PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Wednesday 16 May 2012

Himpunan Al-Falakiyyun di MUNAQASHAH FIQH FALAK 2012


Sahabat-sahabat saya yang dikasihi...

Saya berasa amat bersyukur kerana telah diberi peluang oleh Allah swt untuk menghadiri satu majlis ilmu iaitu 'MUNAQASHAH FIQH FALAK 2012'. Program ini merupakan anjuran Unit Falak, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan yang bertempat di Kompleks Baitul Hilal, Port Dickson bermula 23-25 Jumada Al-Akhirah 1433H (15-17 Mei 2012).

Munaqashah ini terdiri daripada pegawai-pegawai falak Jabatan Mufti Negeri-negeri dan pembentang-pembentangnya pula terdiri daripada mereka yang amat arif dalam permasalahan Fiqhul Falak. Program ini penuh dengan pelbagai topik perbincangan daripada siang sehingga ke malam. Semoga apa yang saya perolehi di sini, akan dapat saya manfaatkan bersama. Sekalung penghargaan buat pihak Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan kerana telah memberi ruang kepada saya untuk turut serta.


Perjalanan munaqashah ini adalah seperti berikut:
15 Mei 2012 (Selasa)

Pembentangan 1:
  1. Dr. Ibnor Azli b. Ibrahim (UKM): Astrofiqh & Cosmofiqh: Satu Korpus Ilmu di Malaysia.
  2. Dr. Radzuan b. Nordin (UTeM): Taqwim Hijri & Kepentingannya terhadap Permasalahan Fiqh Semasa.
16 Mei 2012 (Rabu)

Pembentangan 2: Tn. Haji Zamri Hashim (Timb. Mufti Perak): Adab Tafsir Ayat Kauniyyah.
Pembentangan 3: Ustaz Faizal b. Jani (Peg. Falak Jab. Mufti Perak): Murunah Fiqhiyah Dalam Aplikasi Falak.
Pembentangan 4: Ustaz Mohammad Zakuwa Rodzali (KPP) Seksyen Falak (JAKIM):Isu-isu Kontemporari Fiqh Falak.
Taklimat Khas Baitul Hilal Negeri Sembilan: Pn. Nazatulshima bt Ahmad (UM).

17 Mei 2012 (Khamis)
Pembentangan 5: Tn. Haji Hanafiah b. Abd Razak (Jab. Mufti Johor).
Majlis Perasmian Penutup: Y. Bhg. S.S Dato' Hj. Mohd Yusof b. Hj Ahmad (Mufti Kerajaan Negeri 9).







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...