Salam sua buat sahabat-sahabat saya...

Di situ saya dibantu oleh KKA USIM (Saudari Idza dan Ana) untuk cerapan kali ini. Kami tiba awal kira-kira jam 6.00 petang. Kebetulan pula pada masa yang sama saya telah bertemu dengan Ustaz Hardi Sadali (mantan Pegawai Falak di JMNPP) yang berkursus di Klana Resort tu la..So, Ustaz pun turut membantu dalam cerapan tersebut. Walaubagaimanapun, mereka tiba sedikit lewat kira-kira jam 6.45 petang memangdangkan aktiviti cerapan telah pun bermula. Taklimat ringkas berkaitan cerapan diberikan dan aktiviti cerapan dimulakan dengan menggunakan teodolit dan mata kasar (sebab alat tak cukup). Hahahaha...
Namun, cuaca agak tidak mengizinkan pada petang itu, menyebabkan kami tidak dapat melihat hilal. Maka, ada KKA UKM mengambil peluang untuk melawati galeri pameran dan kawasan sekitar Baitul Hilal. Segalanya selesai pada jam 8.30 malam dan berangkat pulang. Di sini, penulis mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Hardi, Idza, Ana, Sarah, Wawan dan KKA UKM dan UniKL MIAT yang terlibat). Semoga berpeluang untuk melihat di lain waktu.
No comments:
Post a Comment