PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Thursday, 17 April 2014

Sambutan HEBAT di Sek. Keb. Seri Tasik

Syukur Alhamdulillah, selawat dan salam penulis ucapkan untuk junjungan Rasulullah SAW. Ucapan penghargaan & terima kasih ditujukan khas buat:

Warga Sek. Keb. Seri Tasik, Bandar Sri Permasuri, Kuala Lumpur
(atas sambutan yang HEBAT sempena Minggu Sains 2014):

Guru Besar, Tuan Haji Misman bin Mostam
(atas kelulusan untuk menjemput penulis dan Kembara Angkasa, PFSM)
Cikgu Sulaiman (Pengarah Projek)
(yang bertungkus lumus membantu penulis untuk menjayakan program ini)
Guru-guru SKST
(atas sokongan kerjasama yang tak berbelah bahagi sepanjang perjalanan program)
Para ibu bapa
(membenarkan kehadiran dan penglibatan anak-anak dalam program sehingga malam)
Murid-murid SKST
(yang sangat teruja dan kesungguhan untuk mendengar perkongsian daripada saya)
Rakan-rakan Kembara Angkasa
(tetap hadir membantu walaupun selepas waktu bekerja)
Individu-individu yang terlibat menjayakan program ini



Penulis tak dapat nak gambarkan dengan perasaan untuk menceritakan sambutan yang sangat HEBAT daripada warga SKST (tersenarai di atas) sepanjang berlangsungnya Program Sehari Bersama Kembara Angkasa sempena Minggu Sains 2014, pada 15 Jamadil Akhir 1435 (15 April 2014, Selasa) yang lalu. Saya telah diberikan peluang untuk mengendalikan sepenuhnya program tersebut yang bermula kira-kira jam 12.00 tengah hari sehinggan jam 11.00 malam.

Walaupun hadir seorang diri pada awalnya (kerana team KKA datang selepas jam 6.00 petang), saya sentiasa dibantu oleh Cikgu Sulaiman dan guru-guru yang lain sehingga program selesai. Buat adik-adik yang berkesempatan menjayakan program ini, tahniah saya ucapkan dan ilmu yang diperolehi dapat dikongsikan dengan sesiapa sahaja. Program yang berlangsung ini meliputi beberapa aktiviti yang menarik di antaranya: 

  1. Pameran falak
  2. Jualan cenderahati falak
  3. Sijil tarikh lahir hijri (PALING LARIS!!!)
  4. Tayangan video falak
  5. Cerapan matahari
  6. Bicara Falak (Ceramah: "Akulah Angkasawan")
  7. Cerapan langit malam (bulan penuh) - bermula jam 10.30 malam selepas cuaca baik, hanya beberapa orang guru sahaja yang berkesempatan.
Semoga sesuatu yang bermanfaat dapat dikongsikan bersama dengan kalian. Inshaa Allah, jika ada masa & kesempatan kita akan berjumpa lagi. Mohon maaf atas segala kelemahan & kekurangan sepanjang mengendalikan program. Saya dan Kembara Angkasa akan mencari ruang dan peluang untuk bekerjasama dengan pihak SKST pada masa akan datang.

Buat guru-guru sekolah lain yang turut membaca coretan ini, saya bersedia untuk ke sekolah anda, jika anda merancang untuk melakukan apa yang telah dibuktikan oleh Sekolah Kebangsaan Seri Tasek dan Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan (tahun lepas).


Klik gambar untuk seterusnya

1 comment:

  1. Maaf kalau ada pihak yang tidak dinyatakan di atas....apapun terima kasih atas kerjasama semua

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...