PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Monday 11 June 2012

PENENTUAN ARAH KIBLAT: KAEDAH 10

KAEDAH 10: penggunaan pelan tapak

* Menggunakan kaedah trigonometri.

* Amat sesuai di kawasan perumahan teres, apartment dan bangunan yang dibina mengikut pelan yang diperakui.

* Boleh dilakukan dengan bantuan alatan seperti jangka sudut teodolit dan lain-lain.




KAEDAH:

(1) Dapatkan nilai azimuth Kiblat di lokasi @ kawasan yang berdekatan (masjid @ surau berdekatan).

(2) Bagi pelan yang mempunyai arah mata angin, kita cuma perlu meletakkan jangka sudut di atas tanda arah mata angin tersebut pada garisan Barat (270 darjah), kemudian menambahkan bacaan pada jangka sudut berkenaan sebanyak 21 darjah (purata azimut kiblat semenanjung Malaysia 291 darjah – 292 darjah.

(3) Setelah mendapat arah (hasil daripada penambahan bacaan tersebut), buatkan satu garisan panjang daripada arah berkenaan. Garisan ini merupakan garisan arah kiblat pada arah mata angin.

(4) Selarikan garisan tersebut pada pelan lantai. Dengan itu, kita dapat mengetahui arah kiblat setiap tempat yang terdapat dalam pelan itu.


(5) Manakala bagi pelan yang tidak mempunyai arah mata angin, hentaklah menggunakan kaedah bayang matahari bagi menentukan arah kiblat.



1 comment:

  1. alhamdulillah..tuan sesungguhnya membuat satu perihal fardu kifayah..terima kasih tuan..Moga Allah merahmati usaha tuan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...