PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Sunday 6 March 2016

Kembara Gerhana: Bermulanya satu pengalaman baharu!!!

Assalamualaikum w.b.t

Bermulanya satu pengalaman baharu...itulah yang mampu saya ungkapkan sebaik sahaja tiba di bumi Palembang, Indonesia. Secara peribadinya, inilah pengalaman pertama saya menjejak fenomena gerhana matahari di luar negara jika hendak dibandingkan dengan sahabat-sahabat & sifu-sifu saya yang lain. Selainnya, saya melihat fenomena gerhana matahari ini di Malaysia sahaja. Termasuk ketika berlaku gerhana matahari cincin (annular) di Maldives pada tahun 2010, saya ketika itu menjalani latihan industri di Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Ketika itu, kami buat program cerapan & solat gerhana di Masjid Negeri Pulau Pinang.

Kali ini, saya berkesempatan sendiri untuk merasai suasana fenomena gerhana matahari penuh di Palembang, Indonesia bersama sahabat-sahabat dari Persatuan Falak Syar'i Malaysia, pelajar saya dari USIM dan team cerapan dari seluruh Malaysia. Banyak perkara aru yang perlu pelajari terutamanya sudut teknikal ceraan walaupun pernah mengikuti bengkel cerapan gerhana matahari bersama sifu saya Bro. Shahrin (Falak Online)..hehehe

Selamat Datang semua...


Dipendekkan cerita lagi senang....Alhamdulillah saya telah menjejakkan kaki di bumi Palembang pada 4 Mac selepas menempuh penerbangan dari Kuala Lumpur pada jam 8.30 pagi. Ketika ini saya bersama 3 orang student falak saya dan 2 orang sahabat dari PFSM tiba lebih awal kerana team USIM akan mengadakan beberapa aktiviti bersama masyarakat setempat dalam program kembara GISO (Global Islamic Student Outreach). Manakala student saya yang lain tiba di Pekan Baru terlebih dahulu sebelum datang ke Palembang disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Kami yang tiba awal ini terpaksa mencari tempat penginapan awal dahulu sebelum berpindah di penginapan tetap bersama team USIM yang lain. Penginapan pertama kami di Hotel Khalifah yang terletak di:


Jl. Dwikora II No. 44, Angkatan 45, Demang Lebar Daun, Ilir Barat I, Sumatera Selatan 30137.



Alhamdulillah...hotel ni sgt selesa bagi kami sebelum berpindah ke hotel yang baru. Tagline hotel ni best...iaitu "Best Syariah hotel in Palembang". Memang patuh syariah secara asasnya..Dah dapat bilik, solat & rehat...

Pada sebelah petangnya,  kami keluar meninjau-ninjau sekitar bandar Palembang dan terus ke wilayah Jakabaring, di mana lokasi cadangan sebagai 'spot' untuk cerap gerhana di Wisma Atlet.

Dari bandar kena melalui Jambatan Ampera untuk ke Wisma Atlet

Pintu masuk ke Wisma Atlet, Gelora Sriwijaya Stadium

Dalam masa satu jam kami meninjau-ninjau kawasan sekitar Wisma Atlet untuk mencari 'port' yang difikirkan best utk cerap gerhana nanti...akhirnya jumpa juga, harap-harap tak de la di ambil orang ye...

Inilah 'port' kami cadangannye....






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...