PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Thursday 23 February 2012

Istiqbal Marikh 3/4 Mac 2012

Catatan ini adalah tulisan Bro Shahrin daripada Portal Falak Online. So, daripada apa yang dikongsikan beliau, saya kongsikan pula dengan kawan-kawan semua. Nak baca kat sini pun boleh, nak baca yang beliau tulis pun boleh, sama je. Saya cuma sampaikan sahaja kepada mereka yang berminat. Apa-apapun terima kasih Bro Shahrin kalau izinkan untuk saya 'share' artikel ini.




Pada jam 4 pagi 4 Mac 2012 nanti, planet Marikh akan berada tepat di kedudukan istiqbalnya.
Istiqbal bermaksud, Matahari, Bumi dan Marikh berada pada satu garisan yang sama. Ia berlaku apabila pergerakan Bumi di dalam orbitnya, telah membawa Bumi melintasi Marikh.
Rajah di bawah menunjukkan kedudukan 3 objek tersebut ketika istiqbal Marikh.
Analoginya ialah seperti kita memandu di lebuhraya. Apabila kenderaan kita memotong sebuah kenderaan lain yang berada di laluan sebelah kiri, ia seumpama Bumi (kenderaan kita) sedang bergerak laju memintas planet Marikh, yang pada ketika itu sedang bergerak lebih perlahan (diwakili oleh kenderaan yang perlahan).
Fenomena ini berulang setiap 2 tahun 2 bulan, atau 26 bulan.
Kenapa fenomena ini menarik perhatian ahli astronomi semua?
Ini adalah tidak lain, jika dilihat dari sudut sains, kerana planet Marikh ini kecil daripada Bumi. Saiznya lebih kurang separuh sahaja daripada saiz planet kita.
Oleh itu, apabila ia berada jauh dari Bumi, ia amat kecil dan sudah untuk melihat permukaannya, menerusi teleskop-teleskop yang ada. Namun, apabila ia hampir dengan Bumi (di dalam kes ini, ketika istiqbal), ia menjadi lebih besar dan memudahkan pencerap dan peminat astronomi melihat rupa bentuk permukaannya.
Menerusi teleskop yang menggunakan kuasa pembesaran yang tinggi, kita akan dapat melihat beberapa tompokan hitam. Tompokan ini ialah kawasan permukaannya yang terdiri dari bahan-bahan yang berlainan jenis/warna, akibat dari hentaman meteor, asteroid atau gunung berapi, jutaan tahun dahulu. 
Foto di bawah menunjukkan di antara ciri-ciri permukaan serta namanya, yang boleh dilihat menerusi teleskop.

Kita juga boleh dapat melihat kawasan kutubnya. Menerusi teleskop ia akan kelihatan seperti satu tompok putih di salah satu hujung paksinya.
Foto di bawah diambil oleh salah seorang penggiat astronomi di Kota Bharu, iaitu Dr. Rowi. Nampak jelas tompokan-tompokan hitam dan juga ais di kutubnya (dibahagian bawah). Saya boleh katakan, foto ini adalah paling realistik dan paling hampir dengan apa yang kita boleh lihat menerusi teleskop.
(Photo credit: Dr. Mahamarowi)
Jika kita bernasib baik (atau tidak bernasib baik), planet Marikh akan mengalami ribut debu yang amat besar dan boleh menyelubungi keseluruhan planet ini! Jika kena pada waktunya, kita tidak akan dapat lihat permukaannya, malah Marikh akan kelihatan seperti sebuah bebola merah sahaja, tanpa ada ciri-ciri tompokan tadi!



Foto di bawah menunjukkan kesan ribut debu/pasir yang berlaku pada tahun 2001!
(Photo credit :NASA)
Bercakap berkenaan warnanya, planet ini kelihatan kemerahan atau jingga kerana di diselaputi oleh debu-debu iron dioxide, atau dalam erti kata lain, debu yang berkarat!
Marikh juga berputar di atas paksinya, dan waktu putarannya hampir sama dengan Bumi, iaitu 24 jam 39 minit. Ia sebenarnya berputar 40 minit lebih perlahan dari Bumi.
Oleh itu, jika kita perhatikannya (menerusi teleskop) sepanjang malam, kita boleh lihat ia berputar perlahan-lahan, berlandaskan tandaan-tandaan di permukaannya!
Jika dilihat dengan mata, Marikh sekarang sudah kelihatan seperti bintang kemerahan yang amat cerah di langit sebelah timur, selepas Maghrib dan Isya. Rujuk-rujuklah artikel Sepintas Lalu Langit Minggu Ini di laman web ini, untuk mendapatkan maklumat terkini kedudukan planet Marikh di langit.
Istiqbal seterusnya ialah pada 8 Apr 2014. 
Jom teropong!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...