Salam mesra buat sahabat yang dirahmati..
Umum yang mengetahui bahawa semalam adalah fenomena alam Gerhana Bulan Separa. Fenomena ini telah membuktikan akan kekuasaan Allah swt sebagai Pencipta & pengatur perjalanan alam ini. Begitu juga dengan saya. Saya ingin menjadi antara makhluk Allah swt tidak melepaskan peluang untuk menyaksikannya.
Walaupun tidak dapat menyertai beberapa rakan Kembara Gerhana yang pergi ke Sabah, saya rasa amat bersyukur kerana berpeluang menyertai krew cerapan JAKIM dan JUPEM di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) di Putrajaya. Seawal jam 6 petang lagi krew mula membuat persiapan kelengkapan dan juga bahan pameran.
Namun, menjelang waktu Maghrib, telah menunjukkan tanda-tanda bahawa cuaca yang tidak mengizinkan. Permukaan awan yang sangat tebal telah memberi isyarat akan kesukaran untuk melihat gerhana ini. Hanya berbekalkan semangat yang cekal, krew tetap menanti sehingga tamat program cerapan tersebut.
Walaubagaimanapun, dalam kesempatan itu, saya dan beberapa orang krew terus mengambil peluang bersama para jemaah masjid untuk menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan dan mendengar khutbah gerhana yang turut dihadiri Imam Besar Masjid Besi tersebut.
Dalam cuaca yang tidak mengizinkan itu, kami telah dikhabarkan berita gembira dari rakan-rakan yang juga membuat cerapan di beberapa lokasi lain seperti di Sabah, Pulau Pinang, Selangor, Langkawi dan lain-lain. Sebagai perkongsian bersama, saya sertakan beberapa gambar aktiviti cerapan dan gambar gerhana yang telah diambil oleh rakan-rakan falak kita.
Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak JAKIM, JUPEM, Pengurusan Masjid TMZA kerana telah memberi ruang untuk saya menyertai krew cerapan kali ini dan orang ramai yang hadir memeriahkan program. Terima kasih..Terima kasih..Terima kasih
Boleh layari : https://www.facebook.com/mylunareclipse
Lokasi cerapan saya kali ini. |
Krew Cerapan |
Permukaan langit menjelang waktu Maghrib, awan tebal |
Antara jemaah yang hadir menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan. |
Gerhana
Bulan Separa (dalam bayang penumbra) yang sempat LNO rakamkan. Keadaan langit
sangat berawan tebal tidak mengizinkan seperti yang diharapkan. Sumber:https://www.facebook.com/mylunareclipse
|
Imej dari Penang....(anuarfalakpenang & team falakpenang). Sumber:https://www.facebook.com/mylunareclipse
08:02 pm, keadaan berawan yang tipis...
— at Balai Cerap Selangor.Sumber:https://www.facebook.com/mylunareclipse JANGAN LUPA FENOMENA TRANSIT ZUHRAH (VENUS), ESOK! - 6 JUN. |
No comments:
Post a Comment