Tarikh: 18 Mei 2015 (Isnin), 29 Rejab 1436H
Lokasi: Pejabat Agama Islam Kuala Selangor & Baitul Hilal Bukit Melawati
Kali ini, saya berkesempatan untuk menimba lagi ilmu berkaitan peralatan tradisional falak iaitu Rubu' Mujayyab bersama Ustaz Abdul Latip. Kali ini saya bersama rombongan pelajar UKM seramai 20 orang dengan disertai oleh sahabat-sahabat saya seramai 4 orang dan Prof. Madya Dr. Ibnor Azli. Bengkel bermula pada jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 04.00 petang dengan pelbagai teknik dan cara menggunakan rubu' mujayyab seperti pengiraan waktu solat & arah kiblat. Selepas itu, kami teruskan aktiviti dengan cerapan hilal bulan Syaaban yang diadakan di Baitul Hilal Bukit Melawati.
Terima kasih kepada Ustaz Abdul Latip atas tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan.Inshaa Allah saya akan panjangkan ilmu ini untuk maslahat kita bersama.
Jom kita mulakan... |
Nampak dah bersedia tu... |
Cikgu saya, Ustaz Abdul Latip |
Begini caranya... |
Yang mana satu nih... |
Fokus!! |
Ini yang dikatakan istiwa... |
Jutaan penghargaan & terima kasih Ustaz |
Saya akan sebarkan ilmu ini... |
Ku renung..... |
(samb...) Mentari di hujung sana... |
(samb...) Entah ke mana hilangnya... |
(samb...) "Carilah dengan hati yang sabar", mereka berkata. |
Rupanya, di situ ia bercengkerama...sang mentari senja. |
No comments:
Post a Comment