        Gambar                

5.            Nama Program       : SEMINAR FALAK PULAU PINANG
        Tarikh                    : 19 September
        Tempat                  : Pusat Falak Sheikh Tahir, Pulau Pinang
        Gambar                 :

6.            Nama Program       : KEM FALAK PERDANA
        Tarikh                    : 14 & 15 Nov
        Tempat                  : Masjid Putra, Putrajaya
        Gambar                 : 

7.            Nama Program       : KARNIVAL FALAK SEMPENA ICAMW 2015
        Tarikh                    : 19 & 20 Nov
        Tempat                  : UNITEN, Kampus Putrajaya
        Gambar                 : Klik Sini

8.            Nama Program       : PAMERAN FALAK SEMPENA SAMBUTAN 100 TAHUN SKLA
        Tarikh                    : 21 Nov
        Tempat                  : SK Leftenan Adnan, Kajang
        Gambar                 : 

9.            Nama Program       : HARI TERBUKA KREW ASTROFIQH USIM 2015
        Tarikh                    : 24 Nov
        Tempat                  : USIM
        Gambar                 : Klik Sini

10.         Nama Program       : KEM ASTRONOMI REMAJA MUSLIM
        Tarikh                    : 5 & 6 Dis
        Tempat                  : Sekolah Rendah Islam Integrasi Darul Ulum, N9
        Gambar                 : Klik Sini

11.         Nama Program       : CERAMAH FALAK
         Tarikh                   : 12 & 13 Dis
         Tempat                 : Perbadanan Perpustakaan Negeri Pahang, Kuantan
         Gambar                 : 


Thursday 21 May 2015

Latihan Amali Peralatan Cerapan

Tarikh: 19 Mei 2015 / 01 Syaaban 1436H (Selasa)
Lokasi: Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson, N9.

Syukur Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk membawa pelajar-pelajar saya dari USIM bagi menjalani latihan amali bagi kursus Kursus LBF4052 Kemahiran Peralatan & Cerapan. Latihan ini diadakan pada 1 Syabaan untuk menguji kemahiran pelajar menggunakan peralatan cerapan seperti teodolite kerana hilal berada pada kedudukan 14 darjah di atas ufuk selepas terbenam matahari. Keadaan ini dapat membantu pelajar mengaplikasikan kemahiran peralatan yang telah dipelajari.

Tahniah & syabas kepada kalian kerana turut serta dengan jayanya program ini. Alhamdulillah kerana kami telah diberi kesempatan untuk melihat hilal walaupun pada kadar 15 minit sahaja bermula jam 7.40 malam. Walau bagaimanapun jelas terpancar diwajah pelajar-pelajar saya akan kepuasan & kenikmatan yang telah diberikan oleh Allah swt untuk melihat keagungan & kebesaran Allah di alam semesta ini. Semoga kalian terus bersemangat untuk menerokai ilmu falak lebih mendalam.

Jutaan terima kasih kepada pihak BCTK yang diwakili oleh Encik Muzamir Haji Mazlan atas kerjasama dan layanan yang baik kepada kami. Semoga hikmah yang terbaik dapat diteruskan untuk kelansungan ilmu falak di Malaysia.

Talimat ringkas..

Bengkel Rubu’ Mujayyab & Cerapan Hilal Syaaban 1436H

Tarikh: 18 Mei 2015 (Isnin), 29 Rejab 1436H
Lokasi: Pejabat Agama Islam Kuala Selangor & Baitul Hilal Bukit Melawati

Kali ini, saya berkesempatan untuk menimba lagi ilmu berkaitan peralatan tradisional falak iaitu Rubu' Mujayyab bersama Ustaz Abdul Latip. Kali ini saya bersama rombongan pelajar UKM seramai 20 orang dengan disertai oleh sahabat-sahabat saya seramai 4 orang dan Prof. Madya Dr. Ibnor Azli. Bengkel bermula pada jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 04.00 petang dengan pelbagai teknik dan cara menggunakan rubu' mujayyab seperti pengiraan waktu solat & arah kiblat.  Selepas itu, kami teruskan aktiviti dengan cerapan hilal bulan Syaaban yang diadakan di Baitul Hilal Bukit Melawati.

Terima kasih kepada Ustaz Abdul Latip atas tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan.Inshaa Allah saya akan panjangkan ilmu ini untuk maslahat kita bersama.

Jom kita mulakan...
Nampak dah bersedia tu...
Cikgu saya, Ustaz Abdul Latip
Begini caranya...
Yang mana satu nih...
Fokus!!
Ini yang dikatakan istiwa...
Jutaan penghargaan & terima kasih Ustaz
Saya akan sebarkan ilmu ini...
Ku renung.....
(samb...) Mentari di hujung sana...
(samb...) Entah ke mana hilangnya...
(samb...) "Carilah dengan hati yang sabar", mereka berkata.
Rupanya, di situ ia bercengkerama...sang mentari senja.



Kembara Angkasa @ SMK Seksyen 1, Bandar Kinrara

Tarikh: 27 April 2015 (Isnin)
Program: Bulan Penghayatan Islam

Syukur Alhamdulillah diberi peluang untuk bersama-sama dengan warga SMK S1 BK kerana telah diberi peluang untuk merasmikan Bulan Penghayatan Islam anjuran Panitia Agama Islam. Sempena hari tersebut saya dijemput untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama-sama pelajar berkaitan ilmu falak. Saya juga ditemani oleh sahabat saya Sdr. Mohd Hafiz dan Sdri Ros. Terima kasih atas sokongan yang diberikan dan kepada pihak sekolah atas jemputan yang amat bermakna ini. Inshaa Allah kita akan berjumpa lagi.

Terima kasih Ustaz Jamhari atas jemputan

Thursday 14 May 2015

Karnival Sains & Matematik 2015 @ SERATA

Tarikh: 14 April 2015
Tempat: Dewan Utama Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah, Ipoh

Kunjungan kami kali ini merupakan kunjungan kali yang ke-3 sempena program Karnival Sains & Inovasi SERATA. Kali ini saya ditemani oleh Sdra Mohd Hafiz, Sdri Ros dan Sdri Wani. Seperti kebiasaannya program akan dimulakan dengan pameran hasil amali sains oleh pelajar-pelajar SERATA dan akan disusuli dengan perkongsian ilmu falak. Kali ini saya berkongsi dengan pelajar-pelajar mengenai kaedah penentuan arah kiblat. Sesi kuiz juga turut diadakan. Sekalung tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Jutaan terima kasih kepada pihak SERATA dan kepada pelajar-pelajar yang memberikan sambutan hangat akan kehadiran kami.

Terima kasih buat rakan seperjuangan 

Aktiviti Bulan April

Program pertama: Kem Astrofiqh 2015
Tarikh: 03 hingga 05 April 2015
Tempat: Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka

Kem ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar elekif Falak Syarie, Jabatan Syariah, UKM berkaitan praktikal cerapan dengan menggunakan perisian simulasi dan cerapan sebenar. Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan sepanjang kem ini berlangsung. Saya bertindak sebagai koordinator & fasilitator yang turut disertai oleh Sdra Mohd Hafiz, Sdri Ros, Sdri Wani dan Sdri Fida'i.
Keadaan ufuk langit di sebelah timur ketika matahari syuruk

Pameran & Cerapan sempena Program MOSTI 4U

Tarikh: 07 Mac 2015
Tempat: Sekolah Menengah Teknik Tunku Jaafar, Ampangan, Negeri Sembilan DK.

Program ini merupakan anjuran pihak Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) yang dikendalikan oleh Jabatan Kimia Malaysia. KKA PFSM telah dijemput oleh Tn. Haji Abd Ghani untuk mengadakan pameran & cerapan bersama2 agensi-agensi lain yang telah dijemput. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MOSTI dan pengunjung yang telah hadir ke booth kami.

Aktiviti Cerapan Matahari

Bicara Angkasa & Cerapan Langit Malam @ MRSM Kuala Kelawang

Untuk bulan Mac pun, saya berkesempatan di dua lokasi untuk aktiviti kembara angkasa, iaitu:

Tarikh: 05 Mac 2015
Tempat: Dewan Utama & Dataran MRSM Kuala Kelawang, Jelebu

Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustazah Wan Asma' kerana sudi menjemput saya dan team KKA untuk mengendalikan program ini. Tidak lupa juga setinggi penghargaan buat mahasiswa/i daripada USIM yang turut memberikan sumbangan berkongsi ilmu dan kepakaran kepada adik-adik MRSM KK. Semoga segala yang dikongsikan dapat dimanfaatkan bersama.


Sesi persediaan peralatan cerapan

Kem Astronomi Islam Siri ke-3

Tarikh: 27 & 28 Feb 2015
Tempat: Masjid Putra, Putrajaya


Kem siri ke-3 kali ini disertai oleh peserta lelaki sekolah menengah seperti mana siri 1 yang lalu. Kali ini saya di bantu oleh fasilitator yang terdiri daripada Krew Kembara Angkasa, PFSM iaitu Sdri Wani, Sdri Fida'i dan Sdra Nazrin. Terima kasih kepada adik-adik peserta yang sangat komited dalam setiap slot yang dijalankan. Tidak lupa kepada pihak Masjid Putra yang terus memberikan kepercayaan kepada saya dan team KKA PFSM untuk mengendalikan Kem Astronomi Islam.




Seminar & Bengkel Astrolabe

Tempat: CASIS, UTM KL
Tarikh: 25 & 26 Februari


Bengkel ini mendedahkan pengetahuan asas berkaitan penggunaan astrolab pada asasnya. Walaubagaimanapun ia juga turut diselitkan dengan seminar yang berkaitan kepada sejarah dan tamadun. Saya ke sana bersama-sama Tuan Syed Kamarulzaman (YDP PFSM), Prof. Madya Dr. Ibnor Azli (TYDP PFSM & Pensyarah Kanan UKM) dan rakan saya Sdr. Mohd Hafiz, UKM.



Prof. Dr. Wilfred de Graaf
(Utrecht University of Netherlands)
Penceramah
Prof. Dr. Robert H. van Gent
(Utrecht University of Netherlands)
Penceramah

Monday 11 May 2015

Lawatan Kerja Bersama JAKIM ke Agensi Angkasa Negara.

Sebagai pembuka kalam saya  di sini, saya mulakan dengan perkongsian penglibatan diri dengan rakan-rakan Krew Kembara Angkasa sejak awal tahun 2015.

1. Lawatan Kerja Bersama JAKIM ke Agensi Angkasa Negara.
Tarikh: 19 Januri 2015
Lokasi: Planetarium Negara, KL


Bersama jam matahari di Planetarium Negara

Mula mengorak LANGKAH..

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebagai pembuka kata, rasa teramat lama tak jengok Bicara Assyira ni...tak tahu la sebab ape? Internet tak de ke..atau sibuk dengan urusan lain? Walau apapun masih kuat hati ini untuk terus jadikan medan ini sebagai pengkongsian ilmu dan pengalaman walau tidak sehebat manapun pengalaman yang di miliki jika hendak dibandingkan dengan insan-insan yang lebih hebat di luar sana.  

Terima kasih kepada kedua ibu bapa, ahli keluarga, para guru, para pensyarah, sahabat-sahabat yang terus menerus menyokong perjuangan ini. Tidak lupa juga kepada insan-insan yang mengenali secara dekat atau tidak yang turut memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Perjuangan tetap di teruskan. Doakan setiap masa yang berlalu, adalah masa yang terbaik yang kita lalui..

Jari jemari ini akan terus berjuang, walau ada masa sedikit cuma...DOAKAN SAYA...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...