PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Friday, 10 February 2012

Astronomi Menurut ISLAM

Definisi Ilmu Astronomi:

Berikut adalah definisi-definisi yang diberikan oleh tokoh-tokoh atau sarjana-sarjana Islam pada zamannya:-


(1) Ilmu untuk mempelajari suria, bintang, buruj, jarak, saiz dan gerakan jasad-jasad tersebut. Oleh: As Shafa


(2) Ilmu untuk mengetahui hal ehwal jasad-jasad cakerawala yang bertaburan di angkasa lengkap dengan bentuk, kedudukan, ukuran serta jaraknya.Oleh : Thasy Kura


(3) Ilmu berkaitan dengan gerakan dan peredaran bintang-bintang yang tetap. Dari gerakan dan peredaran bintang ini dapat diketahui bentuk dan kedudukannya melalui hitungan gerakannya yang dapat dilihat dengan cara metrik. Oleh : Ibnu Khaldun 




AL-QURAN Sumber Ilmu Pengetahuan & Astronomi 
Al-Quran adalah sumber tentang khazanah ilmu pengetahuan, dan telah memberikan pengaruh yang amat besar terhadap pendidikan dan kebudayaan ummat manusia. Pengaruh ini antara lain adalah penemuan-penemuan ilmiah dan pertumbuhan ilmu pengetahuan yang amat pesat dalam dunia Islam pada abad ke 7 hingga ke abad 14 Masehi.

Al-Quran dan ilmu pengetahuan merupakan dua aspek kebenaran yang sama, dan tidak ada pertentangan diantara kedua-duanya. Al-Quran juga menyuruh manusia untuk berdoa semoga Allah s.w.t. menambahkan ilmu pengetahuan kepada mereka. Al-Quran menegaskan bahawa hanya orang yang berilmu akan mendapat darjah ketakwaan yang lebih tinggi kepada Allah. Ia adalah kerana mereka mengetahui dan memahami tanda-tanda kebesaran Allah, baik yang termaktub dalam al-Quran mahupun yang dapat dilihat dalam alam semesta.

Al-Quran menjelaskan bahawa seluruh kandungan alam semesta penuh dengan tanda-tanda kekuasaan Allah, dan hanya manusia yang berilmu sahaja yang dapat mengamati dan memahaminya.

Astronomi mempunyai hubungan yang sangat erat dengan masalah-masalah ibadah seharian dalam Islam. Hal ini diterangkan dengan terperinci di dalam ilmu falak syarie. Ilmu astronomi juga adalah ilmu yang tertua daripada semua ilmu pengetahuan alam. Ilmu ini menjelaskan tentang kemajmukan langit dan bumi.

Al-Quran memberikan perhatian khusus terhadap ilmu Astronomi. Banyak ayat-ayat al-Quran menceritakan perihal Astronomi. Ia memberi ruang kepada manusia untuk menghayati kebesaran Allah yang jelas terbukti dari wujudnya bintang-bintang, planet-planet, matahari dan bulan dengan segala bentuk dan sifatnya.

Berikut dicatatkan beberapa ayat yang penting berkaitan dengan astronomi:

(i)   Al-Quran menuntut manusia supaya memerhati langit, firman Allah s.w.t. dalam Surah Qaaf; ayat ke 6

       "Maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka, bagaimana kami membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiaskannya (dengan bintang-bintang) dan dengan keadaan tidak ada padanya retak renggan sedikit pun?"

(ii)    Kenyataan bahawa langit itu tidak bertiang disebutkan dalam al-Quran antaranya: 

“Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas ‘Arasy, dan Ia menundukkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) ; masing-masing beredar dalam waktu yang ditentukan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan (makhluknya) , dan menerangkan kekuasaanNya satu persatu, supaya kamu yakin pertemuan (kamu) dengan Tuhan kamu”. 
        [Surah Ar-Ra’d ; ayat 2]


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...