Pada hari ini telah 21 Mei 2012 bersamaan 29 Jamadil Akhir 1433H telah berlaku satu fenomena alam ciptaan Allah SWT sebagai peringatan kepada kita dan juga bukti akan kekuasaanNYA kepada hamba-hambaNYA. Fenomena tersebut ialah GERHANA MATAHARI SEPARA (Partial Solar Eclipse).
Artikel daripada FALAK Online: Gerhana Matahari Separa ini dikhabarkan telah berlaku ketika matahari sedang terbit. Ini bermakna gerhana ini hanya dapat dilihat dari Sabah, Sarawak, Brunei dan sebahagian Indonesia. Ianya TIDAK KELIHATAN dari Semenanjung Malaysia. Itupun kita tidak dapat melihat keseluruhan fasa gerhana separa ini.
Namun, bagi penduduk di negara China, Taiwan, Jepun dan juga Amerika Syarikat, mereka akan menyaksikan Gerhana Matahari Cincin!
Secara ringkasnya, jika anda berada di bandar-bandar di bawah, Gerhana Matahari Separa sedang berlaku KETIKA Matahari terbit di Timur. Namun, waktu tamatnya berbeza-beza sedikit berdasarkan lokasinya. Jadual dibawah merujuk kepada waktu TAMAT Gerhana selepas terbitnya matahari.
Kuching. Gerhana TAMAT lebih kurang 16 minit SELEPAS terbit matahari.
Bintulu: Gerhana TAMAT lebih kurang 30 minit SELEPAS terbit matahari
Miri: Gerhana TAMAT lebih kurang 37 minit SELEPAS terbit matahari
Kota Kinabalu : Gerhana TAMAT lebih kurang 50 minit SELEPAS terbit matahari
Sandakan: Gerhana TAMAT lebih kurang 1 jam SELEPAS terbit matahari
Waktu tamat di atas adalah 'lebih kurang' sahaja, dan mungkin ada ralat 1-2 minit. Namun, berdasarkan pengalaman saya, ia mencukupi bagi kebanyakan orang untuk menjadikan sebagai panduan asas ketika melakukan cerapan.
Sumber kiraan yang saya buat adalah menerusi laman web berikut:
Kiraan Waktu Gerhana:
Kita sering diingatkan JANGAN SEKALI-KALI pandang ke arah MATAHARI TANPA PENAPIS YANG SESUAI. Cahaya matahari berbahaya dan boleh membutakan mata kita! AWAS!
Terima kasih kepada sumber: http://www.falakonline.net/portalfalak/gerhana-matahari-separa-21-mei-2012
Sepertimana firman Allah SWT dalam surah
Aali-Imran, ayat 190;
Maksud: “Sesungguhnya, pada
kejadian langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda
(kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang
berakal.
Sebagai umat Islam, kita sangat
digalakkan untuk menunaikan amalan sunat apabila berlaku fenomena gerhana ini,
sepertimana yang telah diamalkan oleh baginda Rasulullah SAW iaitu solat sunat
gerhana, khutbah gerhana, mandi sunat gerhana.
Fenomena gerhana ini bukanlah
berlaku kerana kemurkaan Allah SWT, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran dan
kekuasaan Allah SWT. Ia juga berupaya menjadi peringatan tentang azab dan
nikmat yang dijanjikan Allah SWT kepada hambanya kerana fenomena gerhana ini
sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena
baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini
dijadikan dan juga pada zaman Rasulullah SAW.
Sepertimana telah diriwayatkan
oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim daripada Sayyidatina Aisyah r.a. bahawa
Nabi SAW bersabda:
Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda
kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana
kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah
kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah.”
Terima kasih kepada sumber: FENOMENA GERHANA: HIKMAH, PANDUAN
DAN AMALAN-AMALAN SUNAT. Susunan: Mohd Razlan Ahmad. Diterbitkan oleh: Jabatan Mufti Negeri
Sembilan.
No comments:
Post a Comment