PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Monday 6 August 2012

KKA PFSM bersama KOMUNITI

Perkongsian Ilmu Falak: Penentuan Arah Kiblat

Salam sua untuk sahabat-sahabat bicaraassyira..

Semalam, 5 Ogos 2012 bersamaan 16 Ramadhan 1433, Krew Kembara Angkasa telah dijemput untuk berkongsi ilmu falak dengan komuniti setempat. Kali ini, KKA dijemput oleh pendudukn Surau D'Wakaf, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. KKA disertai oleh Ustaz Dr. Ibnor Azli (penasihat KKA) dan penulis. Dalam program tersebut, kami berkongsi pelbagai panduan dan cara untuk menentukan arah kiblat diantaranya melalui lintasan matahari harian. Penulis amat bersyukur dan terharu dengan sambutan baik yang telah diberikan oleh penduduk di situ. 

Penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Surau terutamanya dan penduduk yang hadir kerana telah memberi kepercayaan kepada KKA PFSM untuk program ini. Salam Ramadhan dan teruskan dengan pelbagai porgram sempena Ihya' Ramadhan di situ.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...