Selawat dan salam atas junjungan mulia Rasulullah SAW...
Syukur rasa di hati apabila berpeluang juga untuk melihat kejadian alam ciptaan Ilahi. Terdetik rasa ini apabila berpeluang untuk mengadakan program cerapan 'Istiqbal Marikh' bersama-sama rakan falak Kembara Angkasa, PFSM di UKM pada 3 Mac 2012 (Sabtu) yang lepas. Walaupun masih lagi mentah dalam dunia ini, dengan semangat dan pertolongan rakan-rakan falak yang lain di luar sana, program dapat juga diadakan dan berjalan dengan lancar. Mungkin ada hikmah yg tersembunyi di sebalik hujan yang turun pada awalnya dan akhirnya diizinkan jua oleh-NYA untuk melihat Marikh ciptaan-NYA. Alhamdulillah...
Program bermula kira-kira jam 9.30 malam ini dimulakan dengan perkongsian ilmu berkaitan "Opposition Mars" yang disampaikan oleh En. Radial Anuar daripada ANGKASA UKM. Seterusnya, rakan saya pula berkongsi tentang 'Kejadian Cakerawala: Bukti Keagungan Ilahi" dan saya sendiri berkongsi tentang 'Astronomi dan Islam'. Syukur dipanjatkan kerana kami diberi peluang untuk melihat kelibat Marikh kira-kira jam 11.30 malam, itupun selepas hujan dan berhenti. Pada mulanya dah nak balik dah, sebab ingat tak sempat.Tapi, sempat juga melihat wajah bulan separa dan Marikh yang sangat kecil nun jauh di langit Ilahi..
Terima kasih kepada pengunjung yang hadir dan teman-teman KKA yang kuat memberikan sokongan sehingga program selesai. InsyaAllah, kita akan terus adakan program sedemikian ini di masa yang akan datang. Kepada KKA USIM, UKM dan UniKL MIAT, terima kasih sekali lagi dan selamat menabur bakti.
Krew Kembara Angkasa yang hadir - sebelum program bermula |
Mencari identiti Marikh yang sebenar - Di manakah kamu? |
Mengintai Marikh daripada kata hati - Nampak ke tak nampak ni? |
No comments:
Post a Comment