Tajuk 2: Quran dan Teori Kejadian Alam
Sumber: Dr. Danial Zainal Abidin. 2009. Quran Saintifik.Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd.
Tajuk kali ini, saya cuba sampaikan apa yang telah ditulis oleh Y. Bhg. Dr. Danial, seorang penulis dan doktor yang tidak asing lagi buat kita. Beliau telas mengupas beberapa ayat al-Quran dan juga pandangan ahli profesional berkaitan permulaan kejadian alam ini. Beliau memetik ayat 30 dalam surah al-Anbiyak yang menerangkan firman Allah swt yang bermaksud; “Apakah orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (ratqa) kemudian kami pisahkan antara keduanya (fataq) . Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup”

Terdapat dua perkataan dalam ayat ini yang perlu diberikan fokus, iaitu.Ratqa dan fataq. Ratqa berasal daripada perkataam Arab yang bermaksud patch up, sew up iaitu ditampal dan dijahit. Ia melambangkan sesuatu yang terhimpun, melekat dan menguncup.
Fatah pula berasal daripada bahasa Arab fataqa yang bermaksud unsew, unstitch, rip open, tear apart iaitu dibuka, dibelah dan dikoyak. Ia melambangkan sesuatu yang terbuka, terungkai dan mengembang.
Berhubung dengan ayat ini , Imam Said bin Jubair berkata, “Langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditingikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yang dimaksudkan Allah dalam ayat ini”.

Bersambung...
No comments:
Post a Comment