Assalamualaikum wbt..
Rasa lama saya tak update cerita As-Syi’ra, Alhamdulillah….kali ini diberi kesempatan untuk membuat catatan. Diharapkan
sahabat-sahabat As-Syi’ra terus mendoakan kejayaan bersama dalam menyampaikan,
menyebarkan, berkongsi ilmu falak dan motivasi kepada masyarakat setelah lama
berehat. Rasa masih sempat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Muharram
1436H. Semoga dengan kehadiran bulan dan tahun baru ini akan memberi motivasi
baru dan semangat yang tinggi untuk menjadi lebih baik.
Untuk kali ini, saya ingin kongsikan dengan
sahabat-sahabat pembaca berkaitan aktiviti semasa As-Syi’ra sepanjang Oktober dan November . Semoga kali ini
saya dapat mengunjungi tempat anda untuk berkongsi ilmu dan mendapat ilmu dari
kalian pula.
1. Gerhana Bulan Penuh
Tarikh : 08 Oktober 2014 bersamaan 13 Zulhijjah
1435H
Lokasi : Surau Mawaddah, Mutiara Bangi, Bandar Baru
Bangi
Masa : 7.00 petang – 11.00 malam


