PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Tuesday 10 December 2013

Rangkuman Aktiviti KKA dalam masa DUA MINGGU lepas....

Assalamualaikum wbt...

Hehehe...punyala sibuk tak sempat nak jengok-jengok blog ni... Akhirnya diberi juga kesempatan waktu untuk menulis sedikit catatan sebagai laporan aktiviti team KKA kita ni..ini pun kita tulis secara rangkuman la senang kan...tak la susah-susah nak baca banyak-banyak (tapi nak baca ker...hahaha)

Kita mulakan dengan beberapa siri aktiviti KKA bersama komuniti disekeliling kita..jutaan terima kasih buat masyarakat kita di luar sana kerana menyambut baik kehadiran kami di tempat anda.

17 November 2013 / 13 Muharram 1435H (8.30 malam -11.00 malam)
Desa Baiduri Harmoni

Baru sahaja balik dari USM, Penang, team KKA meneruskan aktiviti bersama masyarakat dengan berkunjung ke Desa Baiduri Harmoni, BBST atas jemputan salah seorang daripada ahli PFSM iaitu KA Huda. Program ini bermula sekitar jam 8.45 malam sehingga jam 11.00 malam bersama penduduk taman tersebut. Sambutan yang sangat menggalakkan dengan kehadiran kanak-kanak dan seisi keluarga untuk menjayakan Malam Kembara Angkasa. Aktiviti cerapan bulan, ceramah dan pameran di kongsikan bersama-sama penduduk yang hadir. Lebih meriah lagi dengan sesi jamuan makan BBQ turut disediakan oleh penduduk. Tahniah dan terima kasih kepada warga Desa Baiduri Harmoni yang dipimpin oleh En. Rosdin Hasan (Ketua Penduduk) kerana sudi menjemput kami untuk hadir. Tidak lupa juga jutaan terima kasih buat team KKA yang hadir seperti KA Adawiah, KA Wani, KA Falihin, KA Ross, KA Syuk dan KA Manaf dan KA Huda sekeluarga yang telah memberikan sumbangan.


28 Nov - 1 Dis 2013 / 24 - 27 Muharram 1435H (10.00 pagi - 5.00 ptg)
Universiti Sains Islam Malaysia

Dalam masa 4 hari ni, Team KKA USIM buka booth pameran falak sempena Pesta Konvokesyen USIM ke-11 di Kompleks Sukan Tuanku Najihah, USIM. Galeri pameran betul-betul terletak bersebelahan pentas utamanya. Terdapat pelbagai maklumat berkaitan falak dan peralatan falak juga turut dipamerkan. Kalau ada yang pergi ke sana, terima kasih diucapkan dan selamat berkenalan dengan Team KKA USIM..



28 Nov 2013 / 24 Muharram 1435H (8.00 mlm - 11.00 mlm)
Surau Taman Pinang Gading, Sikamat

Saya dan team KKA telah dijemput oleh AJK Surau Taman Pinang Gading, Sikamat. Saya dijemput untuk menyampaikan kuliah maghrib khas ilmu falak. Sambutan yang sangat menggalakkan daripada para jemaah surau. Rasa ingin hadir lagi untuk bertemu para jemaah untuk berkongsi ilmu kerana banyak juga ilmu yang saya perolehi daripada mereka. Inilah yang dikatakan "Sharing is caring"...kan? Terima kasih khas buat KA Syuk dan KA Wani kerana hadir untuk membantu mengendalikan pameran dan jualan. Semoga budi baik kalian akan mendapat hadiah terbaik daripada Allah swt. Kira-kira jam 11.00 malam, kami pun pulang ke mahligai indah masing-masing (rumah sendiri le..)


29 & 30 Nov 2013 / 25 & 26 Muharram 1435h (9.00 pagi - 11.00 malam)
Masjid Sultan Hisamuddin, BBST, sepang

Hari Jumaat & Sabtu, KKA terus mengembara untuk bertemu masyarakat demi menyebarkan ilmu falak. Kali ini, KKA berada di Masjid Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang bersempena Karnival Ulangtahun ke-13 masjid ini. Tahniah buat pihak masjid yang menganjurkan dan juga yang terlibat sama. Sepanjang dua hari ini, sambutan amat menggalakkan kerana booth dibuka sehingga malam hari disebabkan aktiviti yang diadakan sangat menarik seperti forum perdana ehwal Islam dan konsert Rabbani. Kami ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada pihak penganjur dan terima kasih kerana mempertemukan kami dengan warga BBST. Juga ucapan terima kasih kepada KA Adawiah, KA Wani dan KA Apeq yang sudi turun memberi khidmat sumbangan.


1 Dis 2013 / 27 Muharram 1435H (10.00 pagi - 6.00 petang)
Masjid Asy-Syarif, Meru

Walaupun program malam tadi habis lewat, KKA terus turun memberikan sumbangan untuk berkongsi kepentingan ilmu falak kepada masyarakat. Hari ini, kami terus berkunjung ke Meru sempena Karnival Mahabbah Masjid Asy-Syarif, Meru.Walaupun tiba lambat, kerjasama yang diberikan oleh pihak penganjur sangat baik. Memudahkan segala urusan kami di sana. Apatah lagi sambutan yang diberikan oleh pengunjung amat-amat menggalakkan. Tak menang tangan dibuatnya, kerana kami hanya berdua sahaja yang dapat turun. Walaubagaimanapun, sokongan dan sambutan yang diberikan memberikan kami semangat untuk terus menyumbang. Terima kasih buat penganjur atas jemputan ini. Tidak lupa jutaan terima kasih buat KA Adawiah atas sumbangan yang diberikan.


6 Dis 2013 / 3 Safar 1435H (8.00 malam - 11.00 malam)
Kem PLKN Princess Haliza, Sepang

Malam Kembara Angkasa bersama Saintis Muda di Malaysia Young Scientis Assembly (MYSA2013) di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang. Kali ini, saya seorang sahaja yang turun untuk berkongsi ilmu dan maklumat dengan para peserta. Dalam masa 1 jam setengah yang diberikan saya gunakan untuk berkongsi berkaitan angkasa dan kaedah membaca peta bintang. Sangat mengujakan saya untuk bertemu dengan para saintis muda ini kerana banyak yang dapat dikongsikan bersama...Cuma, aktiviti cerapan malam tersebut tidak dapat dijalankan kerana permukaan langit malam yang tidak mengizinkan walaupun dengan kehadiran team falak, Jabatan Mufti Negeri Sembilan (JMN9). Apa-apapun, jutaan terima kasih buat penganjur dan team falak JMN9 atas sokongan yang diberikan. Semoga aktiviti akan datang menjadi lebih menarik. Huhu...sampai rumah jam 12.30 tengah malam da...


8 Dis 2013 / 5 Safar 1435H (12.00 tengah malam - 3.00 pagi)
Paya Indah Wetlands, Dengkil

Kali ni program yang menarik.  "Astrofotografi bersama Media" anjuran Yayasan Angkasawan Malaysia. Yang paling menariknya adalah aktiviti cerapan bermula jam 12.00 tengah malam sehingga 3.00 pagi, sebagai pendedahan untuk menanam minat kepada team media akan aktiviti astronomi. Yang terlibat ialah Team daripada Planetarium Negara dan Persatuan Falak Syar'i Malaysia yang diwakili oleh KKA (saya dan KA Syuk je pun...). Walaubagaimanapun, diperkuatkan lagi dengan kehadiran Bro. Shahrin Ahmad. Namun, sedikit mengecewakannya ialah team media sebagai 'target groupnye' tak bersama-sama sehingga jam 3.00 pagi. Mungkin letih agaknya mereka... Tapi tak mengapa, kita pun buat je la hal sendiri dengan geng-geng planetarium tu sambil mencerap planet JUPITER (MUSYIARI) yang gagah tu..banyak la ilmu yang dikongsikan oleh Bro. Shahrin berkaitan dunia astrofotografi ini. Walaupun pesertanya pula hanya saya, KA Syuk dan seorang lagi dari planetarium (macam ramai je)... jam 2.45 pagi je, masing-masing dah nak angkat kaki. Sebelum pulang, sesi bergambar dalam gelap pun boleh dijadikan aktiviti jugak..tu lah dia yang dikatakan 'astronomer'... Lepas je bergambar (3 keping je pun), balik la semuanya kepangkuan katil masing-masing.

Sekian...moga-moga terhibur...jumpa lagi di lain cerita..



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...