PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Showing posts with label Planet. Show all posts
Showing posts with label Planet. Show all posts

Tuesday, 18 November 2014

Kem Astronomi Islam Siri 2


Tarikh: 14 & 15 November 2014 / 21 & 22 Muharram 1436H
Tempat: Masjid Putra, Putrajaya
Program: Kem Astronomi Islam Siri 2

Syukur Alhamdulillah...saya panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya Kem Astronomi Islam Siri 2 telah berjaya dilaksanakan. Program ini dianjurkan Masjid Putra, Putrajaya yang diuruskan oleh Al-Fadhil Ustaz Shafie. Seramai 48 orang adik-adik muslimah yang menyertai kem kali ini setelah kem siri pertama diadakan untuk adik-adik muslimin. Pelbagai aktiviti yang menarik seperti bicara falak, cerapan bintang, planet dan bulan serta kuiz.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Masjid Putra dan adik-adik peserta atas kejayaan ini. Terima kasih saya ucapkan atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk mengendalikan kem ini selama 1H 1M ini. Tidak lupa juga kepada Saudara Anwar, Sulhi dan Afiq yang bertindak sebagai fasilitator untuk mengendalikan aktiviti cerapan. Semoga perkongsian ilmu dan aktiviti bermanfaat ini dapat dijadikan panduan yang berguna buat diri dan adik-adik peserta. Semoga dapat bertemu lagi di lain hari dan masa.

Saturday, 14 July 2012

Zuhrah: Nama Yang SANGAT Indah!!!

Planet Zuhrah merupakan planet yang kedua terdekat dengan Matahari selepas planet Utarid. Planet Zuhrah mengorbit matahari pada setiap 224.7 hari bumi. Nama Zuhrah ini diambil daripada bahasa Arab yang bermaksud bunga kerana bentuknya pada waktu pagi atau pada waktu senja seakan-akan bunga, tetapi jika dirujuk pada nama bahasa inggeris, planet ini dinamakan bersempena Venus, Tuhan cinta Rom. Ia merupakan objek semulajadi yang paling terang di waktu malam, selain Bulan, yang mencapai magnitud kecerahan −4.6.

Tuesday, 26 June 2012

Jarak PLANET dengan MATAHARI

Salam sua buat sahabat sekalian...

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai jarak purata antara planet dengan matahari. Semua sedia maklum, sistem solar kita berada dalam galaksi Bima Sakti (Milky Way). Dalam sebuah galaksi yang besar ini, kita dipilih untuk hidup di sebuah planet yang amat cantik. Jom kita lihat berapakan jarak purata antara planet-planet ini dengan MATAHARI!!

57.9 juta kilometer ke Utarid
108.2 juta kilometer ke Zuhrah
149.6 juta kilometer ke Bumi
227.9 juta kilometer ke Marikh
778.3 juta kilometer ke Musytari
1,427.0 juta kilometer ke Zuhal
2,871.0 juta kilometer ke Uranus
4,497.0 juta kilometer ke Neptun
5,913.5 juta kilometer ke Pluto



Thursday, 7 June 2012

TRANSIT ZUHRAH 6 JUN 2012: Kita KONGSI bersama.

Salam kasih buat sahabat semua..Diharapkan semuanya dalam keadaaan yang lebih baik hari ini.

Umum telah pun tahu, semalam 6 Jun 2012 adalah fenomena transit Zuhrah setelah sekian kalinya berlaku pada  8 Jun 2004. Untuk seterusnya pula, kita dikhabarkan akan berlaku pada 105 tahun akan datang. Ini bermakna kita akan bertemu dengan fenomena transit ini pada tahun 2117? Siapa yang hidup waktu itu?

Wednesday, 6 June 2012

Koleksi gambar Transit Zuhrah daripada Rakan-rakan FALAK

Salam hormat buat semua...

Di sini saya kongsikan kepada sahabat-sahabat semua, gambar-gambar yang telah di 'tangkap' oleh rakan-rakan falak kita yang telah bertungkus-lumus semasa cerapan fenomena transit Zuhrah ini. Terima kasih diucapkan kepada mereka semua dan kita doakan mereka semuanya selamat dalam perjalanan terutama yang berada di Sabah untuk pulang ke semenanjung.


TAHNIAH & TERIMA KASIH

Transit Zuhrah (Venus) dari Baitul Hilal Teluk Kemang, 6 Jun 2012

Salam istimewa buat sahabat saya yang dikasihi..

Subhanallah... Alhamdulillah...Allahuakbar
Hari ini, 6 Jun 2012 / 16 Rejab 1433H, kita telah pun mengetahui bahawa akan berlaku satu lagi fenomena alam ciptaan Allah Yang Maha Esa iaitu Transit Planet Zuhrah (Venus). Apa itu transit? Apa itu planet Zuhrah? Boleh dapatkan maklumat daripada mana-mana sumber yang lain juga ataupun saya akan kongsikan dalam post yang lain. 

Friday, 25 May 2012

JOM sertai BERSAMA-SAMA...


Kawan-kawan yang dikasihi...
Saya dapat satu lagi jemputan daripada kawan saya di Planetarium KL untuk ke Program Cerapan Transit Zuhrah. Saya dipahamkan cerapan ini akan memberikan kita peluang untuk melihat sendiri ciptaan Ilahi akan makhlukNYA bernama PLANET ZUHRAH yang akan melintasi makhluk Allah juga yang bernama MATAHARI. 

Dengan cerapan ini, kita boleh lihat betapa besarnya matahari itu berbanding zuhrah yang dikhabarkan hampir sama besar dengan BUMI KITA. Ayuh!!! ajak sanak saudara serta yang lain untuk sama-sama mengambil peluang ini. 

INGAT!!!
6 JUN 2012 / 16 REJAB 1433H

BERSYUKUR DAN TERUS BERSYUKUR DENGAN MELIHAT KEAGUNGAN CIPTAAN ILAHI YANG MAHA AGUNG!!!

Thursday, 10 May 2012

Wallpaper Falak Untuk KITA SEMUA..

Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat falak..

Di sini saya lampirkan beberapa keping 'wallpaper' falak yang telah dihasilkan oleh sahabat kita di luar sana. Tahniah dan terima kasih kepada beliau yang telah menghasilkan 'wallpaper' ini. Semoga kita dapat manfaatkan bersama.


Wednesday, 9 May 2012

Bilangan Planet - JOM FIKIR Bersama!

Bilangan Planet

INI pula saya perolehi daripada rakan blog yang lain. Sesuatu yang saya fikirkan penting untuk kita semua fikirkan.


BERAPAKAH bilangan sebenar planet dalam sistem suria? Apakah 9 atau 12?

(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku."(Yusuf: 4)

Ini bukan satu pertanyaan menguji minda sebaliknya persoalan atau dilema yang sedang bersarang dalam kotak fikiran sekumpulan saintis astronomi dunia.

Buat sekian kalinya, sekumpulan 2,500 pakar astronomi dunia dari 75 negara akan berkumpul di Republik Chezh, mulai Rabu ini bagi merungkaikan banyak persoalan berhubung status terkini planet dalam sistem suria. 

Matahari Di Dunia KITA.


Salam buat sahabat pembaca, artikel ini pula adalah perkongsian dari sahabat yang bernama Ahmad Nizam di HIKMATUN. Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kita bersama. Terima kasih.
Matahari (Bahasa Latin: Sol , Bahasa Inggeris: Sun) adalah bintang di pusat Sistem Suria. Bumi dan jisim lain (termasuk planet-planet lain, asteroid-asteroid, meteor, komet dan debu) mengorbit/mengelilingi Matahari, yang menurut sendiri merupakan kira-kira 99.8% sistem suria besar-besaran. Tenaga daripada Matahari, dalam bentuk cahaya matahari, menyokong hampir semua kehidupan di Bumi melalui fotosintesis, dan memberi kesan kepada iklim dan cuaca Bumi.

Ayat Al-Quran Mengenai Kajibumi Dan Asal-Usul Bumi


Salam sua buat pembaca, saya telah menemui satu penulisan melalui blog yang ditulis oleh Rahmat Khalil. Mungkin apa yang telah dikongsikan beliau ini sedikit sebanyak membantu kita untuk menambahkan ilmu kita yang amat sedikit ini. Jika ada pembetulan, amat dialu-alukan. Terima kasih dan selamat membaca.
Profesor Alfred Kroner: .... dan amat banyak ayat-ayat yang diturunkan pada masa itu dapat dibuktikan, tetapi teknologi sains moden telah membuka jalan kepada usaha membuktikan apa yang dinyatakan oleh Muhammad (Sallallu’alaihiwasallam) sejak 1400 tahun yang lalu.
Kami perkenalkan kepada anda Profesor Alfred Kroner - salah seorang daripada ahli-ahli kajibumi yang paling terkenal di dunia. Beliau ialah seorang Profesor Kajibumi dan Pengerusi Jabatan Kajibumi di Institut Sains-kajibumi, Universiti Johannes Gutenburg, Mainz, Jerman.

Thursday, 23 February 2012

Istiqbal Marikh 3/4 Mac 2012

Catatan ini adalah tulisan Bro Shahrin daripada Portal Falak Online. So, daripada apa yang dikongsikan beliau, saya kongsikan pula dengan kawan-kawan semua. Nak baca kat sini pun boleh, nak baca yang beliau tulis pun boleh, sama je. Saya cuma sampaikan sahaja kepada mereka yang berminat. Apa-apapun terima kasih Bro Shahrin kalau izinkan untuk saya 'share' artikel ini.




Pada jam 4 pagi 4 Mac 2012 nanti, planet Marikh akan berada tepat di kedudukan istiqbalnya.
Istiqbal bermaksud, Matahari, Bumi dan Marikh berada pada satu garisan yang sama. Ia berlaku apabila pergerakan Bumi di dalam orbitnya, telah membawa Bumi melintasi Marikh.
Rajah di bawah menunjukkan kedudukan 3 objek tersebut ketika istiqbal Marikh.
Analoginya ialah seperti kita memandu di lebuhraya. Apabila kenderaan kita memotong sebuah kenderaan lain yang berada di laluan sebelah kiri, ia seumpama Bumi (kenderaan kita) sedang bergerak laju memintas planet Marikh, yang pada ketika itu sedang bergerak lebih perlahan (diwakili oleh kenderaan yang perlahan).
Fenomena ini berulang setiap 2 tahun 2 bulan, atau 26 bulan.
Kenapa fenomena ini menarik perhatian ahli astronomi semua?
Ini adalah tidak lain, jika dilihat dari sudut sains, kerana planet Marikh ini kecil daripada Bumi. Saiznya lebih kurang separuh sahaja daripada saiz planet kita.
Oleh itu, apabila ia berada jauh dari Bumi, ia amat kecil dan sudah untuk melihat permukaannya, menerusi teleskop-teleskop yang ada. Namun, apabila ia hampir dengan Bumi (di dalam kes ini, ketika istiqbal), ia menjadi lebih besar dan memudahkan pencerap dan peminat astronomi melihat rupa bentuk permukaannya.
Menerusi teleskop yang menggunakan kuasa pembesaran yang tinggi, kita akan dapat melihat beberapa tompokan hitam. Tompokan ini ialah kawasan permukaannya yang terdiri dari bahan-bahan yang berlainan jenis/warna, akibat dari hentaman meteor, asteroid atau gunung berapi, jutaan tahun dahulu. 
Foto di bawah menunjukkan di antara ciri-ciri permukaan serta namanya, yang boleh dilihat menerusi teleskop.

Kita juga boleh dapat melihat kawasan kutubnya. Menerusi teleskop ia akan kelihatan seperti satu tompok putih di salah satu hujung paksinya.
Foto di bawah diambil oleh salah seorang penggiat astronomi di Kota Bharu, iaitu Dr. Rowi. Nampak jelas tompokan-tompokan hitam dan juga ais di kutubnya (dibahagian bawah). Saya boleh katakan, foto ini adalah paling realistik dan paling hampir dengan apa yang kita boleh lihat menerusi teleskop.
(Photo credit: Dr. Mahamarowi)
Jika kita bernasib baik (atau tidak bernasib baik), planet Marikh akan mengalami ribut debu yang amat besar dan boleh menyelubungi keseluruhan planet ini! Jika kena pada waktunya, kita tidak akan dapat lihat permukaannya, malah Marikh akan kelihatan seperti sebuah bebola merah sahaja, tanpa ada ciri-ciri tompokan tadi!



Foto di bawah menunjukkan kesan ribut debu/pasir yang berlaku pada tahun 2001!
(Photo credit :NASA)
Bercakap berkenaan warnanya, planet ini kelihatan kemerahan atau jingga kerana di diselaputi oleh debu-debu iron dioxide, atau dalam erti kata lain, debu yang berkarat!
Marikh juga berputar di atas paksinya, dan waktu putarannya hampir sama dengan Bumi, iaitu 24 jam 39 minit. Ia sebenarnya berputar 40 minit lebih perlahan dari Bumi.
Oleh itu, jika kita perhatikannya (menerusi teleskop) sepanjang malam, kita boleh lihat ia berputar perlahan-lahan, berlandaskan tandaan-tandaan di permukaannya!
Jika dilihat dengan mata, Marikh sekarang sudah kelihatan seperti bintang kemerahan yang amat cerah di langit sebelah timur, selepas Maghrib dan Isya. Rujuk-rujuklah artikel Sepintas Lalu Langit Minggu Ini di laman web ini, untuk mendapatkan maklumat terkini kedudukan planet Marikh di langit.
Istiqbal seterusnya ialah pada 8 Apr 2014. 
Jom teropong!

Friday, 10 February 2012

Kenali BUMI ciptaan Allah SWT

Sebagai permulaannya, sedikit sebanyak yang saya boleh kongsikan tentang bumi yang kita duduki ini yang telah saya baca maklumatnya di laman http://ms.wikipedia.org/wiki/Bumi.

Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu
(tidak ) bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu
jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk. (Surah al-Anbiya; 31)




BUMI (Jawi: بومي, bahasa Inggeris:Earth) merupakan planet ketiga daripada matahari. Ia juga boleh dirujuk sebagai Bumi, Planet Bumi atau Terra.

Rumah kepada jutaan spesies, termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana kehidupan diketahui wujud. Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54 bilion tahun yang lalu, dan kehidupan muncul di permukaannya di dalam tempoh satu bilion tahun. Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahariadalah 149.6 juta kilometer.

Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera.



Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud di lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Perbezaan suhu permukaan Bumi adalah di antara -70 °C sehingga 55 °C bergantung kepada iklim tempatan. Sehari di Bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari. Bumi mempunyai jisim seberat 59,760 juta juta tan, dengan luas permukaan 510 juta km persegi. Ketumpatan Bumi pada 5,500 kilogram setiap meter persegi digunakan sebagai unit perbandingan ketumpatan berbanding planet yang lain, dengan ketumpatan Bumi sebagai 1.

Bumi mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer. Graviti Bumi diukur sebagai 10 N kg-1 dijadikan unit ukuran graviti planet lain, dengan graviti Bumi sebagai 1. Bumi mempunyai 1 satelit asli iaitu bulan. 70.8% permukaan bumi diseliputi air. Udara Bumi terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, karbon dioksida, dan gas lain. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam bumi yang terdiri daripada besi nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500 °C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantle silika padu setebal 2,800 kilometer membentuk 83% isipadu bumi, dan akhir sekali diselitupi oleh kerak batu silika hampir 100 kilometer tebal.

Kerak bumi lebih nipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer. Kerak bumi terbahagi kepada beberapa bahagian dan bergerak melalui pergerakan plat tektonik (teori hanyutan benua) menghasilkan gempa bumi. Puncak tertinggi adalah gunung Everest setinggi 8,848 meter, dan lautan terdalam mencecah 10,924 m. Tasik tertinggi adalah tasik Titicaca, dan tasik terbesar adalah Laut Caspian. Lautan terbesar ialah Lautan Pasifik. Lebih 2/3 kawasan Bumi dilitupi oleh air dan 12% daripada kawasan Bumi merupakan padang pasir.

GEOGRAFI:

Pembahagian geografi: Benua
Keluasan:
  • Keseluruhan: 510.073 juta km2
  • Daratan: 148.94 juta km2 (29.2%)
  • Lautan: 361.132 juta km2 (70.8%)
Sempadan daratan: 251,480.24 km
Persisiran pantai: 356,000 km




Terima kasih kepada sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Bumi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...