Sambungan...
Tajuk 3: Teori Big Bang
Sumber: Dr. Danial Zainal Abidin. 2009. Quran Saintifik.Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd.
Teori yang menjadi pegangan umum oleh para sainstis berhubung permulaan alam semesta pada hari ini dikenali sebagai teori Big Bang. Mengikut laporan yang terdapat di lamna web N.A.S.A., dalam segmen Big Bang cosmology di http://map.gsfc.nasa.gov, kejadian alam bermula 12 hingga 14 billion tahun dahulu. Alam pada masa itu hanya berukuran beberapa millimeter sahaja. Sejak daripada tarikh itu ia sudah mengembang sehingga menjadi seperti apa yang kita lihat pada hari ini.
Mengikut teori Big Bang, alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlaku satu letupan yang kuat, sekitar 12 hingga 14 billion tahun dahulu. Selepas itu berlaku pengembangan dan penyejukan sehingga akhirnya lahir bintang-bintang, planet-planet, galaksi dan yang seumpamanya.
Justeru, kenyataan Quran berhubung permulaan alam sememangnya saintifik. Antara pakar yang kagum dengan ayat ini adalah Dr. Alfred Kroner. Beliau adalah seorang Profesor dalam bidang sains geologi dan pernah menjadi Dekan di Jabatan Geologi di Institute of Geosciences, Johannes Gutenberg University, Mainz, Germany. Berhubung dengan ayat ini beliau berkata “Melihat asal usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal usul yang sama. Hal ini disebabkan ilmu mengenainya hanya baru diketahui beberapa tahun baru-baru ini, itu pun dengan menggunakan alat-alat yang canggih. Seseorang yang tidak mengetahui ilmu fizik nuclear 1400 tahun dahulu saya rasa tidak akan mampu mengetahuinya”.
Akhirnya beliau berkata “Apabila kita menghimpunkan kesemua kenyataan Quran berkaitan dengan bumi dan kejadiannya, dan kita kaitkannya dengan sains kita akan mengatakan kenyataan (quran) secara dasarnya adalah benar. Hal ini dapat dibuktikan dengan menggunakan pendekatan yang saintifik. Banyak daripada kenyataan ini tidak dapat dibuktikan dahulu tetapi pada hari ini sains moden dapat membuktikan kebenarannya.” Hal ini dilaporkan dalam A Brief Illustrated Guide to Understanding Publications, . edisi kedua, Mei 1990.
No comments:
Post a Comment