Kawan-kawan yang dikasihi...
Dalam minggu ini kita mungkin telah diwar-warkan akan fenomena alam cakerawala iaitu 'Fenomena Transit Planet Zuhrah' pada 6 Jun 2012 (Rabu) nanti. Tapi janganlah kita lupa akan satu lagi KEBESARAN ALLAH SWT iaitu 'Fenomena Gerhana Bulan Separa' yang akan berlaku pada 4 Jun (Isnin) ini.
Walaupun dikhabarkan ianya dapat dilihat sekejap sahaja iaitu selepas matahari terbenam sehingga jam 8.07 malam. Memandangkan matahari hanya akan terbenam pada jam 7.23 malam (waktu Kuala Lumpur) pada hari itu, umat Islam boleh menyaksikan gerhana selepas waktu itu, iaitu ketika bulan terbit di ufuk Timur. Memandangkan jarak masa berlakunya gerhana bulan ini agak singkat, kita diharapkan bersegera untuk berebut-berebut menunaikan amalan sunat yang telah dituntut seperti solat sunat gerhana, khutbah
gerhana mandi sunat gerhana.
Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda
kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana
kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah
kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah.”
Di sini saya kongsikan Secara ringkasnya, kaifiat solat gerhana bulan adalah seperti berikut:
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat
gerhana bulan, dua rakaat kerana
."Allah Taala
."Allah Taala
Rakaat Pertama.
- Takbiratul Ihram.
- Membaca doa iftitah.
- Membaca Ta`awudz.
- Membaca surah al-Fatihah.
- Membaca mana-mana surah. (Lebih afdhal surah al-Baqarah).
- Ruku’ dan membaca tasbih.
- Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca mana-mana surah. (Lebih afdhal surah ali-Imran).
- Ruku’ dangan membaca tasbih.
- Iktidal.
- Sujud dan membaca tasbih.
- Duduk antara 2 sujud.
- Sujud kedua dan membaca tasbih.
- Berdiri ke rakaat kedua.
Rakaat Kedua.
- Membaca surah al-Fatihah.
- Membaca mana-mana surah atau lebih afdal surah al-Nisa’.
- Ruku’ dan membaca tasbih.
- Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca mana-mana surah. (Lebih afdal surah al-Maidah).
- Ruku' dengan membaca tasbih.
- Iktidal.
- Sujud dan membaca tasbih.
- Duduk antara 2 sujud.
- Sujud kedua dan membaca tasbih.
- Membaca tasyahud akhir.
- Memberi salam.
* Kemudian disusuli dengan khutbah gerhana.
Di sini juga saya kongsikan maklumat-maklumat khas berkaitan gerhana bulan separa ini daripada sumber http://www.angkasa.gov.my/planetarium/
Artikelnya tersebut adalah seperti berikut:
Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama Bulan melintasi bayang Bumi seperti yang terdapat dalam Rajah 1.
Gerhana pada 4 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 04:48 p.m. waktu Malaysia. Walau bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat dilihat memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap dan kebetulan juga pada waktu itu Bulan masih belum terbit lagi dari ufuk.
Bulan mula memasuki bayang umbra Bumi (U1) pada jam 6:00 p.m. dan gerhana maksimum akan berlaku pada jam 7:04 p.m.. Fenomena gerhana tersebut hanya dapat disaksikan di Malaysia apabila Bulan mulai terbit pada jam 7:18 p.m.. Fenomena gerhana ini dapat disaksikan sehingga 8:07 p.m. apabila Bulan keluar sepenuhnya dari umbra Bumi (U4).
Gerhana masih terus berlaku sehingga jam 9:18 p.m. tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan kerana Bulan berada di kawasan bayang penumbra Bumi yang kurang gelap.
Rajah 1: Geometri Gerhana Bulan |
Rajah 2: Fasa Gerhana Bulan Separa 4 Jun 2012 |
Fasa-fasa Gerhana Bulan Separa boleh diperhatikan seperti di Rajah 2 dengan keterangan seperti di Jadual 1.
Jadual 1 : Data Gerhana Bulan Separa Pada 4 Jun 2012
(sumber: http://eclipse.gsfc.nasa.gov/OH2012.html)
Fasa
|
Keterangan
|
Masa
|
P1
|
Bulan mula memasuki “Penumbra”
|
04:48 p.m.
|
U1
|
Bulan mula mengalami fasa gerhana separa
|
06:00 p.m.
|
Maksimum
|
Bulan berada separa dalam “Umbra”
|
07:04 p.m.
|
U4
|
Bulan keluar sepenuhnya dari “Umbra”
|
08:07 p.m.
|
P4
|
Bulan keluar dari “Penumbra”
|
09:18 p.m.
|
Catatan: Umbra – Bahagian bayang yang sangat gelap
Penumbra – Bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah
Tidak kira di mana anda berada di Malaysia, sekiranya langit berada dalam keadaan cerah selepas Matahari terbenam, lihat ke arah Tenggara di mana Bulan berada. Anda berpeluang menyaksikan fenomena tersebut dengan mata kasar.
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan , sila hubungi Planetarium Negara di talian 03-2273 4301 / 4303 / 5484.
Terima kasih kepada sumber saya http://www.angkasa.gov.my/planetarium/ atas perkongsian ilmu ini.
No comments:
Post a Comment