Hari Pertama, 14 Nov 2013 (Khamis)
Syukur Alhamdulillah, akhirnya kami telah selamat tiba di Dewan Peperiksaan Utama, USM di mana tempat berlangsungnya pemeran falak/astronomi. Kami tiba pada jam 10.30 kira-kira 5 jam 30 minit perjalanan dari Sepang, Selangor.
Kami bersyukur kerana telah selamat sampai dan hajat KKA untuk berkongsi sedikit ilmu falak bersama masyarakat di Penang ini. Di samping dapat berjumpa dan berkongsi ilmu baru dengan rakan-rakan baru di sini.
Banyak agensi yang mengambil bahagian dalam pameran ini, antaranya ialah Unit Falak Jabatan-jabatan mufti negeri, Bahagian Meteorologi, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Kelab Astronomi USM dan lain-lain lagi.
Aktiviti pameran di galeri KKA berjalan dengan lancar dengan jualan cenderahati daripada PFSM. Ada yang bertukar-tukar maklumat dengan pengunjung dan ada juga yang cuba untuk menggunakan teleskop.
Klik Gambar |
Hari ini adalah penghulu segala hari. Hari ini telah memberi kekuatan dan semangat baru buat team KKA untuk memberi khidmat yang terbaik buat pengunjung-pengunjung USM Penang SPACE Festival 2013. Semoga setiap perkongsian ilmu yang telah diberikan kepada anda, akan memberi manfaat yang berguna. Kami memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan sepanjang mengunjungi ruang pameran PFSM.
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang telah mengunjungi kami samada yang membeli cenderahati kami seperti sijil, penanda buku dan lain-lainnya. Setiap kata-kata dan perkongsian ilmu daripada kalian amat berguna buat kami.
Selepas majlis perasmian festival, galeri kami dikunjungi oleh tetamu kehormat iaitu, YB DATUK DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang telah merasmikan festival dan sudi melawati galeri pameran sambil diiringi oleh Y. Bhg. Profesor Dato’ Omar Osman, Naib Canselor USM, Y. Bhg. Dato' Haji Hassan bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan lain-lain dif kehormat. Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian mengunjungi galeri pameran PFSM.
Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Shahrin Ahmad (Pengasas Portal Falak Online) kerana mengunjungi galeri PFSM dan berkongsi ilmu dengan kami. Sebelum pulang ke penginapan, kami berpeluang untuk mengikuti kuliah bersama Ustaz Hanafiah dengan tajuk 'Rahsia Alam'.
Hari ketiga, 16 November 2013 (Sabtu)
Pada hari ketiga, kami seperti biasa akan bertemu peminat-peminat dunia falak untuk berkongsi cerita. Apa yang lebih penting ialah untuk menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat buat pengunjung yang hadir. Siapa yang cepat, dialah yang dapat. Apa tu? tentulah koleksi cenderahati daripada Kembara Angkasa untuk dijadikan kenangan. Sijil tarikh lahir hijrah pasti akan menjadi tumpuan pengunjung kerana ianya lain-lain daripada yang lain. Lagipun tidak terdapat di mana-manapun, dengan kami sahaja.
Walaupun hari ini sangat singkat masa untuk kami berada di USM (sebab nak balik awal), kira-kira jam 1.00 tengah hari kami dah berangkat pulang ke KL. Ini disebabkan saya terpaksa pulang awal kerana ada urusan rasmi pula pada sebelah malamnya. Tidak dapat tidak, satu team KKA kena balik sama-sama.
Walau sekejap sahaja dapat jumpa pengunjung pada hari ini, ramai juga yang hadir mengunjungi booth KKA PFSM, hanya 3 jam sahaja booth dibuka, pengunjung tidak melepaskan peluang untuk memiliki sijil dan lain-lain. Terima kasih buat adik-adik, akak-akak, abang-abang, mak cik pak cik dan semua yang hadir...Semoga kita dapat berjumpa lagi di lain waktu dan hari.
No comments:
Post a Comment