PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Showing posts with label Tokoh. Show all posts
Showing posts with label Tokoh. Show all posts

Friday, 29 June 2012

SUMBANGAN TOKOH FALAK ISLAM

Sumber: http://www.al-azim.com/~smkdolsaid/txtsumbanganislam.htm

Umat Islam terlibat secara aktif dalam bidang ilmu aqal (al-Ulum alAgliyyah) termasuk ilmu falak, adalah dalam zaman Umayyah dan Abbasiah. Dalam zaman pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah, sarjana yang terkenal dalam pengkajian ilmu falak ialah Khalid bin Yazid al-Amawi (meninggal 85H). Beliau adalah cucu kepada Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian. Beliau digelar Hakim Ali Marwan. Beliau banyak membelanjakan hartanya untuk menuntut ilmu falak dan menyediakan peralatannya. Kemungkinan telah berlaku terjemahan buku-buku asing ke bahasa Arab atas anjuran beliau, tetapi hasil-hasil khazanah itu telah hilang dari khazanah umat Islam. Beliau adalah orang yang pertama kali menterjemahkan kitab-kitab termasuk kitab-kitab mengenai perbintangan.

Wednesday, 20 June 2012

TOKOH FALAK: TUAN HAJI ABDUL GHANI BIN SALLEH

Lahir di Kampung Paya Keladi, Kuala Terengganu tahun 1929 dan pernah menetap di alamat 25, Jalan Bakti, Off Jalan Kamaruddin, 20400 Kuala Terengganu. Mendapat pendidikan di Sekolah Rendah, Paya Bunga, Kuala Terengganu. Memulaikan kerjaya sebagai nelayan kini dikenali sebagai ahli falak syarie yang berkebolehan. Dengan ilmu yang ada, beliau telah banyak memberikan khidmat dalam memperkembangkan ilmu ini dengan mengajarkannya di Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura. Kerana kepakarannya itu selalu juga beliau diundang ke Persidangan Antarabangsa dalam bidang ilmu falak.

Sunday, 27 May 2012

TOKOH FALAK:SHEIKH TAHIR JALALUDDIN AL-FALAKI

SHEIKH TAHIR JALALUDDIN
AL-FALAKI

Latar belakang

Syeikh Tahir Jalaluddin sebenarnya merupakan seorang anak Melayu Minangkabau yang telah berhijrah dan menetap di Tanah Melayu. Di belakang namanya kerap disunting perkataan “Al-Azhari, Al-Falaki Assyahir” iaitu bererti beliau merupakan keluaran Universiti al-Azhar di Mesir dan seorang ahli Falak yang terkenal.

TOKOH FALAK: "AL-BATTANI (858-929M)"

AL-BATTANI (858-929M)

Nama sebenar beliau ialah Abu Abdallah Mohammad Ibnu Jabir Ibn Sinan al-Raqqi al-Harrani al-Sabi al-Battani dan lebih dikenali dengan al-Battani. Beliau dilahirkan di Battan, Harran, Turki dan meninggal di Samarak, Iraq.

Monday, 21 May 2012

TOKOH FALAK: AL-FARGHANI (805-880M).


Beliau adalah Abu’l-Abbas Ahmad ibn Muhammad ibn Kathir al-Farghani. Dilahirkan di Farghana, Transoxiana. Beliau merupakan salah seorang ahli astronomi yang terkenal ketika berkhidmat sepanjang era al-Mamun.

Sumbangan al-Farghani:
Al-Farghani menerima teori Ptolemy dan nilai-nilainya yang dicatatkan berlaku lebih awal. Menurut Al-Farghani, teori itu jika diteliti bukan sahaja memberi kesan kepada bintang tetapi juga planet di alam semesta ini. Kejayaan Al-Farghani yang lain ialah beliau mendapati bumi mempunyai ukur lilit sejauh 11,700 km termasuk menentukan ukur lilit planet.

Aktiviti penyelidikan Al-Farghani tidak terhad kepada ilmu bintang tetapi turut meliputi bidang kejuruteraan. Menurut Ibn Tughri Birdi, Al-Farghani telah menyelia projek pembinaan Great Nilometer di al-Fustat (Cairo lama). Projek itu siap sepenuhnya pada tahun 861 Masehi iaitu selepas al-Mutawakkil yang mengarahkan pembinaan itu meninggal dunia.

Thursday, 17 May 2012

TOKOH FALAK: AL-KINDI (800-873M).


Beliau ialah Abu Yousouf Yaqub Ibnu Ishaq al-Kindi dan lebih dikenali dengan nama al-Kindi. Dilahirkan di Kufa, Iraq sekitar tahun 800 Masihi.

Sumbangan al-Kindi:

Beliau telah berjasa mengembangkan ilmu falak pada zaman Khalifah al Ma’mun, al-Mu’tasim dan al-Mutawakkil, Bani Abbasiyah di Baghdad. Beliau pernah bertugas bersama-sama Al-Khawarizmi dan pernah menjadi guru peribadi anak Khalifah al-Mu’tasim. Al-Kindi juga disenaraikan salah seorang ahli falak yang amat berjasa dalam dunia astronomi. Diantara hasil kerja beliau ialah kajian tentang optik, gelombang, monograf pasang surut,peralatan astronomi, ruang dan waktu dan kaedah penghitungan untuk bulatan. Al-Kindi juga adalah seorang ahli matematik yang agung. Beliau telah mengulas dan menerangkan tentang manuskrip pernomboran India, kesepaduan angka, garis dan pendaraban nombor, quantiti bandingan, kira-kira perkadaran dan masa, kaedah-kaedah pengangkaan dan pembatalan dalam satu ungkapan persamaan dan teori keselarian.

Wednesday, 16 May 2012

TOKOH FALAK: "AL-KHAWARIZMI (780-850M)"

Beliau ialah Abu Abdullah Mohammad Ibnu Musa dan lebih dikenali dengan Al-Khawarizmi. Beliau dilahirkan di Khawazim (Kheva), selatan Laut Aral, Uzbekistan.

Sumbangan al-Khawarizmi:
Beliau telah berjasa dalam bidang falak pada zaman pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, Bani Abbasiyah di Baghdad. Beliau telah dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan dan kajian beliau. Al-Khawarizmi adalah seorang ahli falak yang agung. 

TOKOH FALAK: Muhammad Targai Ulugh Beg


Ahli astronomi yang menjadi penguasa Asia Tengah ini telah menempa namanya dalam sejarah astronomi. Beliau menjadi kebanggaan orang Asia Tengah.

Ulugh Beg ialah cucu Timur (yang dikenali di Barat sebagai Tamerlane), seorang putera Tartar dan pemerintah Turkestan. Beliau merupakan ahli astronomi dan ahli matematik kurun ke-15 yang luar biasa. Ulugh Beg merupakan putera raja Dinasti Timur yang bernama Shah Rukh dan dilahirkan pada tahun 1393 di Sultaniyyah yang terletak Asia Tengah. Beliau seorang hafiz al-Quran.

Saturday, 10 March 2012

TOKOH FALAK TERBILANG: AL-MARHUM TUAN HAJI MOHD KHAIR BIN HAJI TAIB

Allahyarham Tuan Haji Mohd. Khair Bin Hj. Mohd Taib, atau dikenalinya juga dengan nama Pak Khair merupakan seorang tokoh falak yang sangat terkenal suatu masa dulu. Sekitar tahun 70-an hingga 80-an nama beliau meniti di setiap bibir umat Islam menjelang awal Ramadhan dan 2 hari raya. Beliau merupakan satu-satunya ahli falak ketika itu yang mampu membuat pengiraan dengan tepat dan jitu sehingga diakui oleh ramai pihak kebolehan beliau dalam pengiraan memang menakjubkan. Berbekalkan kalkulator dan almanak-almanak beliau membuat pengiraan berkaitan hilal, gerhana dan waktu solat.


Penulis pernah diceritakan tentang kebolehan beliau dalam mengingati digit-digit nombor dalam pengiraan falak yang biasanya mencapai 8-12 digit tanpa perlu menulisnya di mana-mana kertas. Sebaik sahaja beliau hendak mengirakan keseluruhan nombor tersebut, beliau terus dapat mengingati digit-digit itu tanpa satupun yang tertinggal.

Wednesday, 22 February 2012

Kepentingan Ilmu Astronomi

Seperti sedia difahami, bahawa agama Islam itu terbina oleh lima tiang utama yang kita kenali sebagai Rukun Islam iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa sebulan bulan Ramadhan, membayar zakat dan mengerjakan haji.

Kalau diteliti secara halusi, boleh dilihat bahawa kesemua perkara dalam Rukun Islam ada peranan yang boleh dimainkan oleh ilmu falak/astronomi. Astronomi memberi ruang kepada para penyelidik dan ilmuan yang mendalaminya bagi meningkatkan darjah keimanan. Ia membolehkan umat Islam menentukan waktu solat dan arah qiblat dan penyediaan takwim serta penentuan awal bulan Hijriah bagi menentukan tarikh-tarikh penting dalam diari umat Islam.

Kesyumulan yang ada pada Islam sememangnya tiada keraguan lagi. Ia merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia daripada yang sekecil-kecilnya hinggalah kepada yang sebesar-besarnya. Atas sebab kesyumulan inilah maka Islam mampu untuk berdepan dan menyelesaikan sebarang masalah. Kemampuan Islam bukan terhenti setakat itu sahaja, tetapi mampu pula membawa taraf hidup manusia itu jauh lebih baik daripada apa yang dinikmatinya sekarang, asalkan dengan syarat kesyumulan itu dihayati. Sains dan teknologi yang dipelajari, digunakan dan dikuasai oleh manusia pada zaman serba canggih ini juga tidak terlepas daripada jangkauan kesyumulan yang dibawa oleh Islam itu.

Sayangnya, kemampuan yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia untuk menguasai sains dan teknologi ini telah membuatkan manusia lupa daratan. Ada golongan manusia yang bertuhankan sains dengan mengenepikan langsung aspek agama. Tidak kurang pula yang mengambil Islam apabila dirasakan perlu kerana dapat menjaga kepentingan tertentu.

Ketidakseimbangan yang wujud hasil daripada pemikiran dan tangan manusia inilah yang menjadi faktor utama kacau-bilau yang ada di dunia sekarang ini. Kumpulan yang menguasai teknologi telah menjadikannya sebagai senjata untuk menindas kumpulan atau negara yang lemah. Sementara bagi mereka yang lemah pula tidak segan-silu untuk terus menadah tangan meminta bantuan, seolah-olah tanpa bantuan dari mereka yang berteknologi ini maka akan binasalah mereka.
Sesungguhnya ajaran Islam yang suci ini, sudah lama mengajak dan mengajar manusia untuk memerangi ketidakadilan seperti ini. Cuma yang malangnya, orang-orang Islam sekarang tidak mengindahkan seruan yang besar ini, sehinggakan sumber kekuatan yang dianugerahkan Allah kepada hampir setiap negara orang-orang Islam tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Orang Islam bukannya tidak faham bahawa Islam itu mampu untuk memulihkan imej mereka di mata dunia dan mampu pula menjadikan mereka umat yang terbaik. Dengan segala kekayaan yang ada pada bumi Islam, orang Islam mampu untuk berusaha dan bekerjasama untuk menghasilkan teknologi yang diperlukan. Pun begitu ini semua didahulukan dengan syarat. Iaitu orang Islam perlu kembali sepenuhnya kepada ajaran Islam yang murni tersebut. Islam sangat menekankan supaya Kebesaran Allah itu dapat dihayati dengan memerhati dan mengkaji alam ini. Contohnya, dalam surah Al Fatihah yang dibacakan pada setiap kali sembahyang itu dimulakan dengan bacaan:
"SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SEKELIAN ALAM."

Dalam ayat pertama surah yang penting ini, telah menarik perhatian orang Islam kepada Allah dan penciptaanNya. Sebagai orang Islam kita perlu melihat kepada ciptaan Allah yang dijadikan ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan seterusnya menerokai alam ini sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Rasa tanggungjawab itu hendaklah lahir dari kefahaman Islam yang jelas dan betul supaya penerokaan ilmu pengetahuan yang bakal dilakukan tidak terpesong daripada kehendak Islam yang sebenar. Kita bimbang sekiranya mereka yang terlibat dengan usaha penerokaan ini adalah terdiri daripada mereka yang jahil terhadap Keesaan Allah, maka lahirlah golongan-golongan yang menyembah ilmu semata-mata dengan tidak mengambil kira Zat yang mencipta ilmu tersebut.

Sekiranya ini berlaku, maka usaha untuk memperbaiki keadaan yang sudah sedia ada akan menjadi lebih buruk lagi. Maka sebab itulah para ilmuan dan cendikiawan Islam yang mempunyai kesedaran hendaklah melengkapi diri masing-masing dengan pengetahuan Islam yang secukupnya, agar ilmu yang akan disebarkan nanti adalah ilmu pengetahuan yang sudah dibentuk dengan acuan Islam.

Sejarah keagungan Islam yang gilang gemilang yang tercatit dalam banyak buku sejarah telah membuktikan Islam dan penganutnya mampu menjadi model yang terbaik. Pada waktu itu, orang-orang Islam bukan sahaja dianggap sebagai umat yang kuat berpegang pada agama tetapi juga yang membawa bersama mereka tamadun budaya yang tinggi seperti akhlak, pemerintahan, senibina, sastera, sains dan sebagainya. Bahkan kota-kota besar seperti Baghdad adalah dianggap sebagai kota ilmu oleh dunia pada waktu itu. Kemasyhuran umat Islam sebagai pelopor di bidang ilmu melangkaui batas sempadan sehingga para pelajar hampir dari seluruh dunia datang untuk mempelajari dan mengambil ilmu dari orang Islam.

Ilmu yang dimiliki oleh orang Islam pada waktu itu bukan sahaja memberi manfaat kepada orang Islam semata-mata tetapi juga kepada dunia. Sumbangan Islam kepada dunia ilmu adalah suatu yang amat besar nilainya. Di zaman keemasan Islam inilah lahirnya tokoh-tokoh besar seperti Al Biruni dan Al Kindi yang memberi sumbangan kepada ilmu fizik. Al Khawarizmi, Umar Khayyam, Al Battani dan Altusi di bidang ilmu matematik. Al Fazari dan Al Nayrizi memberi sumbangan di bidang astronomi. Ibnu Sina, Al Razi dan Al Zahrawi di bidang perubatan dan bermacam-macam lagi sumbangan yang telah diberikan oleh ilmuan-ilmuan Islam ini kepada dunia. Inilah istimewanya apabila ilmu pengetahuan itu berada di tangan orang Islam yang benar-benar beriman dan beramal dengan ilmunya, maka seluruh dunia akan mendapat manfaat darinya. Sebaliknya jika ilmu itu berada di tangan mereka yang tidak bertanggungjawab maka berlakulah apa yang dapat kita lihat pada hari ini, penindasan, penipuan, penyelewengan dan bermacam-macam kerosakan lagi yang semuanya menjuruskan masyarakat ke arah kemusnahan.

Oleh itu adalah satu yang amat malang bagi umat Islam sekarang yang tidak mahu mengambil contoh dan pengajaran daripada sejarah Islam untuk dijadikan modal penggerak umat yang layu dan kaku masakini. Umat Islam kini lebih mudah dijajah fikirannya, mudah ditipu dan terlalu lemah untuk bangun menyatakan haknya. Umat Islam kini diletakan di satu sudut dan dilihat sebagai umat yang mundur dari segenap segi dan perlu diberi bantuan setiap kali bila ingin melangkah untuk berdikari.

Kenapakah ini berlaku kepada umat yang telah dijanjikan kemuliaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat? Kenapakah imej umat Islam menjadi sebegini buruk? Jawapannya ialah umat Islam itu sendiri yang menjadikan dirinya sedemikian. Jangan semata-mata menyalahkan orang lain. Allah telah memberikan segala bentuk panduan di dalam kitab suci Al Quran untuk dilaksanakan dan telah menurunkan rasulNya sebagai petunjuk. Kedua-duanya menjadi dasar utama kepada umat Islam untuk dijadikan panduan hidup dan juga menjadi syarat utama untuk umat Islam kembali kepada kemuncak kegemilangannya.

Di samping itu, umat Islam haruslah melengkapkan diri dengan segala keperluan masakini supaya mampu berdikari dengan tidak mengharapkan atau bergantung kepada orang luar.

Kepentingan ilmu sains dan teknologi adalah satu keperluan yang perlu diberi perhatian. Ini adalah kerana penguasaan umat Islam di bidang ini akan memudahkan lagi Islam maju ke hadapan dengan lebih berkesan dan mudah diterima masyarakat. Dari sinilah Islam dapat membina semula kekuatan dan kembali menguasai dunia sebagaimana yang telah pernah dibuktikan oleh sejarah. Barangkali inilah persoalan yang perlu difikirkan dan dijawab oleh setiap individu muslim. 

Dalam bidang astronomi terdapat beberapa karya karangan Abu Ma’syar dan al-Khawarizmi. Karya mereka telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Adelard of Bath dan John of Siville. Karya al-Battani juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Alfonso X. Ahli astronomi Eropah bernama Romond telah menulis karya astronominya berdasarkan karya Ibn al-Zarqiyali (Azarchel). Ibn al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari. Dalam bahasa Eropah ter­dapat beberapa istilah astronomi yang dipinjam daripada bahasa Arab. Antaranya ialah alsumut dan nadir (nazir).

Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu pelayaran di laut dan kegiatan perdagangan telah berkembang dengan lebih pesat. Muhammad bin Musa telah mencipta astrolab (jam matahari) . Beliau juga mencipta sebuah alat yang dapat mengukur bulatan dunia. Pada abad ke-12M, Abu Solet telah mencipta sebuah alat yang dapat menimbulkan semula kapal yang sudah tenggelam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...