Hati ini ingin memanjat rasa syukur Alhamdulillah kepada Yang Maha Esa kerana telah mengizinkan diri untuk mengikuti aktiviti cerapan hilal Jamadil Awal 1433H bersama Krew Kembara Angkasa (KKA) UKM pada 23 Mac 2012 yang lalu bersamaan 30 Rabiul Akhir 1433H di Baitul Hilal Teluk Kemang, Neg. Sembilan.
Cerapan di BHTK ini turut disertai oleh krew-krew daripada JUPEM, JAKIM, UM dan Jab. Mufti N9. Walaupun hilal tetap jugak tidak kelihatan, perasaan syukur tetap ada kerana dipilih oleh-NYA untuk turut serta menyaksikan ciptaan-NYA yang Maha Agung.
Buat KKA UKM, jangan bersedih hati kerana tidak dapat melihat hilal pada hari tersebut, InsyaAllah akan diberikan peluang oleh Allah SWT pada masa akan datang.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya pihak Jab. Mufti Neg.9, JUPEM, JAKIM, dan UM kerana memberikan keizinan dan berkongsi ilmu bersama.
|
Anjung cerapan bahagian atas |
|
KKA UKM yang hadir |
|
Pandangan ufuk dari BHTK |
|
Salah seorang KKA UKM melakukan cerapan |
|
Perbincangan... |
|
Sangat khusyuk..... |
No comments:
Post a Comment