Salam sua buat pembaca, saya telah menemui satu penulisan melalui blog yang ditulis oleh Rahmat Khalil. Mungkin apa yang telah dikongsikan beliau ini sedikit sebanyak membantu kita untuk menambahkan ilmu kita yang amat sedikit ini. Jika ada pembetulan, amat dialu-alukan. Terima kasih dan selamat membaca.
Profesor
Alfred Kroner:
.... dan amat banyak ayat-ayat yang diturunkan pada masa itu dapat
dibuktikan, tetapi teknologi sains moden telah membuka jalan kepada usaha
membuktikan apa yang dinyatakan oleh Muhammad (Sallallu’alaihiwasallam) sejak
1400 tahun yang lalu.
Kami
perkenalkan kepada anda Profesor Alfred Kroner - salah seorang daripada
ahli-ahli kajibumi yang paling terkenal di dunia. Beliau ialah seorang Profesor
Kajibumi dan Pengerusi Jabatan Kajibumi di Institut Sains-kajibumi, Universiti
Johannes Gutenburg, Mainz, Jerman.
Kami
bertemu dengannya dan membentangkan beberapa ayat-ayat Al-Quran dan Hadis Nabi
Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam. Selepas itu kami berbincang dengan beliau.
Profesor
Kroner
berkata: “Setelah
mengambil kira banyak persoalan-persoalan dan mengambil kira dari mana
datangnya Muhammad (Sallallahu’alaihiwasallam), di mana dia (baginda) ialah
seorang Arab badwi, pada hemat saya, tidak munasabah dia mengetahui fakta-fakta
seperti permulaan alam semesta, kerana para saintis hanya menemui fakta itu
hanya beberapa tahun yang lalu dengan menggunakan cara-cara yang canggih dan
terkini.”
Profesor
Kroner mengambil contoh ayat Al-Quran yang, bagi beliau, menjadi bukti bahawa
Al-Quran tidak mungkin datang daripada Nabi Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam.
Contoh itu ialah mengenai ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa alam semesta ini
pada asal kejadiannya ialah satu. Allah Yang Maha Agung Lagi Maha Terpuji
berfirman (maksud):
“Dan
tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayainya bahawa
sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda
yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air,
tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”
(Surah Al-Anbiyaa’, 21: Ayat 30)
Makna
perkataan ‘ratqan’ di dalam ayat ini, sebagaimana yang diterangkan oleh
Ibn Abbas, Mujaahid, dan lain-lainya (Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh
mereka), ialah langit dan bumi asalnya melekat atau bercantum, dan kemudiannya
mereka dipisahkan. Profesor Kroner menggunakan contoh ini untuk membuktikan
bahawa tidak mungkin seorang manusia di zaman Nabi Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam
yang tahu mengenai fakta ini.
Profesor
Kroner:
”Seseorang yang tidak tahu ilmu Fizik Nuklear 1400 tahun dahulu tidak
mungkin, pada hemat saya, mengetahui bahawa bumi dan langit berasal dari satu
benda, atau tahu mengenai banyak lagi persoalan-persoalan yang kita bincangkan
tadi.
Profesor
Kroner, pada pengamatan kami, suka berdolak-dalih. Contohnya, kami menyoal
beliau tentang keadaan mukabumi Tanah Arab.”Adakah Tanah Arab dipenuhi
pohon-pohon merimbun dan sungai-sungai suatu masa dahulu?” Beliau menjawab:
“Ketika Zaman Ais”. Dan sudah diketahui umum bahawa gunung-gunung ais
(‘iceberg’) dari Kutub Utara sedang bergerak perlahan-perlahan ke arah selatan.
Apabila gunung-gunung ais ini semakin menghampiri Semenanjung Arab, iklimnya
akan bertukar dan Tanah Arab akan berubah menjadi salah satu daripada
kawasan-kawasan yang paling subur menghijau dan paling tinggi kadar hujannya di
dunia. Kami tanya beliau: “Adakah Tanah Arab akan menjadi kawasan yang penuh
dengan pohon-pohon menghijau dan sungai-sungai?” Dia menjawab: Ya, itu satu
fakta sains”
Gambar Hiasan |
Ini
mengejutkan, dan kami kurang faham mengapa beliau berkata bahwa itu satu fakta
sains sedangkan ianya sesuatu yang belum berlaku. Lantas kami menyoal:
“Mengapa?”. Jawab beliau:”Kerana Zaman Ais yang baru sedang bermula. Dan kita
boleh lihat sekali lagi bahawa salji-salji dari Kutub Utara sedang merangkak
menuju ke arah selatan. Malahan salji-kutub sedang bergerak mendekati
Semenanjung Arab. Kita boleh lihat tanda-tandanya seperti kejadian ribut salji
yang telah melanda Utara Eropah dan Amerika setiap musim salji. Ahli sains
mempunyai bukti-bukti dan maklumat-maklumat lain yang mengesahkan permulaan
satu Zaman Ais baru. Ianya satu fakta sains”.
Justeru,
kami berkata kepadanya:”Apa yang tuan jelaskan tadi hanya diketahui oleh ahli
sains selepas beberapa penemuan-penemuan sains terkini dan dengan bantuan
peralatan khas. Tetapi kami sudahpun tahu mengenainya daripada Nabi Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam sejak 1400 tahun dahulu.
Baginda
Sallallahu’alaihiwasallam bersabda (bermaksud):
“Hari
Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah tanah-tanah Arab sekali lagi menjadi
subur dan dipenuhi sungai-sungai”.
Pada
ketika itu kami bertanya Profesor Kroner: “Siapa yang memberitahu Nabi Muhammad
sallallahu’alaihiwasallam bahawa Tanah Arab suatu masa dahulu dipenuhi
pohon-pohon dan sungai-sungai?” Beliau terus menjawab:”Orang-orang Rom”. Ini mengingatkan
kami tentang sikap beliau yang suka berdolak-dalih. Kami menyoalnya soalan
lain: “Tetapi siapa yang beritahu Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam
bahawa Tanah Arab akan mejadi subur dan dipenuhi sungai-sungai semula suatu
hari nanti?” Profesor Kroner nampak malu untuk berdolak-dalih lagi. Apabila
beliau bertemu kebenaran, beliau bersedia untuk menyatakan pendiriannya dan
beliau menjawab: Fakta ini hanya dapat diberitahu kepadanya (Nabi Sallallahu’alaihiwasallam) melalui wahyu dari langit”.
Akhirnya,
selepas perbincangan itu, beliau memberikan komen: Jika anda mengambilkira
semua ini dan mengambilkira semua ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan bumi
dan kejadian bumi dan sains secara amnya, anda akan dapati ayat-ayat itu benar
belaka. Mereka kini boleh dibuktikan secara saintifik, dan dari satu segi
bolehlah kita katakan Al-Quran ialah sebuah buku sains ringkas untuk seseorang
manusia yang biasa (bukan saintis), dan banyak ayat-ayat tersebut tidak dapat
dibuktikan pada masa ia diturunkan, tetapi cara-cara sains moden terkini telah
membolehkan pencarian bukti ke atas ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis baginda
sallallahu’alaihiwasallam sejak 1400 tahun dahulu.
Allah
Subhanahuwata’ala berfirman (maksud):
“Al-Quran
tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk seluruh alam; Dan demi
sesungguhnya kamu akan mengetahui kebenaran perkara-perkara yang diterangkannya
tidak lama lagi”
(Surah Saad, 38: Ayat 87-88)
No comments:
Post a Comment