PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Tuesday 10 July 2012

KKA @ USIM

2 hari KKA di USIM

Isnin & Selasa (9 & 10 Julai 2012), KKA kali ini telah berada di USIM Nilai bersempena I-FIKR 12 (Kem Sains & Teknologi Islam 2012). Pameran yang berlangsung selama dua hari ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada warga USIM seperti sebelum ini. Galeri pameran KKA PFSM ini turut dimeriahkan oleh adik-adik peserta Pertandingan Debat Bahasa Arab Peringkat Kebangsaan yang bertanding di USIM. KKA kali ini hanya ditemani oleh seorang sahaja krew iaitu Saudari Idza. Terima kasih diucapkan kepada beliau, pihak penganjur, dan mereka yang telah menjayakan program kali ini.

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih.






2 comments:

  1. tahniah dan syabas kpd saudari idza.. atas komitmen yang diberokan ... smga Allah membalas jasa dan kesunggihan beliau...

    ~bersama mengembalikan keagungan ilmu falak~~

    ReplyDelete
  2. tahniah dan syabas kpd saudari idza.. atas komitmen yang diberikan ... smga Allah membalas jasa dan kesungguhan beliau...

    ~bersama mengembalikan keagungan ilmu falak~~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...