PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Monday 21 May 2012

TOKOH FALAK: AL-FARGHANI (805-880M).


Beliau adalah Abu’l-Abbas Ahmad ibn Muhammad ibn Kathir al-Farghani. Dilahirkan di Farghana, Transoxiana. Beliau merupakan salah seorang ahli astronomi yang terkenal ketika berkhidmat sepanjang era al-Mamun.

Sumbangan al-Farghani:
Al-Farghani menerima teori Ptolemy dan nilai-nilainya yang dicatatkan berlaku lebih awal. Menurut Al-Farghani, teori itu jika diteliti bukan sahaja memberi kesan kepada bintang tetapi juga planet di alam semesta ini. Kejayaan Al-Farghani yang lain ialah beliau mendapati bumi mempunyai ukur lilit sejauh 11,700 km termasuk menentukan ukur lilit planet.

Aktiviti penyelidikan Al-Farghani tidak terhad kepada ilmu bintang tetapi turut meliputi bidang kejuruteraan. Menurut Ibn Tughri Birdi, Al-Farghani telah menyelia projek pembinaan Great Nilometer di al-Fustat (Cairo lama). Projek itu siap sepenuhnya pada tahun 861 Masehi iaitu selepas al-Mutawakkil yang mengarahkan pembinaan itu meninggal dunia.

Pada awalnya, Al-Mutawakkil telah mengamanahkan dua anak lelaki Musa ibn Shakir iaitu Muhammad dan Ahmad untuk menjalankan projek yang dikenali al-Ja’fari. Dua beradik itu kemudiannya telah mengadakan perundingan dengan Al- Farghani yang sekali gus meminggirkan jurutera terkenal ketika itu, Sind ibn Ali. Terusan yang dibina itu melalui kota baru iaitu Al-Ja’fariyya iaitu sebuah kota yang Al-Mutawakkil bina berdekatan Samarra di Tigris. Bagaimanapun berlaku sedikit kesilapan dan Al-Farghani telah diarahkan membetulkan kesilapan. Beliau kemudian memulakan kerja dengan mengorek lebih dalam terusan berkenaan. Dengan itu, air yang cukup akan melalui terusan `baru’ itu kecuali pada ketika paras Sungai Tigris meningkat naik. 

Berita mengenai itu telah membangkitkan kemarahan Caliph dan dua beradik itu telah diselamatkan daripada menerima hukuman hanya apabila Sind ibn Ali bersedia menjamin pembetulan yang telah dibuat oleh Al-Farghani walaupun ia memberi risiko kepada kebajikan dan kehidupannya. Bagaimanapun al -Mutawakkil telah dibunuh sejurus sebelum kesilapan itu menjadi nyata. 

Beberapa penjelasan telah dibuat berhubung kesilapan yang berlaku, antaranya Al-Farghani lebih menumpukan kepada teori berbanding praktikal dalam kejuruteraan sehingga akhirnya beliau dikatakan tidak pernah berjaya menyiapkan sesuatu projek.

Karya-karya al-Farghani:
Al-Farghani telah menulis mengenai buku bertajuk Elements of Astronomy iaitu Kitab Fi al-Harakat al-Samawiya wa Jawami Ilm al-Nujum iaitu sebuah buku mengenai pergerakan objek di langit yang lengkap. Kitab ini juga turut membincangkan hal mengenai sains bintang dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12. Terjemahan itu sekali gus memberi pengaruh yang besar kepada ahli astronomi Eropah.

The Fihrist daripada Ibn al-Nadim ditulis pada tahun 987 Masehi dan telah menghasilkan dua karya mengenai Al-Farghani: (1) “The Book of Chapters - satu ringkasan mengenai Almagest” (Kitab al-Fusul, Ikhtiyar al-Majisti) dan (2) “Book on the Construction of Sun-dials” (Kitab ‘Amal al-Rukhamat).

The Jawami atau `The Elements’ merupakan buku paling dikenali mengenai Al-Farghani dan pengaruh kerjanya yang paling baik. Beliau tetap dapat menghasilkan karya yang baik walaupun beliau dikatakan pernah melakukan kesilapan dalam projek membina terusan di Cairo Lama.

Terima Kasih Kepada Rujukan Saya: Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...