PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Tuesday 5 November 2013

Cerapan Hilal Muharram 1435H: KKA turut serta


Syukur Alhamdulillah pada 5 November 2013 (Isnin) iaitu semalam, penulis telah diberikan kesempatan untuk mengikuti aktiviti cerapan hilal Muharram 1435H bersama-sama team KKA di Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Rasa lama pula tidak mengikuti aktiviti cerapan ini bersama team falak yang lain. Inshaa Allah, bermulanya tahun 1435H, penulis bercadang untuk membawa team KKA yang berminat dan berpeluang untuk mengikuti aktiviti cerapan hilal ini setiap bulan, jika diberikan kesempatan oleh-Nya.

Team KKA bertolak ke Balai Cerap Teluk Kemang (BCTK) pada jam 5.00 petang dan tiba di sana pada jam 6.15 petang. Di BCTK, KKA turut menyertai pasukan cerapan hilal yang terdiri daripada JAKIM, UM, JMKNS dan JUPEM NS. KKA yang terdiri daripada 9 orang (termasuk penulis) telah diberikan kesempatan untuk turut serta dalam aktiviti cerapan walaupun tidak membawa peralatan cerapan. Ada dikalangan KKA Ini merupakan pengalaman pertama mengikuti aktiviti cerapan.

Di BCTK, KKA berpeluang untuk melihat lokasi cerapan dan juga ruang galeri pameran yang telah disediakan. Turut hadir ialah pengunjung tempatan yang juga tidak mahu melepaskan peluang melihat hilal tahun baru hijrah ini. KKA juga mengambil peluang untuk membacakan Doa Akhir Tahun Hijrah 1434 dan juga Awal Tahun Hijrah 1435 secara berjemaah. Menurut kepada data, hilal akan kelihatan pada hari tersebut berdasarkan perkiraan umur dan jarak lengkung kedudukan hilal. Walaubagaimanapun, KKA dan pencerap yang lain tidak dapat melihat hilal atas sebab faktor cuaca yang tidak dapat dielakkan iaitu awan tebal. 

Penulis mengucapkan terima kasih kepada KKA yang turut serta dalam aktiviti cerapan hilal ini walaupun tidak berkesempatan melihat hilal. Juga kepada team pencerap daripada semua agensi yang terlibat kerana memberikan peluang ke KKA untuk turut serta dan berkongsi ilmu falak bersama. Kita jumpa lagi untuk cerapan hilal Safar 1435H.

Salam Maal Hijrah 1435 daripada KKA PFSM.

Data Rukyah
Tarikh: 04 Nov. 2013
Tempat: Teluk Kemang, Negeri Sembilan (101 darjah 51' 21" T, 02 darjah 26' 44" U)
Matahari terbenam: 18:57
Bulan terbenam: 19:45
Ijtimak: 20:50 (03/11/2013)
Umur hilal: 21j 55m.

KKA yang hadir:
1. Nur Jehan binti Abdul Salam
2. Siti Nur Izzati bt. Nasrom
3. Nurdiyanah binti Lasim
4. Noramira bt. Arshad
5. Nur Farhanah bt. Basar
6. Nur Izzati bt. Ilias
7. Siti Noor Hanif Farhani bt. Mohd Salleh
8. Bro. Hafiz bin Safiai

Klik gambar untuk gambar berikutnya.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...