Umat
Islam terlibat secara aktif dalam bidang ilmu aqal (al-Ulum alAgliyyah)
termasuk ilmu falak, adalah dalam zaman Umayyah dan Abbasiah. Dalam zaman
pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah, sarjana yang terkenal dalam pengkajian ilmu
falak ialah Khalid bin Yazid al-Amawi (meninggal 85H). Beliau adalah cucu
kepada Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian. Beliau digelar Hakim Ali Marwan.
Beliau banyak membelanjakan hartanya untuk menuntut ilmu falak dan menyediakan
peralatannya. Kemungkinan telah berlaku terjemahan buku-buku asing ke bahasa
Arab atas anjuran beliau, tetapi hasil-hasil khazanah itu telah hilang dari
khazanah umat Islam. Beliau adalah orang yang pertama kali menterjemahkan
kitab-kitab termasuk kitab-kitab mengenai perbintangan.
Didapati pada pertengahan kurun keempat Hijrah dalam
Perpustakaan Kaherah, terdapat ‘globe’ dari tembaga karya Batlamus, yang
tertulis di globe itu kata-kata yang mengatakan ‘globe’ itu disedikan untuk
Khalid bin Yazid. Menurut sarjana sejarah terkenal bernama al-Mas’udi, bahawa
Khalifah Al-Malik bin Khalifah Marwan sangat gemar kepada ilmu bintang sehingga
setiap pemergiannya ke medah perang, dibawanya bersama ahli ilmu bintang.
Sumbangan umat Islam yang gemilang dalam ilmu falak
adalah pada zaman kerajaan Abbasiah. Khalifah Abu Jaafar al-Mansur adalah
Khalifah yang pertama mengambil perhatian dalam pengkajian falak. Baginda banyak
mengeluarkan perbelanjaan untuk memulai penyelidikan dalam ilmu falak. Baginda
mengumpul nama para sarjana falak di istana baginda. Dalam pembinaan bandar
baru Baghdad, baginda melantik seorang ahli falak bernama Naubakh sebagai ketua
perancang projek itu. Baginda pernah menulis surat kepada Raja Rome supaya
mengirim kepadanya buku-buku ilmiah untuk diterjemahkan, termasuk buku-buku
tentang ilmu falak.
Pada tahun 157H, Yaakob @ Ibrahim bin Habib al-Fazari
membawa mengadap Khalifah al-Mansur, seorang ahli ilmu bintang bernama Mauka
yang didatangkan dari India. Mauka mempersembahkan kepada baginda sebuah buku
berbahasa Sanskrit bernama Sindhind atau Sidhanta. Buku ini diterjemahkan ke
bahasa Arab oleh , yang kemudiannya diberi judul alSindhind al-Kabir’. Buku ini
menjadi panduan utama kepada orang-orang Arab dalam pengkajian ilmu falak
hingga ke zaman al-Makmun. Muhamad al-Fazari merupakan orang Islam yang pertama
menciptakan astrolabe (jam matahari untuk mengukur tinggi dan jarak bintang).
Buku terjemahan al-Fazari itu telah disalin sebahagiannya ke dalam bahasa Latin
pada abad pertengahan oleh Johannes de Luna Hispakusis. Buku terjemahan itu
telah dipergunakan oleh Universiti Eropah untuk mengajar ilmu bintang. Dari
sinilah orang-orang Barat mula mengetahui benda-benda di cakerawala.
Sebenarnya,
sarjana-sarjana Hindu dan Parsi telah mendahului pengaruh Greek di dalam
mencetuskan minat orang Islam untuk mengkaji ilmu falak. Orang-orang Islam pada
peringkat permulaan tidak dapat mencapai ke peringkat kesempurnaan dan
kematangan dalam ilmu tersebut, jika dibandingkan dengan orang-orang Hindu dan
Parsi, kerana mereka hanya memberikan perhatian di dalam menterjemahkan
buku-buku falak, sedangkan buku-buku itu hanya mengandungi kaedah-kaedah asas
dan cara-cara untuk menggunakan jadual jadual yang diberi tanpa sekarang
ketetapan dan penjelasan. Dengan ini, orang-orang Islam memerlukan penyelidikan
sendiri dalam pencapaian ilmu ini.
Antara ahli falak yang lain yang mendampingi Khalifah
al-Mansur ialah Abu Sahl bin Naubakh, Ali bin Isa dan Masyaallah. Abu Sahl
berjasa dalam menterjemahkan buku-buku tentang cakerawala-cakerawala dan
kedudukannya. Masyaallah ialah pembantu pembinaan bandar baru Baghdad. Beliau
juga seorang terpelajar dan penulis buku-buku tentang ilmu bintang, astrolabe
dan mateorologi. Buku karangan beliau bernama De Mercibus, merupakan salah satu
buku pengetahuan Arab yang tertua. Beliau disebut oleh seorang pengarang
bernama AbulFaraj, sebagai Phoenix dalam zamannya. Dalam tulisannya, beliau
menulis tentang astrolabium dan sifat gerak bintang-bintang di langit.
Karya-karya beliau sampai sekarang masih mengkagumkan ahli-ahli akedemik.
Seorang lagi ahli ilmu bintang terkenal di zaman
al-Mansur ialah Ahmad bin Muhammad al-Nahawandi. Beliau telah menulis berdasarkan
cerapannya sendiri suatu daftar perbintangan bernama `al-Mustamal’, yang
merupakan satu kemajuan ke hadapan mengatasi gagasan-gagasan Yunani dan Hindu.
Dalam projek pembinaan bandar baru Baghdad, didirikan sebuah balai cerap, dekat
pintu gerbang Shammasiah di Baghdad. Pendirian balai cerap ini diketuai oleh
Sind bin Ali, seorang Muslim keturunan Yahudi. Balai cerap ini berhasil
menyelesaikan suatu faktor cerapan. Pemeriksaan dan pengajian daftar
diselesaikan berpedomankan pada buku `Sindhind’. Daftar ini kemudiannya dikenal
dengan Daftar al-Makmun (Tables of al-Makmun). Orang Eropah kemudiannya
menyalin buku daftar ini ke bahasa Yunani dengan nama `Abronomous’. Orang
Inggeris menyebutnya ‘Astronomy’. Inilah permulaan kata `astronomy’ masuk ke
kamus Eropah.
Di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiah terutama di
zaman pemerintahan al-Makmun; muncul ramai sarjan-sarjana falak. Antaranya
ialah Thabit bin Qurrah, al-Battani, Muhammad bin Musa alKhawarizmi, Abu
Ma’syar al-Balkhi, al-Zarkali, Hunain bin Ishak, al-Ubadi, Sahal bin Bisyr
al-Bajrumi, Yahya bin Abi Mansur, Khalid al-Marzi, Sind bin Ali, al-Abbas bin
Safid al-Jauhani, Banu Syakir, Azud al-Daulah dan anaknya Syaraful-Daulah, Abu
Sahal al-Kohi dan lain-lain lagi. Di zaman al-Makmun; telah didirikan sebuah
balai cerap di Sinyar yang digunakan untuk mengukur darjah cahaya rembang
matahari. Pada zaman baginda juga, sarjana falak Muslim juga telah berjaya
mengukur lingkaran bumi. Sebuah balai cerap di Bukit Qaisun, Damsyik telah
didirikan pada tahun 214H, iaitu pada zaman baginda.
Pada
zaman al-Makmun; `Almagest’ karangan Ptolemeus, telah diterjemahkan.
Daftar-daftar tentang ilmu falak diperbaiki dan dipersiapkan oleh ahli-ahli
bintang yang termasyhur, seperti Sind bin Ali, Yahya bin Abi Mansur dan Khalid
bin Abdul Malik. Pengamatan sarjanasarjana Islam zaman itu mengenai equinox,
gerhana, bintang berekor (comet) dan lain-lain gejala di langit, sangat
berharga dan banyak membantu ilmu pengetahuan manusia.
Thabit
bin Qurah al-Hirany (wafat 288H) mempunyai balai cerap perbintangan sendiri di
Kota Baghdad. Di balai cerap inilah, beliau telah menyelidik jarak matahari
dari bumi, dan mempelajari masa setahun menurut jarak matahari. Hasil-hasil
penyelidikan ini telah dibukukan. Al-Battani (Albategnius) atau nama asalnya
Abu Abdullah Muhamad bin Jabir bin Sinan alHirany al-Battany al-Syaiby (wafat
lebih kurang 930M/317H) telah membuat penyelidikan tentang perbintangan. Hasil
penyelidikannya juga dibukukan. Beliau telah menjalankan penyelidikan sejak
tahun 877 hingga 918 M. Buku-bukunya tentang ilmu perbintangan disalin ke
bahasa Latin dan disusun kembali ke dalam bahasa Arab oleh Nalindo pada tahun
1903M.
Sebenarnya al-Battani yang telah membahagikan sehari
kepada 12 jam, yang digunakan sekarang oleh tukang Eropah. Habasy seorang ahli
bintang sezaman dengan al-Battani membahagikan sehari kepada 60 jam. al-Battani
juga telah berjaya mengira setahun bersamaan dengan 365 hari, 5 jam, 46 saat
dan 24 secant, kurang dari perkiraan sekarang sebanyak 2 saat 23 secant. Kitab beliau
,yang terkenal ialah `Ma’rifat Mithli al-Banj Baina Arbail-Falak.’
Di
zaman al-Battani, orang Muslim telah memperkembangkan ilmu bintang yang lama
yang masih primitif menjadi ilmu yang teratur dan harmonis. Al-Battani
menduduki tempat tertinggi di kalangan ahli bintang dan dikatakan peranannya di
kalangan orang Muslim sama dengan peranan Ptolemeus di kalangan orang Yunani.
Beliaulah yang memasukkan pengertian `sain’ dan `kosain’ dalam perhitungan
astronomi dan trigonometri.
60 tahun selepas kematian AlBattani, muncul Abu Wafa al-Buzjani yang melanjutkan teori perbintangan al-Battani. Abu Wafa lahir pada tahun 939M di Buzjan, Khurasan. dan beliau tinggal di Iraq pada tahun 959M, dan mula mempelajari ilmu pasti dan ilmu bintang. Karangannya berjudul ZijusySyamil (Daftar Yang Sempurna atau Daftar Umum), merupakan hasil kerajinan dan cerapan yang tajam dan teliti. Beliau orang yang pertama sekali memasukkan penggunaan sekans dan tengen dalam trigonometri dan penyelidikan astoronomi. Beliau menemui jalan ketiga bagi perjalanan bulan pada tahun 978M. Di Eropah, pendapat ini dinamakan `variation’. Beliau juga memberi pendapat tentang 'diameter of the shadow' (garis menengah bayang-bayang).
Abu Abbas Ahmad bin Khatir alFarghani (Al-fraganus)
juga seorang sarjana ilmu bintang. Buku-buku baginda disalin oleh ahli-ahli
astronomi Barat bernama Gerad Cuenona dan Johannes Hispelanesis, dan diberi
nama `Compendinan’. Ibn Yunus seorang sarjana falak menemukan pendahuluan dan
ukuran waktu dengan ayunannya. Beliau terkenal kerana karya beliau yang
terbesar berjudul `Zij-ulAkbaral-Hakim’ yang secara otomatis menggantikan karya
Claudius Ptolemeus. Karya ini diterbitkan kembali di kalangan orang Parsi oleh
ahli falak bernama Umar al-Khayyam, di kalangan orang Yahudi dengan judul
`Chnysocrocca’, di kalangan orang Monggol oleh Nasir-Uddin Tusi dengan judul
`Zij-il-Khaii’ dan di kalangan orang Cina dengan judul `CO-Cheon-King’ pada
tahun 1280M.
Ibn
Yunus meninggal tahun 1009M, dan penyelidikan-penyelidikannya diteruskan oleh
Ibn al-Nabdi, yang tinggal di Kaherah pada tahun 1040M, dan juga diteruskan
oleh Hasan Ibn Haithan (Alhazen). Ibn Haithan termasyhur kerana menemukan refraksi atmosfer.
Beliau hidup pada akhir abad kesebelas masehi. Beliau lahir di Sepanyol, tetapi
sebahagian besar umurnya dihabiskan di Mesir. Menurut Beliau, refraksi cahaya
berubah-ubah pula menurut tinggi di atas permukaan laut. Diterangkannya, bahawa
kerana refraksi itu, bintang-bintang di langit kelihatan sebelum is terbit dan
juga sesudah tenggelam. Gejala indah yang disebut `senja’ adalah disebabkan
refraksi atmosfer dikembali dengan refraksi udara atas jalannya sinar cahaya.
Beliau juga membicarakan prinsip-prinsip gerak dan prinsip-prinsip graviti.
Seorang penulis bernama `Aini’ mengatakan, waktu itu perpustakaan umum Kaherah
mempunyai lebih dari dua juta buku, enam ribu daripadanya semata-mata mengenai
ilmu bintang.
Di Kota Khurasan, muncul Abu Ma’syar al-Balkhi (Abu
Mazar) merupakan seorang astronomi dan astrologi terbesar. Beliau meninggal
dunia pada tahun 886M bersamaan 272H. Empat buah bukunya diterjemah ke bahasa
Latin oleh Johannes. Hisplanenis dan Abeland Bath dengan judul `De
Conjuctionibus et annomum revolutionious’. Beliau mempelajari secara khusus
gejala-gejala langit. ZijAbi Ma’syar atau Daftar Abu Ma’syar tetap merupakan
salah satu sumber yang penting tentang ilmu pengetahuan perbintangan. Antara
karya lain beliau yang terpenting ialah lsbatul-Ulum dan HaiatulFalak.
Al-Zarkali (Arzachel) membuat suatu alat seperti
astrolabe yang dinamakan `al-safilah’. Beliau menulis buku menerangkan
peralatan itu. Seorang sarjana Barat bernama Montpeller menyalin buku
al-Zarkali ke bahasa Latin. Raja Alfonso dari Castille kemudiannya membuat dua
buah salinan buku al-Zarkali. Pada abad ke 15M, Regiomontanus menerbitkan
kumpulan tulisan mengenai perkakas `Safiha’ hasil pendapat alZarkali. Seorang
sarjana Barat bernama Copermiles sangat terpengaruh dengan teori al-Zarkali dan
alBattani. Bukunya berjudul `De Revolutionious Obium Coelestium' dikarang atas
dasar pendapat al-Zarkali dan al-Battani.
Di antara ramai ahli-ahli falak yang tinggal dan
bekerja di Baghdad pada penghujung abad kesepuluh masehi, terdapat dua orang
yang terkemuka. Mereka ialah Ali bin Amajur dan Abul-Hasan Ali bin Amajur, yang
umumnya dikenal sebagai Bani Amajur. Mereka terkenal kerana perhitungan
mengenai perjalanan bulan.
Seorang murid Ibn Tufail dalam abad ke 12M, menjadi
orang ternama dalam pengkajian falak, kerana kejayaan dalam penamaan perjalanan
bintang-bintang. Beliau bernama al-Bitruji (Alpetragius). Buku karangan beliau
disalin ke dalam bahasa Yahudi, oleh Musa Ibn Tibbon. Kemudian dalam abad 16M,
disalin pula dalam bahasa Latin oleh Kolonymos ben David. Pada abad 13M, Raja
Alfonso x membuat sebuah jadual tentang ilmu bintang yang. diambil seluruhnya
dari pengetahuan ahliahli bintang Islam. Baginda membuat perubahan pada garis
bujur bumi dengari menjadikan Kota Toledo sebagai `meridian’. Sebenarnya
penemuan dan maklumat mengenai sejumlah bintang-bintang diakui merupakan suatu
sumbangan orang-oranglaut. Diterangkannya, bahawa kerana refraksi itu,
bintang-bintang di langit kelihatan sebelum is terbit dan juga sesudah
tenggelam. Gejala indah yang disebut `senja’ adalah disebabkan refraksi
atmosfer dikembali dengan refraksi udara atas jalannya sinar cahaya. Beliau
juga membicarakan prinsip-prinsip gerak dan prinsip-prinsip graviti. Seorang
penulis bernama `Aini’ mengatakan, waktu itu perpustakaan umum Kaherah
mempunyai lebih dari dua juta buku, enam ribu daripadanya semata-mata mengenai
ilmu bintang.
Azud
al-Daulah, Raja Fanakhuson, seorang sarjana, telah mendatangkan ke istana
baginda orang-orang terpelajar sebagai tetamu kehormat baginda. Baginda
berdamping rapat dengan Abdul Rahman sebagai seorang yang disebut `Agustus
kedua’ bagi bangsa Arab. Abdul Rahman berjasa memperbaiki fotometri
bintang-bintang. Ja’far putra Khalifah al-Muktafi Billah melakukan
penyelidikan-penyelidikan penting mengenai peredaran bintang-bintang berekor
(comet) yang tidak teratur, dan menulis huraian mengenai perkara itu. Al-Kohi
mempelajari dan menulis tentang perjalanan planetplanet. Penemuan-penemuannya
mengenai solstisi musim panas dan equinox musim gugur amat banyak menambah
pengetahuan umat manusia.
Muhammad bin Musa al-Khawarizmi atas perintah Khalifah
al-Makmun telah membuat suatu terjemahan baru dari Siddhanta dan disertai
dengan catatan-catatan dan keterangan-keterangan. Putera-putera Musa bin
Syakir, iaitu Muhammad, Ahmad dan Hasan menghasilkan penemuanpenemuan baru yang
masyhur di zaman pemerintahan al-Makmun dan dua orang pengganti baginda,
terutama mengenai evaluasi peredaran matahari dan bintang-bintang yang lain di
langit, hampir sama kejituannya dengan penemuan-penemuan terakhir di Eropah.
Mereka menentukan dengan ketepatan yang mengkagumkan `bias’ jalan matahari dan
menandai untuk pertama kali `variasivariasi’ tingginya bulan. Mereka juga
melihat dan menentukan dengan ketelitian-ketelitian yang menarik terutama
kedudukan equinoz x dan gerak apogiun matahari, sedangkan pengetahuan ini sama
sekali tidak diketahui oleh orang Yunani. Mereka menghitung besarnya bumi dari
ukuran satu darjah di pantai Laut Merah, sedangkan ketika itu di Eropah orang
Kristian masih menganggap bumi datar. Al-Nairazi dan Muhammad bin Isa Abu
Abdullah meneruskan usaha putera-putera Musa Ibn Syakir itu.
Abul Hasan menemukan teleskop yang katanya adalah satu
tabung dengan diujung-ujudnya dilekatkan diopter. `Tabung-tabung’ ini
diperbaiki dan dipergunakan kemudiannya dibalai cerap-balai cerap Maragha dan
Kairo dengan hasil yang baik. Di zaman pemerintahan Khalifah Al-Hakim bin
Amrillah (wafat tahun 411H), sebuah balai cerap, didirikan di bukit al-Muqtam
yang dikenali dengan nama Balai cerap alHakimi, bersempena dengan nama Khalifah
tersebut. Banu al-Aklan pula telah membina sebuah balai cerap di Baghdad pada
tahun 425H.
Tokoh
ilmu falak yang terkenal pada kurun ketujuh Hijrah ialah Nasiruddin al-Tusi,
bersama-sama dengan anaknya Muhammad, al-Fakhru al-Maraghi di Musol, alFakhru
al-Khiladi di Taflis, Najumuddin al-Ghaznawi dan lain-lain lagi. Nasiruddin
al-Tusi hidup di zaman Hulagu Khan. Beliau telah membina sebuah balai cerap di
Maraghah, Turkestan pada tahun 675H. Beliau telah mencipta peralatan baru, dan
membelanjakan wang yang banyak serta membina sebuah perpustakaan yang
mengumpulkan 40(1,000 buku. Beliau dapat memperbaharui ilmu bi’ntang.
Diperbuatnya jadual baru tentang per jalanan bintang yang dinamakan ‘Jadual
llkhanian’, sebagai penghormatan kepada Raja Monggol yang memberi
sokongankepadanya.
Di zaman Timur lenk, telah dibina sebuah balai cerap di
Samarkhand. Abu Raihan Muhammad bin Ahmad al-Bairuni hidup di zaman Sultan
Mahmud al-Ghaznawi, merupakan seorang Sarjana falak terkenal zaman itu.
Mula-mula beliau belajar dari Khazanah Yunani. Kemudian, beliau pergi ke India
dan mempelajari pengetahuan dari sarjana-sarjana India. Di samping itu beliau
mengajar ilmu-ilmu Yunani kepada orang-orang India. Dalam penyelidikan, beliau
menemui apa yang dikenal sebagai `masa reaksi’ (reaction time). Antara karangan
beliau, ialah al-Athar alBaqiah (telah diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Dr.
Sachan), al-Kanin al-Masudi (Canon Masudicus), Tarikh al-Hindi, al-Takhim Li
Awaili Shanaatit Tarjim, Lisalah Fil Usthaniab, Istikhrajul-Autad dan lain-lain
lagi.
Umar al-Khayyam hidup di zaman Kerajaan Turki Saljuk,
dan beliau seorang sarjana falak terkenal di zaman itu. Beliau hidup di bawah
pemerintahan Jalaluddin Malik Syah dan wazirnya Khwaja Hasan Nizam al-Mulk.
Astronom-astornom (ahli-ahli falak) zaman itu dipimpin oleh Umar al-Khayyam dan
Abdul Rahman al-Hazimi. Mereka menghasilkan perubahan kelendar yang mendahului
Kalendar Gragorianus enam ratus tahun, dan dikatakan pembaharuan mereka itu
lebih tepat. Ibn Syathir yang hidup di bawah pemerintahan Muhammad Ibn Kalam,
Raja Mameluk di Mesir, memperkembangkan lebih lanjut ilmu pengetahuan
matamatika dan astronomi. Ukagh Beg bin Syah Rukh Mirza diberi kuasa memerintah
di Transoxiana adalah seorang astornom (ahli falak) dan beliau telah mengapalai
penyelidikan-penyelidikan. Hasilnva diterbitkan daftar-daftar yang
memperkemaskan ilmu pengetahuan Arab.
Sebenarnya
kemasyhuran sarjana-sarjana falak Muslim merebak kesetiap sudut alam. Mereka
menjadi tempat rujukan manusia di zaman itu, mengenai ilmu falak. Raja-raja
Eropah telah menghantar perutusanperutusan bertemu dengan sarjanasarjana Falak
Muslim dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan ilmu falak.
Wilayah Islam yang menjadi tumpuan mereka ialah Wilayah Andalus, kerana
berdekatan dengan mereka.
Perhubungan yang
rapat, jelas antara Raja-raja Islam dengan Raja-raja Eropah dalam menyelesaikan
masalah-masalah falak. Ciptaan orang-orang Islam telah dikirimkan kepada
Raja-raja Eropah, Contohnya; Khalifah Harun al-Rasyid telah menghadiahkan
kepada Maharaja Charlesment sebuah jam istimewa. Balai cerap yang pertama di
Eropah didirikan oleh orang Islam. Giralda atau menara Sevilla dibangunkan di
bawah pengawasan ahli ilmu pasti yang terkenal bernama Jubir bin Afi pada tahun
1190M, untuk mencerap langit. Sesudah orang-orang Islam terusir dari Sepanyol,
menara itu dijadikan menara loceng, kerana orang Kristian Sepanyol tidak
mengetahui.apa yang hendak dilakukannya dengan menara itu. Ahli-ahli kaji
bintang Muslim pernah melaksanakan pengamatan ilmu perbintangan di beberapa
balai cerap di Baghdad, Damsyik, Cairo, Cardova, Samarkhand, Istanbul dan Delhi
buat selama 1,000 tahun. Mereka telah berjaya menyediakan daftar-daftar ilmu
perbintangan dan carta-carta bintangbintang siarah (planet). Mereka pernah
menghasilkan kalendar yang lebih tepat dari kalendar Gregori yang digunakan
secara menyeluruh.
No comments:
Post a Comment