Agak terkejut sebenarnya 'kami' setelah menyemak e-mel YAHOO pada 27 April jam 3.00 petang selepas pulang dari makan tengah selepas solat Jumaat yang lalu (ni pun nak cerita jugak). Bukan apa, hati yang memaksa diri untuk menyemaknya. Lagipun sejak balik dari Kursus Falak di ILDAS hari Rabu tu, tak buka lagi e-mel. Nak 'rest' dari dunia internet la sekejap (satu hari je pun). Ada satu e-mel yang bertajuk Keputusan Pertandingan Menulis Sajak Falak/Astronomi Sempena Sambutan Hari Astronomi Pulau Pinang 2012. Bila buka sahaja e-mel , tengok-tengok nama 'kami' tersenarai sebagai pemenang tempat ke-3. Ya Allah, syukurnya dan sangat terkejut. Rupa-rupanya ada bakat juga 'kami' dalam menulis sajak ni. Ingatkan tak de 'skill' langsung. Mana tidaknya, hantar penyertaan pun 'last minute' selepas 2 hari fikirkan idea untuk menulis sajak ni (bukan senang oooo...).
PERKHIDMATAN AS-SYI'RA
Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.
Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com
Sunday, 29 April 2012
Saturday, 28 April 2012
Timba ILMU di KURSUS FALAK ILDAS
KURSUS FALAK (TAQWIM DAN CERAPAN)
23-25 April 2012 (ISNIN-RABU)
3 hari 2 malam saya telah berkampung di ILDAS
(Institut Latihan Dakwah Selangor) untuk menghadiri Kursus Falak (Taqwim dan
Cerapan) anjuran ILDAS dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor. Semuanya
berjalan baik di sini walaupun agak kelewatan tiba di ILDAS ni kerana bertolak
lewat dari bumi Nilai disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.
Namun, hari pertama dilalui dengan amat seronok sekali setelah berakhirnya
aktiviti cerapan hilal hari kedua Jamadil Akhir di Balai Cerap Selangor jam 9
malam.
Subscribe to:
Posts (Atom)