PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Wednesday, 6 June 2012

Transit Zuhrah (Venus) dari Baitul Hilal Teluk Kemang, 6 Jun 2012

Salam istimewa buat sahabat saya yang dikasihi..

Subhanallah... Alhamdulillah...Allahuakbar
Hari ini, 6 Jun 2012 / 16 Rejab 1433H, kita telah pun mengetahui bahawa akan berlaku satu lagi fenomena alam ciptaan Allah Yang Maha Esa iaitu Transit Planet Zuhrah (Venus). Apa itu transit? Apa itu planet Zuhrah? Boleh dapatkan maklumat daripada mana-mana sumber yang lain juga ataupun saya akan kongsikan dalam post yang lain. 


Syukur saya panjatkan kepada Allah SWT kerana mengizinkan saya untuk menjadi salah seorang di antara ribuan makhluknya yang dapat melihat sendiri fenomena alam ini dengan mata sendiri menerusi bantuan teleskop. Perasaan yang sangat teruja ini, telah membawa saya ke Baitul Hilal Teluk Kemang, Port Dickson setelah dijemput oleh sahabat saya Ustaz Shafie, Pegawai Falak Jab. Mufti Kerajaan Neg. Sembilan untuk turut serta bersama krew falak JMKN9 membuat cerapan.

Syukur Alhamdulillah, kerana segalanya berjalan dengan lancar tambahan pula program cerapan ini turut dihadiri oleh Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuaku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bersama Dato' Seri Utama Haji Mohammad bin Haji Hassan, Menteri Besar N9 serta ahli-ahli exco yang lain. Cerapan ini juga turut dihadiri oleh masyarakat setempat yang berkunjung ke BHTK agar peluang keemasan ini tidak dilepaskan begitu sahaja.

Untuk itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan krew cerapan daripada JMKN9 kerana telah memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada krew cerapan dan mereka yang telah berkongsi ilmu dan pandangan bersama saya sepanjang cerapan berlangsung. Di sini, saya kongsikan beberapa gambar sebagai bingkisan bersama.. 

Terima kasih...
Lokasi cerapan transit Zuhrah saya kali ini 
Saya dan krew cerapan JMKN9 yang terlibat. 
Tuanku Muhriz dan ahli-ahli exco mengambil peluang untuk menyaksikan transit Zuhrah.
Pengunjung muslimah yang hadir
Muslimin juga tidak melepaskan peluang.
Ini saya dan teleskop (bukan saya punya)
Inilah gambar yang dapat saya hasilkan menggunakan kamera kompak biasa sahaja dengan bantuan teleskop. 

INGAT!!!! KITA DIKHABARKAN UNTUK BERTEMU SEMULA DENGAN FENOMENA TRANSIT ZUHRAH INI PADA 105 TAHUN AKAN DATANG....
 

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...