Salam sua buat sahabat-sahabat Bicara AsSyi'ra....
Penulis ingin melafazkan setinggi rasa syukur kerana dengan izin-NYA telah memberi peluang dan ruang kepada PFSM untuk bertemu dengan mahasiswa/i Darul Quran JAKIM sempena Seminar Falak Syar'ie Darul Quran. Pogram yang diadakan ini bersempena Minggu Intifadhah 2012. Program ini telah berlangsung selama 2 hari 11 & 12 Ogos 2012 (Sabtu & Ahad) dengan 3 slot perkongsian ilmu falak iaitu;
Slot 1: Ilmu Falak: Kenali Angkasa, Kenali Pencipta (Oleh: Penulis, Kembara Angkasa PFSM)
Slot 2: Kaedah Penentuan Arah Kiblat (Oleh: Penulis, Kembara Angkasa, PFSM)
Slot 3: Penentuan Waktu Solat Dalam Kapal Terbang dan Tempat Berlatitud Tinggi: Aplikasi dan perlaksanaannya menurut perspektif falak syar'ie. (Oleh: Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, YDP PFSM).
Buat julung-julung kali pihak Darul Quran menganjurkan program falak sedemikian, penulis ingin merakamkan jutaan tahniah dan syabas kepada semua pihak terlibat yang telah menjayakannya. Semoga usaha murni ini akan mendapat keberkatan bersama. InsyaAllah, jika tiada halangan, KKA akan menerima ahli keluarga baru daripada mahasiswa/i Darul Quran.
Bagi pihak KKA PFSM, kita menyambut usaha terbaik tersebut dan mendoakan usaha murni itu akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Terima kasih penulis ingin mengucapkan kepada pihak Darul Quran kerana telah menjemput PFSM untuk seminar falak kali ini, urusetia-urusetia yang bertungkus-lumus dan tidak lupa kepada para peserta yang telah hadir menjayakan program bersama. Sambutan yang sangat baik telah diberikan. Banyak ilmu yang telah kita kongsikan bersama. Semoga dapat berjumpa lagi dengan antum lagi...InsyaAllah...
Terima Kasih buat Team KKA: Wani, Falihin, Areen, Huda, Ust.Zul dan Wardah.
Terima Kasih buat Team KKA: Wani, Falihin, Areen, Huda, Ust.Zul dan Wardah.
Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru |
Mahasiswi yang berkesempatan melihat bulan sabit diawal pagi walaupun hari sudah cerah, matahari masih terlindung disebalik bukit sekitar jam 7.00 pagi. Cerapan bermula sekitar jam 5.00 pagi. |
No comments:
Post a Comment