PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Monday 7 May 2012

Jom SERBU Melaka sempena SAMBUTAN HARI FALAK (ASTRONOMY DAY) 2012



Pendahuluan
Hari Astronomi merupakan satu hari yang disambut oleh ahli-ahli astronomi sedunia untuk menggalakkan dan menarik minat orang ramai meminati sains dan mengenali ilmu astronomi / falak. Sambutan Hari Falak / astronomi diadakan pada bulan Mei.

Objektif
Sambutan Hari Falak / Astronomi disambut peringkat Negeri Melaka untuk mencapai objektif berikut :

1. Menanam minat orang ramai terhadap ilmu sains umumnya dan falak / astronomi khasnya.

2. Menggalakkan orang ramai untuk menyertai aktiviti Kompleks Falak Al-Khawarizmi.

3. Membentuk kerjasama diantara Kompleks Falak Al-Khawarizmidengan agensi yang terlibat secara langsung dengan aspek falak / astronomi.

Tarikh  : 12 Mei 2012M / 20 / 21 Jamadil Akhir 1433H
Hari      : Sabtu
Masa    : 9.00 pagi – 10.00 malam
Tempat: Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kg. Balik Batu, Tg. Bidara.

PERASMI & JEMPUTAN
Perasmi : YAB Datuk Seri Utama Hj. Mohd Ali Bin Mohd. Rustam,
Ketua Menteri Melaka


Jemputan : 
YB Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (Exco)
YB Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Ketua-Ketua Jabatan
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Ahli Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK)
Pengetua Sekolah
Pegawai Syarak
Pemenang-pemenang pertandingan

Aktiviti-aktiviti

Pameran
Pameran oleh Agensi / Badan Bukan Kerajaan, NGO, beberapa agensi kerajaan dan swasta, serta Universiti yang mempunyai kaitan dengan bidang falak / astronomi dijemput mengadakan pameran. Diantaranya :-

a) Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM)
b) Akademi Laut Malaysia (ALAM)  
c) Syarikat Infinity Infocus  
d) Jabatan Mufti Negeri-Negeri 
e) Syarikat Preseid Pulau Pinang  
f) Pusat Zakat Melaka  
g) Pusat Sains Melaka   
h) Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
i)  INSTUN
j)  PSN
k) Prostar Kuala Lumpur
l)  USM
m) Badan Sukarelawan MAIM
n)  PFSM
o)  ATSB
p) Radio Amatur

Cerapan Matahari
Mencerap permukaan matahari dengan teleskop di perkarangan Balai Cerap Al-Khawarizmi. Beberapa agensi dijemput untuk mengadakan cerapan Matahari. Diantara agensi yang dijemput melakukan cerapan Matahari:

1. Jabatan Mufti Selangor
2. USM
3. INSTUN
Lokasi cerapan di tempat letak kereta. Sijil penyertaan akan diberi kepada peserta yang mengambil bahagian.

Cerapan Langit Malam
Mencerap planet-planet dan objek samawi dengan menggunakan teleskop di perkarangan Balai Cerap Al-Khawarizmi. Cerapan langit malam akan dikendalikan oleh fasilitator luar. Dicadangkan dikendalikan oleh En. Shahrin Ahmad dan Dr. Mahamarowi Omar.

Ceramah Falak / Astronomi Dan Motivasi
Penceramah :   Dr Faiz
Tajuk  :   Pengalaman menjadi Angkasawan
Tarikh  :  12 Mei 2012
Masa  : 10.30 pagi
Tempat :  Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket
Pertandingan teknologi melancarkan roket botol minuman dengan menggunakan kuasa air dan tekanan udara. Pertandingan diadakan untuk Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Melaka. 

Pertandingan berdasarkan beberapa lama tempoh payung terjun yang dilancarkan berada di udara sebelum mencecah Bumi. 5 hadiah disediakan untuk pemenang.
Kategori :-  Johan - Tempat Kelima

Pertandingan Mewarna
Pertandingan mewarna diadakan bagi pelajar-pelajar Sekolah Tadika Jabatan Agama Islam Melaka dan KEMAS Negeri Melaka. 5 hadiah disediakan untuk pemenang.

Kategori :-  Johan - Tempat Kelima

Tayangan (KFAK)
i) Planetarium - Filem astronomi bertajuk Astronout

ii) 3D  - Filem berkaitan isu-isu alam sekitar bertajuk SOS Planet


Sasaran Peserta / Jemputan

1) Pelajar-pelajar Sekolah Rendah & Menengah terpilih

2) Agensi/Jabatan Kerajaan & Swasta

3) Institut Pengajian Tinggi

4) Orang Awam

5) Ahli Persatuan Falak/NGO

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...