PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Wednesday 1 August 2012

Sejarah Aktiviti Cerapan Hilal Di Malaysia

Salam ramadhan yang amat mulia, hari ini saya nak kongsikan dengan sahabat-sabahat berkaitan sejarah aktiviti cerapan hilal di Malaysia dan juga kriteria Imkanur Rukyah yang diamalkan di negara kita untuk pengetahuan kita bersama. Maklumat ini saya perolehi daripada:  http://apps.islam.gov.my/efalak/?q=erhk-sejarah

Pada peringkat awal, amalan merukyah di negara kita dilakukan oleh golongan cerdik pandai agama seperti alim ulama, kadi-kadi dan mufti kerana mereka mempunyai pengetahuan yang meluas tentang ilmu falak dan hukum-hukum syarak yang berkaitan. Usaha merukyah telahpun dijalankan secara rasmi sejak tahun 1934 oleh Syed Alwe bin Tahir Al-Hadad dari menara masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. 


Apabila Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam ditubuhkan pada tahun 1970, jawatankuasa-jawatankuasa rasmi telah dilantik untuk melihat anak bulan Ramadan dan Syawal di tiga tempat iaitu Telok Kemang (Negeri Sembilan), Johor Bahru (Johor) dan Kampung Pulau Sayak (Kedah). Sehingga tahun 2011, tempat-tempat merukyah hilal telah ditambah menjadi 29 tempat; setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya satu tempat merukyah hilal.
Melihat hilal secara tradisional dilakukan dengan mata kasar sahaja. Setelah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia terlibat dalam usaha merukyah hilal, teodolit telah digunakan untuk tujuan tersebut. Sebelum tahun 1970 lagi, penentuan awal bulan Ramadan dan Syawal di negara kita adalah menggunakan kaedah rukyah. Menurut kaedah rukyah dan berdasarkan hisab falak, hilal akan dirukyah pada petang 29 Syaaban dan 29 Ramadan. Sekiranya hilal tidak kelihatan tetapi menurut hisab falak hilal ada dan boleh dilihat, maka hisab falak boleh digunakan. 

Tahun
Bilangan
Tempat
1970-1976
1
1977
2
1978-1981
3
1982-1984
12
1985-1986
15
1987
17
1988-1990
20
1991
21
1992
23
1995
24
1996-2007
28
2011
29
Jadual 1 : Senarai Tahun Dan Bilangan Tempat Rasmi Merukyah Hilal Di Malaysia
Di dalam Deklarasi Istanbul 1978, telah dipersetujui bahawa kriteria kebolehnampakan (expected visibility) hilal yang diterimapakai adalah memenuhi syarat-syarat iaitu ketinggian hilal ketika matahari terbenam hendaklah tidak kurang dari 5° di atas ufuk dan jarak lengkung bulan-matahari ketika matahari terbenam tidak kurang dari 8°. Hilal dikira wujud dan boleh dirukyah sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan.
Walaubagaimanapun, kriteria ini telah diubahsuai oleh Malaysia yang bersetuju menerimapakai syarat-syarat iaitu ketinggian hilal ketika matahari terbenam hendaklah tidak kurang dari 5.5° di atas ufuk dan jarak lengkung bulan-matahari ketika matahari terbenam tidak kurang dari 7.5° ataupun umur bulan selepas berlaku ijtimak tidak kurang dari lapan jam. Dalam Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) yang diadakan pada 3 dan 4 Februari 1992, ketetapan telah dibuat untuk mengadakan penyelarasan dalam penentuan awal bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah di kalangan negara anggota berdasarkan rukyah dan hisab. Ini merupakan satu langkah positif dalam usaha meningkatkan perpaduan umat Islam di rantau ini. Salah satu unsur penting dalam pelaksanaan rukyah dan hisab adalah penggunaan kriteria Imkanur-rukyah.

Kriteria Imkanur-rukyah

Kaedah rukyah adalah melihat hilal ketika matahari terbenam pada 29 haribulan hijriah dengan mata kasar atau dengan bantuan alat-alat seperti teleskop dan teodolit. Kaedah ini dipakai untuk tujuan penentuan awal bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah di negara kita sebelum penggunaan kaedah rukyah dan hisab. Menurut kaedah hisab hakiki, bulan baru bermula apabila ijtimak berlaku sebelum waktu matahari terbenam tanpa mengambil kira sama ada hilal wujud atau tidak. Takwim Hijriah yang menggunakan konsep ini dinamakan Takwim Hijriah Hakiki. Jika kewujudan hilal selepas ijtimak dijadikan sebagai asas penentuan awal bulan, takwim ini dinamakan Takwim Hijriah Wujudul-hilal.
Kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampakan) ialah penentuan masuknya awal bulan baru, apabila kedudukan hilal ketika matahari terbenam berada dalam keadaan yang memungkinkan kenampakannya.
Jawatankuasa Kaji Semula Data Rukyah Hilal Malaysia membuat analisis terhadap data rukyah hilal yang dilakukan oleh dua negara anggota MABIMS iaitu Malaysia dan Indonesia. Pihak Malaysia atas cadangan jawatankuasa tersebut telah mengemukakan satu kriteria imkanur-rukyah baru kepada MABIMS. Kriteria tersebut telah dipersetujui untuk diterimapakai oleh anggota MABIMS dalam mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam kali ketiga pada 29 Zulkaedah 1412 bersamaan 1 Jun 1992 di Labuan.

Kriteria yang telah dipersetujui itu ialah ijtimak telah berlaku pada 29 Syaaban, 29 Ramadan atau 29 Zulkaedah sebelum matahari terbenam dan hilal dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...