KURSUS FALAK (TAQWIM DAN CERAPAN)
23-25 April 2012 (ISNIN-RABU)
3 hari 2 malam saya telah berkampung di ILDAS
(Institut Latihan Dakwah Selangor) untuk menghadiri Kursus Falak (Taqwim dan
Cerapan) anjuran ILDAS dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor. Semuanya
berjalan baik di sini walaupun agak kelewatan tiba di ILDAS ni kerana bertolak
lewat dari bumi Nilai disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.
Namun, hari pertama dilalui dengan amat seronok sekali setelah berakhirnya
aktiviti cerapan hilal hari kedua Jamadil Akhir di Balai Cerap Selangor jam 9
malam.
Sepanjang berkursus di ILDAS ini, pelbagai perkongsian
ilmu telah diperolehi bersama-sama penceramah kursus iaitu Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr.
Mohd Zamri Zainuddin. Kursus ini turut disertai oleh rakan-rakan Kembara
Angkasa dari USIM dan UKM selain peserta-peserta luar. Berikut adalah ringkasan
perjalanan diriku semasa Kursus Falak (Takwim dan Cerapan) ini;
ISNIN (23 APRIL 2012)
11.00 - 01.00 ptg - CERAMAH 1: ASAS SAINS TAQWIM DAN CERAPAN
01.00 - 02.30 ptg - Makan Tengahari/Solat Zuhur
02.30 - 04.30 ptg - CERAMAH 2: PERSPEKTIF RUKYAH DAN
HISAB
04.30 - 06.30 ptg - Minum Petang/Solat Asar
06.30 – 07.00 ptg - Makan Malam
07.00 - 09.00 mlm - Solat Maghrib/ CERAMAH 3: PRAKTIKAL CERAPAN (1) di BALAI CERAP SELANGOR
09.00 malam - Minum Malam/Rehat/Tidur
SELASA (24 APRIL 2012)
04.30 - 05.30 pagi - Qiamullail
06.00 - 06.45 pagi - Solat Subuh/Kuliah Subuh
07.00 - 07.45 pagi - Senaman Kecergasan
07.45 - 08.30 pagi - Sarapan Pagi
08.30 - 10.30 pagi - CERAMAH 4: KAEDAH PENGIRAAN DAN PENYEDIAAN TAQWIM (1)
10.30 - 11.00 pagi - Minum Pagi
11.00 - 01.00 ptg - CERAMAH 5: KAEDAH PENGIRAAN DAN PENYEDIAAN TAQWIM (2)
01.00 - 02.30 ptg - Makan Tengahari/Solat Zuhur
02.30 - 04.30 ptg - CERAMAH 6: TRANSFORMASI TARIKH
04.30 – 05.30 ptg - Minum Petang/Solat Asar
05.30 - 06.30 ptg - Riadah
06.30 – 09.00 mlm - Makan Malam/Solat Maghrib/Bacaan
Yasin/Solat Isyak
09.00 – 11.00 mlm - CERAMAH 7: PRAKTIKAL CERAPAN (2) di BALAI CERAP SELANGOR
11.00 malam - Minum Malam/Tidur
RABU (25 APRIL 2012)
06.00 - 06.45 pagi - Solat Subuh/Kuliah Subuh
07.00 - 07.45 pagi - Senaman Kecergasan
07.45 - 08.30 pagi - Sarapan Pagi
08.30 - 10.30 pagi - PERBINCANGAN
ISU-ISU SEMASA MENGENAI Taqwim Hijri, Kaedah Cerapan Antarabangsa, Isu-isu
Terkini Astronomi Antarabangsa dan Angkasa Lepas.
10.30 - 11.00 pagi - Minum Pagi
11.00 - 01.00 ptg - MAJLIS PERASMIAN PENUTUP & PENYAMPAIAN SIJIL.
OLEH : S.S. DATO’ TIMB. MUFTI SELANGOR
1.00-2.30 ptg - Makan Tengahari/Solat Zuhur/Pulang
Jauh dilubuk hati rasa
bersyukur kerana terpilih untuk menyertai kursus ini. Semoga ilmu yang
diperolehi dapat dimanfaat sebaik yang mungkin bersama masyarakat agar kelangsungan dan ketinggian ilmu
ini terpelihara. Semoga diri ini dapat bertemu dan hadirkan diri ke kursus yang
seumpama ini lagi.
Kelas Falak bersama Y. Bhg. Prof. Dato' Mohd Zamri Zainudin |
Gambar kenangan peserta kursus Muslimin bersama urusetia dan penceramah. |
Peserta kursus Muslimat juga tidak ketinggalan. |
Merenung, melihat, memerhati, dan mengenalpasti kedudukan hilal yang pemalu. |
Panorama yang indah di ufuk ciptaan-NYA. |
"Jazakallahu khaira kathira" |
Team UKM!!! |
Team USIM!! |
No comments:
Post a Comment