PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Sunday 29 April 2012

Kejutan Dalam April - Ku bersyukur pada-NYA.

Salam mesra buat rakan-rakan semua..

Agak terkejut sebenarnya 'kami' setelah menyemak e-mel YAHOO pada 27 April jam 3.00 petang selepas pulang dari makan tengah selepas solat Jumaat yang lalu (ni pun nak cerita jugak). Bukan apa, hati yang memaksa diri untuk menyemaknya. Lagipun sejak balik dari Kursus Falak di ILDAS hari Rabu tu, tak buka lagi e-mel. Nak 'rest' dari dunia internet la sekejap (satu hari je pun). Ada satu e-mel yang bertajuk Keputusan Pertandingan Menulis Sajak Falak/Astronomi Sempena Sambutan Hari Astronomi Pulau Pinang 2012. Bila buka sahaja e-mel , tengok-tengok nama 'kami' tersenarai sebagai pemenang tempat ke-3. Ya Allah, syukurnya dan sangat terkejut. Rupa-rupanya ada bakat juga 'kami' dalam menulis sajak ni. Ingatkan tak de 'skill' langsung. Mana tidaknya, hantar penyertaan pun 'last minute' selepas 2 hari fikirkan idea untuk menulis sajak ni (bukan senang oooo...).

Yang lebih memeranjatkan lagi, tarikh majlis penyampaian hadiah tu, 28 April 2012 (maknanya esok je la, hari Sabtu). Hari ni Jumaat. Sekarang masih kt Nilai. Tempatnya kt AEON Seberang Perai City Shopping Centre, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Maka, fikir punya fikir. Terpaksa balik juga. Bukan sebab nak ambil hadiah tu, tapi dah plan lama nak balik Penang, cuma tunggu masa saja, sebabnya ada urusan yang lebih penting dengan sahabat-sahabat Falak di Penang. Tunggu apalagi, terus bersiap-siap (bungkuih barang) untuk balik Penang la...

Syukurlah, dalam dok 'kalut-kalut' tu, ada jugak tiket bas nak balik Penang, sebab tiket keretapi dah habis. Sedih lah juga, sebab sebelum ni dok setia ngan keretapi je. Nasib tak menyebelahi 'kami'. Maka sampai sahaja kat rumah, Mak terkejut la yang 'kami' balik. Abah lagi la terkejut, tu pun lepas tengah hari baru perasan 'kami' ada kat rumah. Hahahaha...

Cerita tu dah lepas. Apa-apapun TERIMA KASIH dan TAHNIAH kepada penganjur Sambutan Hari Astronomi Pulau Pinang 2012 iaitu Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang dan Petrosains atas kejayaan menganjurkan program ilmu lagi bermanfaat yang sedemikian rupa. Tahniah juga kepada pemenang tempat pertama dan kedua (pencabar la ni..hehehe) kerana sajak 'hangpa' memang best dari sajak 'kami'. Insya Allah nanti 'kami' masukkan sajak 'hangpa' ni jika diizinkan penganjur. Ini keputusannya:


Pertama : "Bayang, Cinta Dan Bahagia" - Muhammad Muhaimin B. Mohd Subki
Kedua    : " Perindu Cakerwala" - Noraziah Binti Md Desa
Ketiga    : " Bicara As-Syi'ra" - Mohd Razlan Bin Ahmad


Selain itu, antara pengisian pada majlis tersebut adalah seperti berikut:

28 April 2012 - AEON Seberang Perai City Shopping Centre.

10.00 pagi   - Pameran Falak & Cerapan Matahari
10.30 pagi   - Bicara Falak
                        Tajuk 1: Masjid & Surau - Hukum dan Isu yang berkaitan.
                        Tajuk 2: Penentuan dan Penetapan Arah Kiblat.
2.30 petang - Talk Show Astronomy
                        Oleh: Kapten Mohammed Faiz Kamaludin (Calon Angkasawan Negara)
4.30 petang - Pertunjukan Soap Bubble.
4.45 petang - Pertandingan Deklamasi Sajak Falak/Astronomi.
8.00 malam - Majlis Perasmian Penutup,
9.30 malam - Cerapan Bintang/Planet

*p/s: Kepada peminat falak yang sudi untuk berkongsi sajak bersama saya, amatlah dialu-alukan.

Untuk gambar pula, nanti saya masukkan dari semasa ke semasa. Yang ada pun ini sahaja (guna handphone sahaja). Tak berapa cantik...
Talk Show Astronomy: Kapten Mohammed Faiz Kamaludin (Calon Angkasawan Negara)
Kan tak berapa 'clear' tu..tunggu yang clear la nanti..

Galeri Pameran



Bergambar kenangan




Ucapan aluan Y. Bhg. S. S. Dato' Seri Haji Hassan bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri P. Pinang 

Terima kasih kepada yang sentiasa memberi sokongan.
Gambar: Ustaz Abdul Jalil Yahya, JMNPP

Inilah rezeki yang diberikan oleh Allah SWT kepada 'kami'










No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...