PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Tuesday 25 June 2013

LUNAR PERIGEE (Supermoon): BUKTI kekuasaan Allah SWT

Syukur Alhamdulillah kerana saya telah diberikan peluang untuk melihat fenomena aturan Allah SWT pada malam 23 Jun 2013 (Ahad) iaitu fenomena 'Lunar Perigee atau Supermoon'. Fenomena ini dikatakan berlaku sekali setahun menunjukkan kedudukan bulan berada pada kedudukan paling hampir dengan bumi iaitu pada jarak 356,989 kilometer (sepertimana yang telah dilaporkan oleh Agensi Angkasa Negara kepada KOSMO).

Sememangnya fenomena ini telah menjadi tumpuan masyarakat Malaysia untuk melihat dengan lebih dekat lagi wajah bulan yang dikatakan 'Lunar Perigee' ini. Untuk penerangan yang lebih lanjut berkaitan fenomena ini telah dijelaskan oleh En.Shahrin dalam Falak Online. Begitu juga dengan saya, peluang keemasan ini tidak akan dilepaskan begitu sahaja untuk melihat ciptaan Allah yang Maha Agung ini. Kesempatan ini saya kongsikan dengan jemaah Surau Al-Wardah, Taman Mawar 1, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang selepas selesai solat Isyak. Pada malam tersebut juga telah diadakan kuliah bulanan khas Nisfu Syaaban yang telah disampaikan oleh Ustaz Zulhilmi (Pensyarah USIM).

Di sini, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Jawatankuasa Surau Al-Wardah, Taman Mawar 1 kerana telah memberi ruang dan peluang kepada saya untuk membuat cerapan di kawasan surau walaupun tidak dirancangkan pada peringkat awalnya. Tidak lupa kepada jemaah yang menemani sehingga tamat sesi cerapan pada jam 11.00 malam. Segala telatah dapat disaksikan oleh pengunjung samada kanak-kanak hingga dewasa. Ada yang pertama kali melihat bulan dengan jarak yang dekat menggunakan teleskop. Ada yang cuba mengambil gambar dengan menggunakan telefon bimbit dan juga telefon pintar. Semoga pengalaman yang telah dikongsikan akan memberi manfaat dan meningkatkan tahap kesyukuran kita kepada Maha Pencipta, Allah SWT.




Foto 'Lunar Perigee' yang telah berjaya diambil oleh salah seorang jemaah surau dengan hanya menggunakan telefon pintar menerusi teleskop Celestron.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...