PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Wednesday 9 May 2012

Kelas Tafaqquh fil ILMI FALAK Negeri Pulau Pinang 2012

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Harapan saya kali ini semoga sahabat-sahabat saya sentiasa sihat sejahtera terpelihara oleh-NYA. 

MPC, Kepala Batas, Pulau Pinang
Kali ini saya rasa amat bersyukur kerana telah diberikan peluang oleh-NYA untuk mengikuti "Kelas Tafaqquh fil ILMI FALAK" yang telah dianjurkan oleh pihak Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Ini pun rentetan daripada pertemuan dengan sahabat-sahabat lama di JMNPP semasa Program Sambutan Hari Astronomi Pulau Pinang 2012 di AEON Bandar Perda pada 28 April 2012 tempoh hari apabila Ustaz Anuar dan Ustaz Jais 'offer' untuk mengikuti kelas ni. Tak banyak tanya lagi, saya pun setuju la...

Maka, pada hari ini bermulalah al-kisah kelasnya yang diadakan di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Kepala Batas. Kelas ini bermula 08 - 10 Mei 2012 yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Haji Hanafiah Abd Razak dari Jabatan Mufti Negeri Johor. Kelas ini juga turut dihadiri oleh rakan-rakan falak dari Jabatan Mufti Negeri, guru-guru sekolah dan jemputan yang lain. Kelas pada kali ini telah mengupas dan membincangkan berkaitan "Muqaddimah dan Kaedah Memahami Buruj" berdasarkan perbahasan kitab-kitab falak.

Al-Fadhil Ustaz Hanafiah Abd Razak
Rasa syukur yang tak terhingga ini diharapkan dapat dimanfaatkan bersama-sama semua orang apabila diri ini dapat berkongsi dengan sahabat yang lain. Secara rangkumannya, kelas ini akan berakhir pada hari Khamis, 10 Mei 2012, jam 12.30 tengah hari.

Antara kupasan yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz adalah cara-cara mengenali, panduan dan kelebihan zodiak (12 buruj) yang telah diajar oleh ilmuan Islam suatu tika dahulu.


Di sini saya kongsikan beberapa gambar kenangan kelas ini untuk dikongsi bersama-sama. Gambar ini telah diambil oleh Ustaz Abd Jalil (JMNPP). Terima kasih untuk beliau.









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...