PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Thursday 6 November 2014

Aktiviti Bulan Oktober & November 2014

Assalamualaikum wbt..

Rasa lama saya tak update cerita As-Syi’ra, Alhamdulillah….kali ini diberi kesempatan untuk membuat catatan. Diharapkan sahabat-sahabat As-Syi’ra terus mendoakan kejayaan bersama dalam menyampaikan, menyebarkan, berkongsi ilmu falak dan motivasi kepada masyarakat setelah lama berehat. Rasa masih sempat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Muharram 1436H. Semoga dengan kehadiran bulan dan tahun baru ini akan memberi motivasi baru dan semangat yang tinggi untuk menjadi lebih baik.

Untuk kali ini, saya ingin kongsikan dengan sahabat-sahabat pembaca berkaitan aktiviti semasa As-Syi’ra sepanjang Oktober dan November . Semoga kali ini saya dapat mengunjungi tempat anda untuk berkongsi ilmu dan mendapat ilmu dari kalian pula.

1. Gerhana Bulan Penuh
Tarikh    : 08 Oktober 2014 bersamaan 13 Zulhijjah 1435H
Lokasi    : Surau Mawaddah, Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi
Masa     : 7.00 petang – 11.00 malam

Terima kasih diucapkan kepada jemaah surau yang hadir menghidupkan sunnah Nabi SAW untuk menunaikan solat sunat gerhana bulan dan melihat sendiri fenomena alam yang mengagumkan ini.




Taklimat solat sunat gerhana bulan oleh Y. Bhg. Prof Wan Kamal
Jemaah menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan
Khutbah gerhana bulan
Jemaah melihat fenomena gerhana bulan penuh di perkarangan Surau Mawaddah.
Melihat gerhana melalui teleskop


Perkongsian ilmu kejadian gerhana bulan oleh Tuan Syed Kamaruzzaman
Jemaah muslimat yang turut hadir mengimarahkan program
Krew Kembara Angkasa yang turun padang bersama Tuan Syed Kamaruzzaman, YDP PFSM.
UKM di ANGKASA

Tarikh    : 20 Oktober 2014 bersamaan 25 Zulhijjah 1435H
Lokasi    : DECTAR, UKM Bangi
Masa     : 8.00 pagi – 5.00 petang

Alhamdulillah, Krew Kembara Angkasa, PFSM telah diberi peluang untuk menyertai PROGRAM SAMBUTAN HARI ANGKASAWAN NEGARA KE-7 yang dijalankan di UKM. KKA telah menyediakan pameran dan jualan cenderahati buat pengunjung yang telah hadir. Terima kasih atas kunjungan dan sokongan kalian kepada kami. Terima kasih juga buat penganjur, Pusat Sains Angkasa UKM yang sudi memberi ruang dan peluang kepada kami untuk berkongsi ilmu dan maklumat kepada peminat ilmu falak.














Kunjungan Hormat ke Balai Cerap Selangor

Tarikh    : 04 November 2014 bersamaan 14 Muharram 1436H
Lokasi    : Balai Cerap Selangor
Masa     : 11.00 pagi – 3.00 petang

Terima kasih buat team Unit Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor di Balai Cerap Selangor yang sudi menerima kunjungan hormat dari wakil PFSM yang diketuai oleh YDP Tuan Syed Kamaruzzaman. Kunjungan kami disambut oleh Ustaz Hardi Sadali dan kakitangan yang lain. Sesi perbincangan dan lawatan memenuhi tentatif kunjungan ini. Semoga memberi manfaat yang amat besar kepada masyarakat untuk memartabatkan ilmu falak.
















No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...