PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Monday, 27 August 2012

Cerapan Hilal Syawal 1433H di PFST


Salam Aidilfitri buat semua rakan-rakan BicaraAssyira...

Diharapkan semua masih sihat dan gembira sempena Syawal tahun ini. Di sini, saya ingin kongsikan dengan pembaca pengalaman ketika mencerap hilal Syawal 1433H baru-baru ini. Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menyertai team Falak Penang membuat cerapan di Pusat Falak Sheikh Tahir, Balik Pulau, Pulau Pinang. Saya tiba di PFST sekitar jam 3.30 petang, masa tu team Falak Penang dah sampai awal lagi. Seronok dapat jumpa dengan geng Falak Penang ni, maklumlah sebelum ni pernah 'join' team ni masa praktikal dulu (Disember 2009-Februari 2010).

So, bolehlah lepak-lepak dulu di PFST ini. Banyak juga perubahan yang telah berlaku rupanya. Hiasan dalaman dah semakin cantik dan segar untuk mata memandang, melihat, membaca, memerhati dan mendalami maklumat yang telah dipamerkan di galeri PFST. Tahniah kepada pihak JMNPP atas usaha yang TERBAIK ini...Tak rugi datang melawat dan lepak di sini.

Seterusnya, kami berkumpul dan berbincang mengenai aktiviti cerapan yang akan dijalankan. Sekitar jam 6 petang, semua krew mula mengambil tempat di pelantar cerapan. Dalam masa yang sama, beberapa pengunjung mula hadir ke PFST untuk turut sama menyertai cerapan ini. Suasana kali ini berbeza dengan cerapan awal Ramadhan sebelum ini yang dikatakan lebih ramai berbanding kali ini (maklumlah sibuk nak buat persiapan raya...hehehe).

Walaubagaimanapun, cerapan diteruskan seperti biasa dalam cuaca yang baik walaupun permukaan ufuk yang agak tidak jelas kelihatan. Kehadiran Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Pulau Pinang dan beberapa masyarakat setempat telah memeriahkan cerapan kali ini. Seronok bebrbuka puasa beramai-ramai. 

Di kesempatan ini, penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan Falak Penang kerana sudi memberi ruang dan peluang untuk cerapan Syawal bersama. Tidak lupa juga kepada mereka yang hadir, tahniah dan terima kasih kerana atas minat yang tinggi terhadap ilmu falak.

P/S: Kepada rakan-rakan di luar sana, jangan segan-silu untuk pergi ke lokasi cerapan hilal yang berhampiran anda. Ambillah peluang untuk melihat kebesaran Allah swt yang Maha Pencipta ini. Berhubung dengan pihak Jabatan Mufti Negeri masing-masing untuk 'join' sekali dan cerapan akan dilakukan setiap 29 atau 30 haribulan bulan hijrah. Terima kasih.
Sinopsis Data Hilal Syawal 1433H
Pusat Falak Sheikh Tahir, Balik Pulau, Pulau Pinang
Galeri pameran dan dataran cerapan di PFST
Krew Falak Penang sedang membuat persiapan
Pengunjung & AJK mencuba peralatan cerapan
Suasana cerapan dan ketika berbuka puasa di dataran cerapan
Pengumuman keputusan kenampakan hilal oleh Y. Bhg. S.S Dato' Mufti Kerajaan  Negeri P. Pinang


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...