PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Thursday 17 May 2012

TOKOH FALAK: AL-KINDI (800-873M).


Beliau ialah Abu Yousouf Yaqub Ibnu Ishaq al-Kindi dan lebih dikenali dengan nama al-Kindi. Dilahirkan di Kufa, Iraq sekitar tahun 800 Masihi.

Sumbangan al-Kindi:

Beliau telah berjasa mengembangkan ilmu falak pada zaman Khalifah al Ma’mun, al-Mu’tasim dan al-Mutawakkil, Bani Abbasiyah di Baghdad. Beliau pernah bertugas bersama-sama Al-Khawarizmi dan pernah menjadi guru peribadi anak Khalifah al-Mu’tasim. Al-Kindi juga disenaraikan salah seorang ahli falak yang amat berjasa dalam dunia astronomi. Diantara hasil kerja beliau ialah kajian tentang optik, gelombang, monograf pasang surut,peralatan astronomi, ruang dan waktu dan kaedah penghitungan untuk bulatan. Al-Kindi juga adalah seorang ahli matematik yang agung. Beliau telah mengulas dan menerangkan tentang manuskrip pernomboran India, kesepaduan angka, garis dan pendaraban nombor, quantiti bandingan, kira-kira perkadaran dan masa, kaedah-kaedah pengangkaan dan pembatalan dalam satu ungkapan persamaan dan teori keselarian.

Karya-karya al-Kindi:

Al-Kindi telah menulis 16 buah buku berkenaan falak, fizik 12 buah, arithmatik 11 buah dan geometri 32 buah. Diantara tajuk buku-buku beliau ialah Tanjim Ikhtiya-rat al-Ayyam, Ilahyat-e-Aristu, al-Mosiqa, Mad-o-Jazr dan Aduiyah Murakkaba.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...