PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Sunday 27 May 2012

TOKOH FALAK: "AL-BATTANI (858-929M)"

AL-BATTANI (858-929M)

Nama sebenar beliau ialah Abu Abdallah Mohammad Ibnu Jabir Ibn Sinan al-Raqqi al-Harrani al-Sabi al-Battani dan lebih dikenali dengan al-Battani. Beliau dilahirkan di Battan, Harran, Turki dan meninggal di Samarak, Iraq.
Sumbangan Al Battani:

Beliau memulakan kajiannya di Bitan, Iraq, kemudian di Antokiah, Syria. Beliau telah menggariskan dengan cukup teliti mengenai pusingan tahun dan musim, kadar peredaran matahari dan menggariskan miring buruj di garisan khatulistiwa. Beliau juga mempunyai penyelidikan yang teliti dalam gerhana matahari, bulan dan pergerakanya. Beliau merupakan orang pertama menggunakan kosain dan garis sendeng dalam segitiga dan sudut juga penggunaan lambang dan trigonometri ke barat.

Karya-Karya Al Battani:

Beliau memperbetulkan hasil Batlimous dalam bukunya “Al Zaiju al Sabik". Bukunya terdiri dari muqaddimah dan 57 bahagian tentang cara-cara pengiraan, sifat buruj, kadar miring, bintang dan permasalahan nya, berjenis-jenis taqwim, ukuran masa dan tempoh tahunan, alat-alat astronomi dan cara membuatnya. Buku tersebut diterjemah ke bahasa Latin oleh Aplaton Al Tipoli pada kurun 18 Masihi dan terjemahan ini memberi kesan terhadap perkembangan astronomi di Eropah dan sebagai contoh yang nyata ialah mengenai kajian Copernicus terhadap penghasilan beliau.

Lain-lain karangan beliau ialah “Zaiju al Ralqani" yang mengandungi hasil kajian beliau, “Syarah Arbau’u Maqolat Li Batlimous", “ Kitab Ta’ dil Kawakib" dan “Kitab Ma’rifatul Matoli’u al Buruj fima Baina Arba’i al Falak". Beliau juga mempunyai beberapa rencana di bidang geografi.


Dua Dekad Mendokong Tradisi Sains Islam...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...