PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Wednesday, 27 November 2013

Terima Kasih Warga Taman Pinang Gading..


Terbaik dan terima kasih warga Taman Pinang Gading Sikamat.
Inshaa Allah, yang terbaik kita akan kongsikan bersama.sama..
Moga Allah merahmati majlis ini..daripada insan yang lemah ini...


Thursday, 14 November 2013

KKA @ USM Penang SPACE Festival...


Hari Pertama, 14 Nov 2013 (Khamis)

Syukur Alhamdulillah, akhirnya kami telah selamat tiba di Dewan Peperiksaan Utama, USM  di mana tempat berlangsungnya pemeran falak/astronomi. Kami tiba pada jam 10.30 kira-kira 5 jam 30 minit  perjalanan dari Sepang, Selangor.

Kami bersyukur kerana telah selamat sampai dan hajat KKA untuk berkongsi sedikit ilmu falak bersama masyarakat di Penang ini. Di samping dapat berjumpa dan berkongsi ilmu baru dengan rakan-rakan baru di sini. 

Banyak agensi yang mengambil bahagian dalam pameran ini, antaranya ialah Unit Falak Jabatan-jabatan mufti negeri, Bahagian Meteorologi, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Kelab Astronomi USM dan lain-lain lagi.

Aktiviti pameran di galeri KKA berjalan dengan lancar dengan jualan cenderahati daripada PFSM. Ada yang bertukar-tukar maklumat dengan pengunjung dan ada juga yang cuba untuk menggunakan teleskop.

Pameran pada hari ini berlangsung sehingga jam 5.00 petang. Selepas itu, KKA mengambil kesempatan untuk melawat Pusat Falak Sheikh Tahir (PFST), Balik Pulau dengan dibantu oleh Ustaz Firdaus. Di PFST, kami melawat sekitarnya termasuk tapak cerapan hilal. Kami tiba di tempat penginapan pada jam 8.30 malam.Festival ini akan berlangsung sehingga hari Sabtu..


Klik Gambar

Hari kedua, 15 November 2013 (Jumaat)

Hari ini adalah penghulu segala hari. Hari ini telah memberi kekuatan dan semangat baru buat team KKA untuk memberi khidmat yang terbaik buat pengunjung-pengunjung USM Penang SPACE Festival 2013. Semoga setiap perkongsian ilmu yang telah diberikan kepada anda, akan memberi manfaat yang berguna. Kami memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan sepanjang mengunjungi ruang pameran PFSM.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang telah mengunjungi kami samada yang membeli cenderahati kami seperti sijil, penanda buku dan lain-lainnya. Setiap kata-kata dan perkongsian ilmu daripada kalian amat berguna buat kami.

Selepas majlis perasmian festival, galeri kami dikunjungi oleh tetamu kehormat iaitu, YB DATUK DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAHTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang telah merasmikan festival dan sudi melawati galeri pameran sambil diiringi oleh Y. Bhg. Profesor Dato’ Omar Osman, Naib Canselor USM, Y. Bhg. Dato' Haji Hassan bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan lain-lain dif kehormat. Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian mengunjungi galeri pameran PFSM. 

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Shahrin Ahmad (Pengasas Portal Falak Online) kerana mengunjungi galeri PFSM dan berkongsi ilmu dengan kami. Sebelum pulang ke penginapan, kami berpeluang untuk mengikuti kuliah bersama Ustaz Hanafiah dengan tajuk 'Rahsia Alam'.






Hari ketiga, 16 November 2013 (Sabtu)

Pada hari ketiga, kami seperti biasa akan bertemu peminat-peminat dunia falak untuk berkongsi cerita. Apa yang lebih penting ialah untuk menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat buat pengunjung yang hadir. Siapa yang cepat, dialah yang dapat. Apa tu? tentulah koleksi cenderahati daripada Kembara Angkasa untuk dijadikan kenangan. Sijil tarikh lahir hijrah pasti akan menjadi tumpuan pengunjung kerana ianya lain-lain daripada yang lain. Lagipun tidak terdapat di mana-manapun, dengan kami sahaja.

Walaupun hari ini sangat singkat masa untuk kami berada di USM (sebab nak balik awal), kira-kira jam 1.00 tengah hari kami dah berangkat pulang ke KL. Ini disebabkan saya terpaksa pulang awal kerana ada urusan rasmi pula pada sebelah malamnya. Tidak dapat tidak, satu team KKA kena balik sama-sama.

Walau sekejap sahaja dapat jumpa pengunjung pada hari ini, ramai juga yang hadir mengunjungi booth KKA PFSM, hanya 3 jam sahaja booth dibuka, pengunjung tidak melepaskan peluang untuk memiliki sijil dan lain-lain. Terima kasih buat adik-adik, akak-akak, abang-abang, mak cik pak cik dan semua yang hadir...Semoga kita dapat berjumpa lagi di lain waktu dan hari.







Monday, 11 November 2013

KKA akan berada di USM Penang | 14-16 November 2013


Buat peminat falak di Pulau Pinang, temui KKA PFSM di 
USM Penang SPACE FESTIVAL 2013.
14 hingga 16 November 2013.

Pelbagai maklumat dan cenderahati terdapat di gerai pameran kami. Yang PALING LARIS...Sijil Tarikh Lahir Hijri boleh diperolehi dengan hanya RM5 (sila bawa MyKad) dan lain-lain lagi.



Friday, 8 November 2013

Kali ini obor Olimpik pula dibawa ke angkasa lepas

Petikan akhbar KOSMO - 08/11/2013
MOSCOW - Sebuah roket membawa obor Sukan Olimpik berlepas dari Bumi semalam menjelang Sukan Musim Sejuk Sochi 2014 di Rusia. Siaran langsung Televi- syen Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menunjukkan roket Soyuz TMA-11M yang tertera dengan logo Sochi 2014 itu dilancar pada waktu pagi dari pusat pelancaran roket Baikonur di Kazakhstan.
Obor itu akan berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).Ia kemudian akan dibawa keluar dari ISS oleh seorang angkasawan yang berjalan di angkasa lepas. Aksi itu adalah yang pertama kali dibuat sepanjang sejarah Sukan Olimpik. Roket Soyuz itu turut membawa angkasawan Rusia, Mikhail Tyurin; angkasawan NASA, Rick Mastracchio dan Koichi Wakata dari Jepun.
Bagaimanapun, obor itu tidak mengandungi api demi keselamatan angkasawan di dalam roket dan di ISS. Obor Olimpik sebelum ini pernah dibawa ke angkasa lepas iaitu pada tahun 1996 di dalam kapal angkasa Atlantis menjelang Sukan Olimpik Musim Panas di Atlanta. Roket Soyuz itu tiba di ISS semalam enam jam selepas ia berlepas dari pusat pelancaran tersebut. "Ia merupakan satu kegembiraan dan menjadi tanggungjawab kami untuk membawa obor yang menjadi simbol keamanan ini," kata Tyurin kepada wartawan menjelang pelancaran Soyuz kelmarin.
Obor tersebut akan berada di angkasa lepas selama lima hari. Dua lagi angkasawan Rusia yang sudah berada di ISS, Oleg Kotov dan Sergei Ryazanskiy akan membawa obor tersebut untuk acara berjalan kaki di angkasa lepas esok sebelum ia dibawa pulang ke Bumi oleh tiga angkasawan berkenaan pada Isnin ini. Acara membawa obor Sukan Olimpik Sochi selama empat bulan yang bermula di sini pada 7 Oktober lalu merupakan yang terpanjang dalam sejarah temasya Sukan Olimpik.
- Agensi
TYURIN (bawah) memegang obor Sukan Olimpik Sochi manakala Wakata (dua dari bawah) dan Mastracchio (tiga dari atas) melambaikan tangan sebelum mereka memasuki roket Soyuz TMA-11M.

Wednesday, 6 November 2013

Kejayaan India dalam misi penerokaan angkasa

Petikan daripada akhbar KOSMO/6-11-2013

India lancar kapal angkasa ke Marikh

NEW DELHI - Misi pertama India ke Marikh berlepas semalam ketika negara berkenaan berusaha menjadi negara Asia tunggal yang sampai ke Planet Merah berkenaan."Pelancaran berlaku," kata seorang pengulas televisyen apabila roket merah dan hitam itu berlepas pada pukul 2.38 petang dari pusat pelancaran angkasa lepas di Sriharikota.

Roket seberat 350 tan digunakan untuk membawa kapal angkasa tersebut.India belum pernah melancarkan roket untuk perjalanan angkasa lepas manakala lebih separuh misi ke Marikh gagal termasuk misi oleh China pada 2011 dan Jepun pada 2003.Misi Pengorbit Marikh itu yang dikenali sebagai Mangalyaan di India diumumkan 15 bulan lalu oleh Perdana Menteri, Manmohan Singh selepas misi serupa oleh China gagal."Kami (bukan cuba bersaing dengan sesiapa) tetapi bersaing dengan diri sendiri," kata Pengerusi Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO), K. Radhakrishnan.Kapal angkasa berwarna emas sebesar sebuah kereta kecil itu dilancarkan untuk mengesan kewujudan metana di atmosfera Marikh.

Kehadiran metana merupakan bukti bahawa terdapat hidupan primitif di planet itu.Kekurangan kuasa untuk melakukan penerbangan terus, kapal angkasa itu akan mengorbit Bumi selama hampir sebuah untuk mengumpul pecutan bagi melepasi graviti Bumi.Selepas itu, kapal angkasa tersebut akan melakukan perjalanan ke Marikh yang mengambil masa selama sembilan bulan.Pelancaran tersebut dilakukan lima tahun selepas India menghantar kapal angkasa tanpa manusia, Chandrayaan ke bulan.Misi tersebut menelan belanja sebanyak AS$73 juta (RM231 juta).Kos itu kurang satu per enam daripada perbelanjaan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan untuk misi penghantaran kapal angkasa ke Marikh hujung bulan ini. - AFPArtikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp? 

Tuesday, 5 November 2013

Cerapan Hilal Muharram 1435H: KKA turut serta


Syukur Alhamdulillah pada 5 November 2013 (Isnin) iaitu semalam, penulis telah diberikan kesempatan untuk mengikuti aktiviti cerapan hilal Muharram 1435H bersama-sama team KKA di Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Rasa lama pula tidak mengikuti aktiviti cerapan ini bersama team falak yang lain. Inshaa Allah, bermulanya tahun 1435H, penulis bercadang untuk membawa team KKA yang berminat dan berpeluang untuk mengikuti aktiviti cerapan hilal ini setiap bulan, jika diberikan kesempatan oleh-Nya.

Team KKA bertolak ke Balai Cerap Teluk Kemang (BCTK) pada jam 5.00 petang dan tiba di sana pada jam 6.15 petang. Di BCTK, KKA turut menyertai pasukan cerapan hilal yang terdiri daripada JAKIM, UM, JMKNS dan JUPEM NS. KKA yang terdiri daripada 9 orang (termasuk penulis) telah diberikan kesempatan untuk turut serta dalam aktiviti cerapan walaupun tidak membawa peralatan cerapan. Ada dikalangan KKA Ini merupakan pengalaman pertama mengikuti aktiviti cerapan.

Di BCTK, KKA berpeluang untuk melihat lokasi cerapan dan juga ruang galeri pameran yang telah disediakan. Turut hadir ialah pengunjung tempatan yang juga tidak mahu melepaskan peluang melihat hilal tahun baru hijrah ini. KKA juga mengambil peluang untuk membacakan Doa Akhir Tahun Hijrah 1434 dan juga Awal Tahun Hijrah 1435 secara berjemaah. Menurut kepada data, hilal akan kelihatan pada hari tersebut berdasarkan perkiraan umur dan jarak lengkung kedudukan hilal. Walaubagaimanapun, KKA dan pencerap yang lain tidak dapat melihat hilal atas sebab faktor cuaca yang tidak dapat dielakkan iaitu awan tebal. 

Penulis mengucapkan terima kasih kepada KKA yang turut serta dalam aktiviti cerapan hilal ini walaupun tidak berkesempatan melihat hilal. Juga kepada team pencerap daripada semua agensi yang terlibat kerana memberikan peluang ke KKA untuk turut serta dan berkongsi ilmu falak bersama. Kita jumpa lagi untuk cerapan hilal Safar 1435H.

Salam Maal Hijrah 1435 daripada KKA PFSM.

Data Rukyah
Tarikh: 04 Nov. 2013
Tempat: Teluk Kemang, Negeri Sembilan (101 darjah 51' 21" T, 02 darjah 26' 44" U)
Matahari terbenam: 18:57
Bulan terbenam: 19:45
Ijtimak: 20:50 (03/11/2013)
Umur hilal: 21j 55m.

KKA yang hadir:
1. Nur Jehan binti Abdul Salam
2. Siti Nur Izzati bt. Nasrom
3. Nurdiyanah binti Lasim
4. Noramira bt. Arshad
5. Nur Farhanah bt. Basar
6. Nur Izzati bt. Ilias
7. Siti Noor Hanif Farhani bt. Mohd Salleh
8. Bro. Hafiz bin Safiai

Klik gambar untuk gambar berikutnya.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...