PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Tuesday, 15 May 2012

Kaedah Penentuan Arah Kiblat di Malaysia



PENGERTIAN ARAH KIBLAT
1. Arah kiblat arah yang dihadapkan oleh semua umat Islam iaitu Ka’abah ketika mengerjakan ibadah solat dan perkara-perkara yang disunatkan menghadap kearahnya.
2. Ahli falak pula menakrifkan arah kiblat adalah arah ke Ka’abah yang terdekat di atas glob bumi.
3. Mengadap kiblat = menghalakan pandangan dan tubuh badan ke ‘ain Ka’abah atau ke arah Ka’abah.
4. Para fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa mengadap kiblat adalah syarat sah solat (solat itu terbatal jika tidak mengadap kiblat).

DALIL-DALIL: AL-QURAN


Maksudnya: 
“Kerapkali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka kami benarkan  engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke Masjidil Haram (tempat letaknya Ka’abah) dan di mana sahaja kamu berada, hadapkanlah mukamu ke arahnya”.
(Al-Baqarah:144)

Maksudnya:
“… Dan dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. (Al- Baqarah:149)

DALIL-DALIL: HADIS
Diriwayatkan daripada Al-Barra’ bin ‘Azib r.a, dia berkata: “Rasulullah SAW bersolat menghadap ke Baitul Maqdis selama 16 atau 17 bulan, sedangkan baginda SAW amat suka bersembahyang menghadap ke arah Ka’abah. Allah SWT menurunkan ayat Al-Quran: “Sesungguhnya Kami sering melihat mukamu (wahai Muhammad) mengadah ke langit”. Maka baginda SAW pun menghadap ke Ka’abah. Orang-orang jahil iaitu orang-orang yahudi berkata: “Apakah yang menyebabkan mereka berpaling dari arah kiblat yang ada pada mereka?”. Allah SWT menerangkan: “Katakan wahai Muhammad, Allah itu memiliki Timur dan Barat, Dia yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki kepada jalan yang lurus”. (Al-Baqarah:142). Seseorang lelaki bersembahyang bersama dengan Nabi SAW kemudian lelaki itu keluar setelah selesai solat dan lalu di hadapan sekumpulan orang-orang Ansar yang sedang bersembahyang Asar menghadap ke Baitul Maqdis. Lelaki itu berkata: “Dia mengaku bersolat bersama-sama Rasulullah SAW menghadap ke arah Ka’abah”, maka orang-orang Ansar itu pun berpaling menghadap ke arah Ka’abah.


Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a Katanya:sabda Rasulullah SAW: “Di antara timur dan barat terletaknya kiblat…”.
(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)


HUKUM KIBLAT

BIL
HUKUM
IBADAH
1
WAJIB
Menunaikan solat fardhu, sunat, meletakkan kedudukan jenazah, sujud syukur dan lain-lain.
2
SUNAT
Membaca Al-Quran, berdoa, berzikir, tidur mengiring dan lain-lain.
3
HARAM
Membuang air besar atau kecil di tanah lapang tanpa ada dinding penghalang.
4
MAKHRUH
Membelakangkan qiblat dalam sebarang perbuatan seperti membuang air besar atau kecil dalam tandas berdinding, tidur menelentang dan kaki selunjur ke arah kiblat dan seumpamanya.



IJTIHAD KIBLAT
  
BIL
KAEDAH
KEADAAN
1
KIBLAT YAKIN
Apabila berada di dalam Masjidil Haram, wajib mengadapnya dengan yakin (melihat) atau menyentuhnya (orang buta) atau dengan cara lain yang boleh dipastikan asalkan ada keyakinan.
2
KIBLAT ZONNI
Bagi yang berada jauh dari Masjidil Haram hendaklah mengadap ke arah masjid secara zonni melalui pertanyaan kepada penduduk Mekah yang berpengetahuan.
3
IJTIHAD
Berada di luar tanah suci Mekah hendaklah mengadap ke arah tanah suci Mekah dengan tujuan mengadap Masjidil Haram atau Ka’abah. Ini bergantung kepada ijtihadnya untuk melaksanakan tuntutan syarak.



TABURAN ARAH KIBLAT SELURUH DUNIA

ARAH KIBLAT MALAYSIA DARI KUALA LUMPUR

KAEDAH-KAEDAH PENENTUAN ARAH KIBLAT
1.      Buruj Orion.
2.      Bintang al-Qutbi/Kutub (Polaris).
3.      Matahari terbenam.
4.      Matahari Istiwa di atas Ka’abah (Istiwa A’zam).
5.      Penggunaan Rubu’ Mujayyab.
6.      Penggunan Kompas.
7.      Penggunan Tongkat Istiwa.
8.      Lintasan matahari harian.
9.      Hitungan azimuth kiblat.
10.  Penggunaan pelan tapak (premis dll).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...