PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Thursday 19 July 2012

Cerapan HILAL RAMADHAN AL-MUBARAK 1433H sangat MERIAH!!!

Waktu yang ditunggu-tunggu oleh seluruh MUSLIMIN & MUSLIMAT di dunia ialah CERAPAN HILAL RAMADHAN. Cerapan rasmi telah dilakukan di seluruh negara di 29 buah lokasi yang telah diwartakan. Cerapan ini turut dimeriahkan oleh orang ramai, yang turut tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri amalan rukyah dan hisab hilal yang telah dilakukan sekian lama. 

Untuk kali ini, saya seperti biasa akan turun bersama-sama rakan-rakan Jab. Mufti Negeri Sembilan untuk membuat cerapan hilal Ramadhan 1433H yang turut dihadiri oleh Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Sembilan yang diketuai oleh SS Mufti Kerajaan N9. Semoga kita sama-sama mengambil hikmah daripada aktiviti ini untuk sama-sama mengagunggkan syiar Islam. Walaubagaimanapun hilal tidak kelihatan dan Sya'aban akan digenapkan kepada 30 hari.

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih diucapkan kepada pihak JMN9, JUPEM N9 dan semua pihak yang telah menjayakan aktiviti ini.

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG AMAT MULIA"
21 Julai 2012/1 Ramadhan 1433h





 S.S Dato’ Hj. Mohd. Yusof bin Haji AhmadMufti Kerajaan N9 melihat hilal melalui teodolit. Turut bersama ialah JK Melihat Anak Bulan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...